NIKAH THAILAND
Last week la i follow some1 ni jumpa 2 org makcik. Makcik2 ni umo kalau tengok muka dah 50 tahun ke 60 tahun camtulah. Kisahnya makcik2 kawin kat Thailand masa mude2. Dan x pernah buat pengesahan nikah di Malaysia. Sampailah yang sorang tu da bercerai. Nk sahkan cerai pon x boleh sebab nikah pon x pernah di sahkan.
Masalah timbul bile anak nk kawin. Sijil nikah mak bapak pon xde. Sebab apa? Sebab mase muda2, nk sorok status nikah dari isteri pertama. So isteri pertama pon ditipu hidup2, ingatkan dielah satu2nya isteri si suami dalam dunia ni.
Kes yang kedua pulak. Sampailah laki dah mati. X pernah sahkan nikah. Yang mana i ade jugak org bertanya berkenaan tuntutan. Suami mati nk tuntut harta suami x boleh sebab x pernah sahkan nikah Thailand tu di Malaysia. Sekarang ni bini no 1 n anak2 die je dapat harta. Kewujudan saya? isteri no 1 xtau sampailah akhir hayat suami. Nampak x??
UNTUK SUAMI2 GATAL & SI PENYONDOL
*******************************************
Fine. Kan susah? Tu sebab kalau encik2 abg nak kawin lain. X payahla abg2 susah2 nk lari2 pi Thailand. Be a GENTLEMAN bukan pengecut. Hadap je bini no 1. Haritu i da buat posting panjang pasal mintak kebenaran ni. Kalau bini no 1 bagi. U Jalanla poligami. Kalau bini no 1 xnak poligami n die rela berpisah. U kawin je dengan yang No 2. Lepaskan yang No 1. Ape bende yang susah sgt? X bagusla hidup menipu bini No 1 selamanya macam kes tadi... sampai dah mati tu bini No 1 xtau u ade bini No 2. Camana nk jawab tu???
Nih yang dalam youtube ni nak kene bayar denda lagi. Kalau nasib abg2 baik. Ok la. Kalau nasib abg2 dgn si penyondol tu x baik. Bini no 1 yang pi report abg2 nikah Thailand senyap2. Kan haru??
Bini dah hilang Trust. Hilang Respect. Apa yang tinggal? Tinggal la yang no 2 dengan u.. sebab tu sebelum buat pikir bagi habis risiko yang bakal abg2 terima ya. Jangan pikir. Aku nk kawin baru dengan si avatar. Badan sekeping lapis muka bak avatar pon lapar.. doii bang..pening!
UNTUK MAKCIK2 YANG DAH KAWIN KAT THAILAND SENYAP2
*****************************************************************
👉 saya harap makcik2 adela yang terbaca apa yg saya post ni. Sila buat pengesahan nikah poligami atau x poligami makcik2 di Malaysia. Mungkin
Makcik2 takot bini no 1 mengamok. Tapi makcik perlu lebih takot dan risau akan kesan tak sahkan pernikahan di sini.
👉 kite ni manusia ya makcik. Bukan kucing atau ayam yang nikah n cerai bersepah2. Brapa ramai lelaki yang nikah Thailand senyap2. X sahkan nikah kat Malaysia. Lpastu ceraikan bini kawin Thailand tadi lafaz sendiri. Xtau lahkau lafaz jatuh ke x jatuh ke. Main hentam je. Da macam kucing n ayamla. Buat bini sepah2. Nak pakai ..pakai..da x nak, tinggal.
👉 pujuk suami makcik2 uruskan kes pengesahan nikah tu cepat. Bgtau pakcik2.. buatla sebelum pakcik2 mati. Penatla. Asyik nk menipu. Bini No 1 dibodohkan. Bini No 2 memang bodoh sebab sanggup kawin sembunyi2 sampai ke tua dipergunakan lelaki. Jadi makcik2 sila bangkit , jadi berani dan cerdik! Sebab u ade hak sebagai isteri !
👉 ingat makcik2. Naik Mahkamah Syariah bukan Mahkamah Sivil pulak. Sahkan pernikahan makcik2 tu. Jika x paham boleh lantik peguam. Pengesahan nikah ni penting supaya x memberi kesan kepada:
✍ pendaftaran nama dan pengesahtarafan anak
✍ isu wali masa anak tu nak kawin pulak nanti
✍ tuntutan edah, mutaah, harta sepencarian jika berlaku perceraian
✍ tuntutan harta pusaka si mati jika suami mati
Harap makcik2 faham ya. Sekian.
NA'23
0192635631
Comments
Post a Comment