Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital


Hari ni i ade 2 soalan dari 2 client yang berbeza melibatkan 2 kes yang berbeza.

1. Kes jenayah rogol s. 375/376 KK
2. Kes saman hospital@medical negligence

❤️ Disebabkan i minat subject medical negligence masa kat "U" dlu, so i rase i nk share skit berkenaan masalah client nak saman hospital ni terlebih dahulu.

SOALAN:

Assalamualaikum.
Kisah sy ni berlaku pada tahun 2012 di mana anak sy lahir di ******* medical centre dan  berlaku komplikasi semasa kelahiran dan menyebabkan anak sy era palsy tangan kanan sehingga skrg. Dan sepanjang tempoh itu sehingga skrg sy berulang ke HUSM utk follow up dgn pakar tangan bagi kes anak sy. Dan pada tahun 2015 anak sy telah membuat sy operation di bahagian bahu bg membantu pergerakan tangan anak sy. Dan sy juga ade membuat phisio di hospital kerajaan.

1. Adakah sy boleh membuka dan melawan kes ini di mahkamah
2. Berapa kos guaman.

Terima kasih

JAWAPAN:

๐Ÿ‘‰ Kali ni I x nak explain panjang2. Nanti ramai yg pening nk paham๐Ÿ˜œ

๐Ÿ‘‰ So, Kite bincang yang basic2 je. Nk tau banyak2. PM tepi. Kene bukak class๐Ÿคฃ

๐Ÿ‘‰Untuk menyelesaikan masalah Client ni. Kite perlu faham dlu apa itu KECUAIAN PERUBATAN atau MEDICAL NEGLIGENCE.

❤️Tuntutan ke atas Kecuaian perubatan atau medical negligence merupakan tuntutan mangsa/pesakit terhadap hospital/klinik dan pengkhidmatnya (doktor, jururawat dan sebagainya) atas sebarang kecuaian yang dilakukan.

❤️Kecuaian disini bermaksud keingkaran/perlanggaran terhadap kewajipan seseorang kepada individu yang lain, seterusnya menyebabkan kerugian atau kecederaan kepada individu tersebut.

❤️Ini termasuklah kecuaian melibatkan pembedahan, ubat-ubatan, diagnosis, penangguhan rawatan (delay in treatment), rawatan psikiatri, pergigian, dan kelahiran (childbirth). Ia boleh juga melibatkan rawatan yang sepatutnya tidak diberi atau kegagalan untuk memberitahu risiko2 atau kesan2 rawatan yang dicadangkan.

❤️4 elemen utama yg perlu dipenuhi bagi membuktikan berlakunya kecuaian oleh doktor/pembantu perubatan tersebut:

☑️ kewajipan berjaga-jaga (duty of care).

๐Ÿ‘‰Setiap professional perubatan (medical professionals) mempunyai kewajipan untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang wajar dan mengikut piawaian yang diterima oleh sebuah badan perubatan yang diiktiraf di dalam kepakaran yang berkenaan.

☑️keingkaran kewajipan” ( breach of duty).

๐Ÿ‘‰Ini berlaku apabila sesuatu rawatan yang diberi atau tidak diberi adalah tidak mencapai piawaian (standard) yang boleh diterima oleh suatu badan perubatan yang diiktiraf.

☑️ penyebab (causation)

๐Ÿ‘‰Selain daripada membuktikan terdapat keingkaran kewajipan, penuntut (claimant) juga perlu membuktikan bahawa tindakan doktor tersebut mempunyai kaitan secara langsung (direct cause) dengan kecederaan atau kerugian yang dialami.

☑️kerugian/kecederaan (damages)

๐Ÿ‘‰Setelah penuntut berjaya membuktikan terdapat keingkaran kewajipan dan keingkaran tersebut menyebabkan kecederaan, penuntut haruslah mengesahkan bahawa beliau mengalami kerugian/kecederaan di mana tuntutan boleh dilaksanakan. Kerugian termasuklah kecederaan fizikal, kerugian kewangan seperti kerugian pendapatan (loss of earning) dan kecederaan mental seperti post-traumatic stress disorder, anxiety disorder atau adjustment disorder.

APA YANG BOLEH DITUNTUT :

๐Ÿ‘‰Pampasan :

๐Ÿš‘ gantirugi am (general damages)
๐Ÿš‘ gantirugi khas (special damages)

❤️Gantirugi am ialah gantirugi yang diberi atas kecederaan fizikal atau mental termasuk pampasan terhadap kesakitan, kesengsaraan dan kesukaran kehidupan. (loss of amenity).

❤️Gantirugi khas ialah setiap kerugian kewangan pada masa lalu (past earnings) dan masa hadapan (future earnings). Ini termasuklah kos perubatan, kos jagaan, dan kelengkapan perubatan.

๐ŸŒบ SIAPA KITA BOLEH NAMAKAN SBG DEFENDAN

๐Ÿ‘‰ Doktor yg terlibat
๐Ÿ‘‰ Hospital tu sendiri
๐Ÿ‘‰ Kementerian
๐Ÿ‘‰ Kerajaan Malaysia

๐ŸŒบPRINSIP UNDANG2 KECUAIAN PERUBATAN

Terdahulu, kebanyakan kes2 kecuaian perubatan di Malaysia merujuk kpd :

1. Kes ‘Bolam melawan Jawatankuasa Pengurusan Hospital Friern’ yang berlaku di Britain pada tahun 1951.

๐Ÿ‘‰Ia merupakan rujukan penting di dalam kes kecuaian perubatan.
๐Ÿ‘‰Bolam telah diterima masuk sebagai pesakit mental akibat dari tekanan yang terlampau.
๐Ÿ‘‰Beliau telah dinasihatkan menerima rawatan terapi berasaskan elektrod yang diletakkan di kepala dimana kejutan elektrik dihantar melalui mesin penyambung.
๐Ÿ‘‰Walau bagaimana pun, pakar psikiatri itu tidak memaklumkan kepada Bolam bahawa antara risikonya adalah retakan akibat rawatan itu.
๐Ÿ‘‰Kesan rawatan kedua yang diterima Bolam menyebabkan beliau mengalami beberapa kecedaraan termasuk retakan pada pinggulnya. 
๐Ÿ‘‰Beliau menyaman pihak hospital atas kecuaian

☑️ Hakim McNair memutuskan bhw seseorang doktor itu dikatakan tidak melakukakan kecuaian jika beliau telah bertindak dan memenuhi prosedur yang dianggap sesuai oleh badan perubatan yang bertanggungjawab terhadap tindakan perubatannya.
☑️ Wujudlah konsep "doktor mengetahui apa yang terbaik untuk pesakitnya"

Walaubagaimanapun:

2. Dalam kes  Foo Fiona melawan Dr Soo Fook Mun dan Hospital Assunta. 

๐Ÿ‘‰Perayu  telah terlibat dengan kemalangan  dan dihantar ke Hospital Assunta untuk menerima rawatan.
๐Ÿ‘‰Dua pembedahan telah dilakukan akibat bengkak di beberapa anggota badannya.
๐Ÿ‘‰Kecederaan kritikal adalah dileher apabila perayu mengalami kesakitan apabila seringkali mengalihkan kepalanya.
๐Ÿ‘‰Responden telah mengadakan pembedahan pertama tanpa nasihat pakar saraf yang menyebabkan lumpuh.
๐Ÿ‘‰Pembedahan kedua juga tidak berjaya dan perayu menyaman responden atas kecuaian yang dilakukan ke atas beliau.
๐Ÿ‘‰Mahkamah memutuskan bhw perayu harus mendapat pampasan di atas kecuaian yang dilakukan responden terhadap dirinya.

☑️Ketua Hakim Negara ketika itu, dengan meminjam kata-kata Lord Woolfe bahawa ‘terma keputusan doktor mengetahui apa yang terbaik untuk pesakitnya harus kini diperincikan jika beliau telah bertindak secara logik dan munasabah dan memastikan kesemua faktanya adalah tepat’.

☑️Keputusan ini bukan sahaja beralih dari terus terikat dengan kes ‘Bolam melawan Jawatankuasa Pengurusan Hospital Friern’ yang menjadi ikutan sejak dahulu di Britain bahkan memperincikannya berasaskan keadaan di Malaysia.

๐ŸŒบ Kesimpulan untuk client tadi.

๐Ÿ‘‰Tak de sapa halang awak nk bukak kes ke nak saman ke but make sure kes u memenuhi syarat atau element yg dibincangkan pada awal td
๐Ÿ‘‰Kos guaman untuk kes2 medical negligence memang agak tinggi jika dibandingkan dengan kes sivil biasa sebab tak semua peguam buat kes2 ni ya. Ini adalah bidang yg agak khusus dan memerlukan "kepakaran" kepada peguam yang akn membawanya. 

So I da mengantok now
Sekian topik Medical Negligence
Moga memberi manfaat kepada yg membacanya

NA๐Ÿ˜˜
0192635631




https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/kecuaian-doktor-jururawat-hkl-diperintah-bayar-ganti-rugi-lebih-rm700-000-1.723903&ved=2ahUKEwjAjMqBpb3dAhXTbCsKHagDAOcQFjAAegQIBhAB&usg=AOvVaw0MiMuiyWEwRgg-0wMesd0w&cshid=1537024172879

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..kos guaman untuk kes mesical negligence yang yang dikatakan agak tinggi tu anggarannya berapa ye? terima kasih

    ReplyDelete
  3. jika kecuaian doktor smpai ank sy di jangkiti kuman dgn baby yg lain, smpaikn ank sy kini dpt smpingn di sbbkn tulang belakng ank sy bengkuk di sbbkn kuman yg di jngkiti.kini ank sy tak bole berjaln.

    ReplyDelete
  4. sya nk saman sb salah laporan brkenaan covid 19 boleh x..sb mula2 swab test positif..test kt hosp sg buloh negatif pulak..benda dh viral habis mengatakan sya n family positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Direct PM 0192635631. Mudah utk sy tanya few quest

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Saya nak tanya, wife saya bersalin minggu lepas(tapi bayi dalam kandungan usia 7 bulan memang sudah diketahui sudah meninggal dunia). dalam labor room saya tak dibenarkan masuk, jadi wife boleh bawa fon. Wife dapat bersalin dgn selamat, tetapi ada prosedur yang doct/nurse dalam labor room silap buat, uri tidak keluar bersama bayi, dan tiada sebarang tindakan diambil untuk keluarkan uri sehingga almost 2 jam. Akak saya doktor, dan katanya uri sepatutnya dikeluarkan selewat2nya dalam masa 30 minit. Skrg ni wife saya terpaksa dirujuk ke hosp sama semula kerana ada serpihan uri yang baru terkeluar setelah 1 minggu berpantang di rumah. Adakah apa2 elemen untuk jadi kes berkaitan situasi wife?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Based on ur facts tu memang ada elemen cuma if u nk ambil tindakan. Tgok kesan pada isteri dlu sbb itu akn diambil kira sbgai 1 value pada claim u

      Delete
    2. Thank you atas advice tersebut. Sekarang wife warded for 2nd time utk proses observation samaada, ada lagi atau tidak placenta/uri dalam rahim. Kalau ada akan undergoes proses cuci rahim. If anything I will whatsapp nombor yang diatas tu ya

      Delete
  7. Hai,,nk tnya sikit boleh, saya seorang kakitangan kesihatan kerajaan, pada september 2020 saya kena kurantin kerana dalam flight sama ada yang positif covid, semasa di kurantin di hospital kerajaan saya & beberapa orang ditempatkan dalam satu kubikel bersama seorang yang ada simptom positif covid (batuk2) & swab test yang dilakukan mendapati beliau positif, dalam kubikel tu kami terpaksa kongsi bilik air, 2 minggu kemudian saya & tiga orang yg lain didapati positif & saya terpaksa masuk icu kerana komplikasi paru2, bolehkah saya saman majikan saya(KKM)

    ReplyDelete
  8. U nk saman tu boleh TP 4 minimum damages since u OK now. Tak ada kesan truk berlaku pada u. Also.. Akn ade effect La if u saman ur own majikan meaning dari segi kerjaya u. If u ready 4 any consequences. Then do

    ReplyDelete
  9. haii, saya nk tnya macam kalau doctor cuai menyebabkan trpotong organ lain dalam pembedahan. mcm kes kakak sy kena bedah sbb appendix then dr tu trsilap potong sdkit usus besar dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nama "ter" pada tempat x sepatutnya. Means ada kecuaian. Tapi sejauh mana u boleh tuntut gantirugi adalah sejauh mana kecuaian tu memberi kesan kpd victim

      Delete
  10. Salam....anak saya me hospital selayang bahagian kecemasan dengan aduan sakit kepala yang kuat. Namun anak saya tidak mendapat rawatan yang sepatut nya dari doktor . Akhirnya anak saya meninggal dunia keesokan Hari nya disebabkan salut darah dalam otak pecah. Boleh kah saya saman dr yang merawat anak saya semasa dia di bahagian kecemasan hospital selayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana u tau ank x dapat rawatan sepatutnya? Kne cerita lebih detail supaya kite boleh nampak full facts of ur case

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Saya nak saman sebab doktor Masukkan ubat antibiotik tanpa memberitahu kesan sampingan terhadap anak saya cth Bengkak Dan merah seluruh badan. How? Selepas dah jd baru bgtau tp cakap terkena jangkitan kuman..

    ReplyDelete
  12. Salam..
    Org uma sy da ad tanda2 kelahiran iaitu keluar air ketuban.. Smpai di Labour room menunggu gilliran u di chackup walaupun masa tu cairan kehijauan tlh keluar (menandakan baby dlm kandungan tlh berak).. Doc pd masa tu tdk mengambil tindakan y sepatutnya dan tdk maklum kn ke doc pakar tentang keadaan org uma sy.. Disebabkan itu org uma tlh dibedah dan baby mengalami komplikasi pendarahan pd paru2 kerana tertelan najis.. Mohon pandangan tuan atas situasi sy ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. saya perlu tau kesan pada anak sekarang sebelum boleh advise further.

      Delete
    2. selepas operation ank sy mengalami komplikasi pendarahan paru2 disebabkan tertelan najis. ank sy tlh diberi rawatan rapi di NICU tp tlh meninggal dunia setelah lbh kurang 7jam bertarung nyawa.

      Delete
    3. Dptkn full med report then PM me

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan penceritaan memang ada kelewatan membuat keputusan dan tindakan. Pn boleh PM saya untuk info lanjut

      Delete
  14. Hi..i kemalangan n mgalami luka di lutut & luka n bengkak di kaki kiri telah membuat rawatan dihospital ***& x-ray di kaki & MRI di kapala selepas 2day di hospital sy di sah kn tidak mgalami ape2 patah dianggota badan,tetapi sy ade bertanya sebanyak dua kali, mgenai kaki pd dokter sbb bengkak &sakit bengkak,& bila da sebulan check semula di sah kn ade patah &retak dikaki yg bengkak itu ..boleh ke i nk saman hspital@dokter ..tQ

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. hi.kalau doktor gigi cuai boleh bukak kes jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk saman ni 1. Ada bukti kukuh berlakunya kecuaian. Bukan melalui presumption tetapi perlu disokong dgn bukti2 bertulis atau gambar2 atau lain2 2. Mesti ada duit utk tanggung yuran guaman. If 2 ni ada. Then u boleh proceed

      Delete
  17. salam.. wife saya operation di hospital *** untuk tujuan misscarriage.. semasa operation berlaku complication yang menyebabkan usus wife saya terpaksa luka dan terpaksa dipotong.. adakah saya boleh failkan saman untuk kes ini ? sekian

    ReplyDelete
  18. Nk saman ni 1. Ada bukti kukuh berlakunya kecuaian. Bukan melalui presumption tetapi perlu disokong dgn bukti2 bertulis atau gambar2 atau lain2 2. Mesti ada duit utk tanggung yuran guaman. If 2 ni ada. Then u boleh proceed

    ReplyDelete
  19. Anak saya allergic kepada ubat. Semasa pngambilan vaksin doctor telah arahkan pemantauan semasa disuntik vaksin. Seorang MA telah masukkn ubat adrenaline melalui branula dan setelah itu anak sy tidak sedarkan diri dan dan sesak nafas. MA tu tak tak mengaku telah beri ubat tu. Dan doctor memberitahu hanya doctor atau nurse saja yg boleh cucuk adrenaline tu. Sehinggakan anak saya brgantung kepada mesin ubat tu dan bp dia masih rendah. Adakah boleh disaman MA tersebut?

    ReplyDelete
  20. Kalau docter menyebabkan ovari pecah Dan menyebabkan pendarahan dalam perut boleh ke sy saman? 2liter kot pendarahan dlam perut tu.. Darah isteri sy turun smpai 5 je.. Boleh kehilangn nyawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah kebanyakkan org yg bertanya bukan sebab kes x boleh saman. Tapi sebab xde duit nk bayar fees lawyer. Jd untuk soalan boleh saman ke x. Boleh saman jika u ade bukti Dr tu mnyebbkn ovari wife u pecah. Tapi u ada x duit nk bayar fi guaman?

      Delete
  21. Hi, saya nak tanya. Berkenaan ayah saya yang dimasukkan ke Pusat Kuarantin Covid 19 Risiko Rendah sedangkan dia adalah pesakit Risiko Tinggi (Kencing manis, darah tinggi). Sehari sebelum meninggal, dia menunjukkan tanda2 sesak nafas etc tetapi tiada rujukan lanjut/rawatan dibuat. Pihak hospital telah mengatakan bahawa dia layak discharge keesokan harinya tetapi dia meninggal dunia. Tambahan pula, dr yang merawat ayah saya tiba2 ditransfer ke luar negeri serta merta. Adakah kes ini layak dianjurkan ke mahkamah? Sekiranya ya, bagaimanakah proses harus dimulakan? Thank you.

    ReplyDelete
  22. anak lemas semasa kelahiran..hingga menyebab kecederaan otak..dia tanya kenapa boleh berlaku sampai sekarang hospital tak leh bagi jawapan..anak dah berumur 2tahun lebih..boleh tak pihak peguam menyiasat jika ada unsur kecuaian apa langkah seterus untuk menuntut pampasan?..berapa kah kos guaman mengikut anggaran?..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite x bleh mnyiasat sbb tugas lawyer adalah untuk memfailkan tuntutan plaintif atas kecuaian Dr shj. Tidak melibatkan prosedur membuat siasatan

      Kos jika kes pegi ke perbicaraan penuh tidak kurang 30k

      Delete
    2. boleh buat penilaian fakta jika ada unsur kecuaian?..sekarang dalam proses aduan kkm yang terlalu lama..saya bimbang jika siasatan JKN terlalu lama hingga anak berumur lebih 3 tahun..kemungkinan untuk dibawa ke mahkamah sukar..adakah peguam juga boleh di gunakan untuk melancarkan lagi perbincangan dengan JKN?..

      Delete
    3. Jika encik sebenarnya nk kan pampasan gantirugi. Lantik lawyer dan fight di mahkamah. X payah nk tunggu siasatan2. Tapi kalau encik memang berminat nk berbincang. En tunggu sehingga hospital panggil utk sesi runding

      Delete
    4. terima kasih atas nasihat.saya akan mula kan proses mahkamah.cuma sebelom proses mahkamah saya kepastian apakah jawapan dari pihak hospital.

      Delete
  23. Macam mana saya boleh contact puan/encik?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum sy nak ty berkaitan vaksin...sy berpantang dan disuruh vaksin dos 1 pada hari ke 4 sy berpantang bersalin...tiada apa2 isu untuk dos 1...dos ke 2 sy mengalami sakit pinggang
    dan kaki kiri yg terok hingga xblh berjalan dan terpaksa dipapah...soalan sy boleh xsy saman pihak hosp yg bekenaan kerana telah memaksa saya mengambil vaksin dlm keadaan sy sdg berpantang..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam. Xperlu lah saman2 jika pn boleh kembali kpd keadaan normal. Kos lawyer tinggi

      Delete
  25. Saya nk tnye kes saya. Saya ada bersalin di hospital swasta baru2 nie. Dukacita anak saya dimaklumkan oleh dktor patah bahu kiri. Bila mtk explanation dktor pun tiada jawapan sbb sya bersalin tiada masalah. Proses bersalin skjp dan tk ada apa2 masalah sangkut ke apa. Tapi bila baby selamat di lahirkan, saya di maklumkan bahu baby crack. Bila xtry mmg patah. Skg slm pantang sya jaga sgt carefull baby. Boleh ke saya sue saman atas kelalaian pihak hospital? Berapa anggran kos? Saya rasa tk puas hati sbb bsalin di private tpi ini y tjdi pada anak saya. 11/11 nie baru ada follow up di hosptal biasa cz lps brsalin hospital private tersebut refer pada hospital sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos saman xkurang 30k jika kes sampai ke perbicaraan penuh. Jika pn serius nk ambil tindakan. Then boleh PM direct 0192635631

      Delete
  26. Bagaimana dengan kelewatan rawatan dan menyebabkan kematian(Jangkitan kuman)
    Berapa kos laywer untuk saman pihak kkm/Hospital/KlinikDan Doktor?

    ReplyDelete
  27. hi,,tuan..saya nak tanya ...
    macamni saya datang rumah kawan saya ..
    saya dimarahi oleh bapa dia...
    kerna saya datang ..
    tanya siapa saya...

    sya tertekan juga mental..
    jika situasi sebegini boleh ker buat sue..๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Hai. .mcm kes sya ni. .buat operation carpal tunnel. .tp jari kelingking dan jari manis dh 1 thun msh kebas bsemut. Hilang deria rsa. .rsa numb wlaupun try cucuk guna jarum. .so stelah 1 tahun bru dktor suggest buat test saraf balik. .tkt ada kslahan masa operate. .klu btl salah kena bukak balik yg di operate. .klu x operate balik,akan ada masa jri trsebut jdi kaku xdpt gerak lngsung. .sya jdi stress fkir kan keadaan sndri. .kerja2 guna tngn pun terbatas smua. .stiap kli appointment sya mention. .knpa jri kebas. .dktor ckp mungkin effect operate. .tp stelah 1 tahun. .doktor ckp mustahil msh kebas. .klu btl2 salah operate. .sya blh fail saman ke?kos angaran agak2 brape ye.?

    ReplyDelete
  31. cucu saya terjatuh dirumah dan mengalami kecederaan dikepala. dibawa ke hospital alor gajah, kemudian doktor benarkan balik selepas pemantauan selama 6 jam.. selepas 5 hari, masuk kembali ke hospital melaka...kini sedang menunggu keputusan imbasan otak....adakah ini dikatakan kecuaian pihak hospital?

    ReplyDelete
  32. hii... aktif lagi ke blog ney...
    saya nak tanya kalau isteri saya bersalin czer... doc terlebih potong kena kepala baby... macam mana ye boleh diklasifikasi sebagai kecuaian ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika terlebih potong tanpa sebab. Boleh diklasifikasi sbg kecuaian

      Delete
  33. Hai,maaf saya nk tanya ,.saya mengalami kemalangan dan doktor di klinik telah membuat rawatan dan doktor klinik mengesah kan bahawa kaki saya ada mengalami keretakan dibuku lali dan telah memberi surat refer beserta xray untuk rujukan pihak hospital tersebut ,tpi apabila saya ke hospital swasta tersebut doktor di hospital tu telah sah kan tidak mengalami sebarang keretakan pada buku lali dan beliau cuma memberitahu bahawa bahgian kaki saya cuma mengalami tisu koyak sahaja ,tiada sebarang keretakan berlaku pada buku lali saya dan beliau cuma beri mc selama 4 hari nk mintak dtg semula ,tp kaki saya semakin hari semakin membengkak dan sukar untuk berjalan ,kemudian saya telah ke klinik tersebut semula dan doktor telah memberikan saya surat rujukan untuk ke hospital kerajaan,. Apabila sya ke hospital kerajaan dan hospital kerajaan sah kan kaki saya mengalami keretakan,.adakah saya boleh ambil tindakan untuk masalah ni

    ReplyDelete
  34. Pada 16/4/21 saya Wong Sing Hong membawa anak saya Wong Shuan Yee pergi ke Island hospital pulau Pinang jumpa pakar kanak kanak Dr.Koh Chong Tuan untuk body checkup.Saya cakap dengan dia anak tidur dengkur dia berlainan dan jantungnya laju sehingga 120/minit.Mungkin anak viral infection sebab saya juga sakit 2bulan turut turut.Dia cakap mahu ambil x-ray.Saya tanya dia ada masalah tak ambil x-ray lagi sebab berapa minggu lalu baru ambil perut dia.Dia cakap tak dapat tengok kalau tak xray.Selepas x-ray dia anak saya apa hal pun takda.cuma sedikit sinus saja.saya cakap dia takda hal u ambil x-ray kepala dia buat apa lagipun anak ada hal .masa tidur dengkur dia berlaianan dan jantungnya laju.mana mungkin takda apa.dia pun tak mahu cakap dengan saya dan cakap dengan isteri saya cakap saya gila.Selepas itu anak bertambah serius dalam masa yang singkat.Say cubaen armbil nasihat dari peguam.peguam panggil saya ambil medical repot.Saya nampak doktor itumengambill 3 gambar x-ray dikepala dan satu didada.Selepas saya tengok habislah anak saya macam gitu.Sekarang anak saya menjadi binggong nafas susah,lemah, pucatnya dan seluruh badan.Saya berharap minta tuntutan daripadanya kerana mengambil keputusan yang salah dan x-ray boleh merosakkan badan anak saya.Rakyat biasa pun tahu x-ray merosakkan sel sel dan tisu dibadan kita.Dia doktor patut lagi jelas

    ReplyDelete
  35. Salam. Saya nak tanya. Aunty saya diminta untuk buat procedure fnac untuk ambil sample d bahagian belakang telinga. Semasa melakukan procedure tersebut mereka tercucuk bahagian salur darah yang besar & terdapat saraf yang terkoyak mengakibatkan pendarahan yang banyak dan sehingga beliau terpaksa melakukan pembedahan dihari yang sama & telah dimasukkan ke wad ICU. kini beliau masih lagi dirawat di hospital. Akan tetapi selepas pembedahan tersebut terdapat kecacatan pada separuh wajahnya kerana terdapat saraf & salur darah yang tidak dapat berfungsi. Jika hal sebegini boleh ka membuat tuntutan & saman kepada pihak hospital?

    ReplyDelete
  36. Salam maaf saya nak bertanya 19.12.2022 anak saya bersunat secara laser(thermocautery)...seperti biasa d rumah jaga makan rehat ckp ..hari k3 sy dapati bebed anak sya ada sperti luka terhiris d atas kiri kepalanya...mungkin hari p1 dan k2 bebed masi bengkak jd x perasan hari k3 kmi dapati ada spti nanah kluar n infection dekat luka ..bekas jahitan sunat normal sihat cuma kesan luka terhiris mybbakn keluar nanah n hitam.....bila kami bawa klinik doc yg buat seperti mengelak.
    1. Sekiranya awal doc bgtau ada kesan luka tehiris mgkin kami boleh rawat sikit sbb ingatkan kesan darah kesan dr bersunat .dalam kes ni apa yg perlu saya lakukan

    ReplyDelete
  37. salam.. saya ada pertanyaan sedikit, isteri saya di refer ke hospital kerajaan untuk masalah spasm dibahagian muka, Dr mengatakan ia adalah pembedahan minor sahaja di bahagian saraf dibelakang kepala, pembedahan pertama tidak berjaya, Dr pakar yang pada mulanya mengatakan yang akan membuat pembedahan pertama tersebut dibuat oleh Dr yang lain pada hari berkenaan. Atas nasihat Dr pakar tersebut, Dr berjanji pembedahan kedua akan berjaya dan dilakukan sendiri oleh Dr pakar tersebut dan akhirnya ia berjaya. tetapi selang beberapa hari kesihatan isteri saya bertambah teruk dan akhirnya disahkan ada jangkitan di tempat pembedahan. Pembedahan ketiga terpaksa dilakukan untuk membuang jangkitan. setelah sebulan wad isteri saya dibenarkan keluar akhirnya walaupun saya mengesan ketidaknormalan isteri saya bercakap dan berinteraksi dan telah cuba menghantar message kepada Dr akan masalah isteri saya yang semakin lama seolah olah terkena stroke. Alhamdulillah ada kawan kawan sekerja yang tahu mengenai medical menguruskan ambulan untuk menghantar isteri saya hospital kerajaan tersebut semula. Amat mengejutkan kerana cecair dalam otak telah terlebih dan mengakibatkan pembengkakan otak berlaku. Pada hari itu juga dibuat pembedahan ke empat untuk memasukkan tiub shunt dikepala. Dan pembedahan kelima untuk memasukkan tiub tersebut kedalam badan melalui bawah kulit. Wajarkah saya bertindak menyaman doktor dan kkm atas perkara yang berlaku kerana tahap kesihatan isteri saya sekarang boleh dikategori tidak normal kerana kerap menghidap sakit kepala sehingga terpaksa mengambil pil tahan sakit setiap kali dan trauma dengan tiub didalam badan yang terpaksa dipakai sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  38. Di sini ingin saya membuat aduan berkaitan ayah saya yang menderita perut (disyaki ada batu dalam pankreas) dan ingin mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

    23/4 - Hari pertama kami bawa ayah walk in di pintu kecemasan HTAR, setelah menunggu, doktor mencadangkan untuk buat ultrasound di hospital/klinik private untuk lebih cepat.

    25/4 - Atas cadangan doktor HTAR, kami bawa ayah scan and ultrasound untuk dihantar report ke bahagian kecemasan DENGAN HARAPAN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN, tapi rawatan masih belum diterima, sebaliknya kami perlu mendaftar sekali lagi dan melalui proses saringan sekali lagi yang mengambil masa berjam2.
    Akhirnya, siap saringan pada waktu petang,. doktor cuma bagi painkiller dan menyuruh kami untuk pergi ke klinik pakar. Dengan hampa kami pulang membawa ayah yang sakit tanpa rawatan yang sesuai. (sedangkan report sudah dibawa seperti yang dicadang doktor)

    26/4 - Kami bawa ayah ke klinik pakar, kami mendapat tarikh appointment 29/5 (2pm) hanya di kaunter. TANPA APA2 RAWATAN, ayah terpaksa dibawa pulang dan menahan sakit yang amat sangat. Kami tunggu dengan sabar (sebulan lebih) dengan harapan untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya pada 29/5 nanti.

    29/5 - Sebulan lebih telah berlalu, kami bawa ayah ke bahagian SOPD pada pukul 2pm., kami tunggu sehingga lebih kurang 430pm sebelum nama dipanggil untuk ke bilik 15.
    Apabila dipanggil, ayah diperiksa oleh doktor (Dr, Afiq) kalau tak silap saya.
    Sedang pemeriksaan dilakukan, ayah saya ditanya oleh doktor yang nampaknya seperti lebih senior dari Dr. Afiq (saya tak ingat nama dia, doktor berbangsa India, perempuan).
    Doktor tanya ayah yang pada masa itu dalam keadaan sakit berskala 9-10 dalam keadaan mencungap dan tidak cukup nafas kerana menahan sakit.
    Doktor tanya, kenapa kami tidak terus ke bahagian kecemasan?
    Ayah saya menjelaskan, kami datang ikut appointment, and tidak lagi mampu untuk menunggu dengan penuh penyiksaan di bahagian kecemasan. Tetapi dengan keadaan ayah saya yang terlalu sakit, doktor itu ingin menghantar kami ke bahagian kecemasan.
    Dan kami diberi jaminan oleh doktor tersebut, kami tidak perlu menunggu kerana dia akan istihar kes ayah saya under 'code blue' dan akan diberikan rawatan segera.
    Pada ketika itu kami merasa lega kerana beranggapan akan terus mendapatkan rawatan. Pada mulanya ayah disuruh bawa ke bilik 'code blue', doc on call dipanggil untuk memberi rawatan pada ayah saya. Jam pada ketika itu lebih kurang pukul 455pm. Doc on call bertanyakan kepada nurse yang mengiringi ayah saya pada waktu itu, kenapa pihak SOPD tidak terus memberi rawatan?
    Nurse jawab pada doc itu 'oh sebab dah nak pukul 5pm, they all nak balik dah' and kes ayah saya 'dicampak' ke bahagian kecemasan.

    29/5 (5pm) - Kami dibawa ke bahagian kecemasan, Kami diminta untuk mendaftar semula dan melalui proses saringan sekali lagi. Ayah diperiksa jam lebih kurang 830pm. Seperti di dalam penjara kami TERPAKSA MENUNGGU lagi untuk mendapatkan rawatan. Darah ayah dan xray diambil lebih kurang 10pm.

    30/5 (1230am) - Pada ketika ini ayah tidak lagi boleh menahan azab menunggu untuk mendapatkan rawatan. Kami meminta doktor (Dr. Wendy) yang pada itu sedang bertugas untuk melepaskan kami pulang.

    30/5 (115am) - Kami pulang dalam keadaan ayah yang masih sakit and tanpa sebarang rawatan.

    Saya harap pihak berwajib akan membuka kertas siasatan untuk kes ayah saya.

    Ini report aduan yang saya hantar pada KKM, boleh ke kalau nak saman hospital atas alasan lewat memberi rawatan?

    ReplyDelete
  39. Salam.. Saya nak tanya, pihak hospital swasta membenarkan jenazah arwah ayah saya dituntut oleh bukan waris. Apa tindakan yg boleh dibuat dan berapa nilai pampasan saya boleh tuntut?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

BLANKET CONSENT