Pemaju Lewat serah kunci

sya ada membeli 1 unit rumah..
Tarikh SNP Mei 2015.. Sehingga harini, masih tertunggu2 utk hari penyerahan kunci..  

Memandangkan dah lebih 2 tahun...
Sya bercadang utk memohon ganti rugi kpd pemaju...boleh bagi pandangan?

Jawapan :


Mengikut Perjanjian Jual Beli yang menggunapakai Jadual G dan H di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, pemaju hendaklah menyiapkan pembinaan sesuatu rumah dan menyerahkan milikan kosong (dalam bahasa mudahnya, serahkan kunci rumah) kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan (untuk rumah landed) dan 36 bulan (untuk rumah strata) daripada tarikh Perjanjian Jual Beli.
Sekiranya pemaju gagal menyiapkan pembinaan rumah dan gagal menyerahkan milikan kosong rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, apa yang boleh pembeli buat?
Bolehkah pembeli tamatkan atau batalkan Perjanjian Jual Beli (SPA)? Bolehkah pembeli saman pemaju?
Di sini saya senaraikan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh pembeli sekiranya pemaju lewat menyerahkan milikan kosong rumah:

#1: Boleh ke pembeli batalkan SPA?

Sebenarnya, pembeli tak boleh tamatkan atau batalkan SPA semata-mata disebabkan pemaju lewat serah milikan kosong rumah, walaupun tempoh 24 bulan daripada tarikh SPA dah tamat.
Ini kerana takde sebarang peruntukan di dalam SPA di bawah Jadual G yang membenarkan pembeli mengambil tindakan ini.
Bermakna, selama mana sekalipun pemaju lewat, pembeli tak boleh batalkan SPA.

#2: Buat surat rasmi kepada pemaju

Tapi, sekiranya berlaku kelewatan, pembeli boleh tulis surat rasmi kepada pemaju memaklumkan yang penyerahan milikan kosong sepatutnya dibuat kepada pembeli pada sekian-sekian haribulan.
Dan sehingga kini, pemaju telah lewat menyerahkan milikan kosong rumah yang korang beli tu.
Maklumkan juga kepada pemaju yang mereka bertanggungjawab menjelaskan bayaran gantirugi kelewatan serahan milikan kosong kepada pembeli, sebaik sahaja milikan kosong rumah tersebut dibuat kelak.

#3: Hantar salinan surat rasmi kepada KPKT

Serahkan juga salinan surat rasmi tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
✔Bolehkah sy nak tuntut GANTI RUGI?
🌼memangla boleh sebab perihal tersebut telah dimaklum secara terang didalam perjanjian jual beli yg ditandatangani.
✔Berapa sy boleh tuntut?
🌼Sila rujuk perjanjian anda. Biasanya 10% per annum. Dikira dari tarikh kegagalan serah kunci sehingga tarikh sebenar serah.
✔Macamana sy nk Tuntut?
🌼 Jumpa dulu pihak pemaju, bawak berbincang;ATAU
🌼 pegi tribunal tuntutan ;ATAU
🌼 melalui tuntutan di MAHKAMAH.
PENGALAMAN
saya pernah didatangi 3 org client yg mengalami masalah pemaju lewat serah kunci. Dah serah dah pun. Bukan x serah. Client tu dah duduk pon kat rumah mereka masing 2. Cuma.mereka nak tuntut kerugian atas kelewatan penyerahan.
Mereka bertiga dah pernah bawak kes ke teibunal. Dapat award atau keputusan yg menyebelahi mereka. Tetapi mereka gagal mendapat wang yang dituntut.
Maka datanglah mereka kpd sy. Sy nasihatkan untuk pergi kepada tuntutan di Mahkamah. Saman difailkan. Pemaju lantik lawyer. Kami masukkan permohonan untuk penghakiman terus. Kami menang. Dan akhirnya pemaju menawarkan penyelesaian iaitu pembayaran penuh secara berperingkat.
Alhamdulillah client sy dah dapat hak mereka dan sy tumpang gembira. Sapa pemaju tu? Kalau sy sebut. Semua memang kenal lah. Sebab dia sangat famous di puchong.
📌 jika anda mempunyai masalah yg sama. Boleh lah bertanya. InsyaAllah, apa yg boleh dishare.. kita sampaikan.

♥ NA'17
0192635631 

Comments

  1. Berapa lamakah tempoh tuntutan melalui tibunal perumahan ini boleh selesai sepenuhnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk prosiding tribunal bergantung sama ada pembelaan dimasukkan atau perbicaraan dijalankan atau sebaliknya tiada apape pembelaan dari pihak pemaju atau pemaju bersetuju utk merekodkan persetujuan. Paling kurang pun dalam tempoh 4-6 bulan

      Delete
  2. Rumah yg dibeli dr pemaju dh siap, bayaran pinjaman penuh juga telah mula dibayar kepada pihak bank, tp kunci masih belum dpt diambil....kene buat appoinment utk ambil kunci dan slot yg kosong hnye pada bulan 3...rase mcm x adil je sbb 2 bln kene tggu bru bleh ambil kunci tersebut...ada ape2 tindkan yg sy boleh ambil x?

    Terima kasih ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check tarikh SPA u bile. Then tengok terma. Normally serahan milikan kosong adalah wthin 24months. Jika its stil wthin time then shd b no problem. Tapi jika telah melebihi tempoh masa tersebut anda bolehlah serahkan 1 notis tuntutan mengikut klausa kelewatan serahan milikan kosong. Berapa % faedah yg layak anda terima akibat kelewatan serahan tersebut oleh pemaju. Jika perlukan penerangan lanjut boleh wassp 0192635631. InsyaAllah kite share apa yg boleh dishare

      Delete
  3. Salam... Saya nak tanya.. Developer maklumkan rumah saya (apartment) kena dirobohkan sbb ada cracks pd struktur bangunan.. Saya tandatangan S&P bila rumah tu dah hampir siap..

    S&P: 30.08.2017
    Date of VP patutnya 3.10.2018
    Ikut S&P, LAD start lps 36m dari tarikh S&P, so 30.08.2020

    Dalam kes saya ni developer patut byr LAD dari tarikh VP (3.10.2018) atau tarikh 36m S&P (30.08.2020)?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. LAD dikira dari tarikh terima kunci dan boleh masuk rumah. Boleh gunakan facility dalam rumah tersebut iaitu api dan air.

    ReplyDelete
  5. hai, nak tanya..saya sign S&P pada 7/4/2017 tapi dapat kunci pada 13/7/2019. saya boleh tuntut pampasan lambat siap dari pemaju ke?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Nak tanya. Sign spa ogos 2017,sekarang 2020 sudah lewat. Dh contact pemaju, pemaju janji akan byr LAD. tp masalah skrg dibawah projek PPAM, spa berbeza drpd pembelian rumah lain, dimana LAD cuma kiraan 1% shj. Bkn 10%. Selepas kira2 untuk 6bulan lewat baru RM900++ shj.. Wajarkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi wajar memg x wajar. Tapi terma ni telah dipersetujui oleh tn sendiri semasa tandatangan spa. Maka pihak2 adalah terikat kpd kontrak yg ditandatangani

      Delete
    2. Kami tidak diberitahu mengenai perkara tersebut. Ini juga rumah pertama kami jd tiada pengalaman dlm hal ini..

      Delete
    3. Wassp 0192635631 utk pertanyaan lanjut.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Saya nak tanye sikit , saya sign SPA pada tarikh 15 october 2017 , dan kunci rumah masih tak dapat . Macam mana nak kira berapa hari lewat kalau fahaman saya 15 october 2019 genap 24 bulan, kiraan kelewatan bermula dari 16 october 2019 sehingga dapat kunci nanti betul ke ?

    Saya dah call pihak Pr1ma dan saya di maklumkan tarikh serah kunci di tunda , butiran kenapa tunda cuma dapat email dari Pr1ma tengah berbincang dengan kontraktor yang terlibat.

    Bayaran bulanan ruma dah mula potong dari gaji start januari 2020

    Mintak pencerahan sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada banyak kes prima yg mana org call Dan bertanya. Kite bercakap melalui phone Lebih mudah

      Delete
    2. Sy pn ada mslh mcm tuan di atas.. Sy sign sap 2 dec 2016 smlm sy bru dapat kunci 29 mei 2020.. Sy mgharapkan pemaju membayar pampasan kelewatan kpd sy.. Sy dh pergi tengok rumah ada crack dan simen yg tidak rata berbonggol2 di dinding.. Mohon beri penjelasan bagaimana sy perlu menuntut pampasan drpd pemaju..

      Delete
    3. Tuan perlu notify pemaju semasa ambil kunci secara bertulis niat utk menuntut LAD caj tersebut

      Delete
  9. Salam sekiranya LAD tidak dinyatakan didalam SPA bagaimana saya mahu maklumkan pada pemaju?ikut Akta atau bagaimana?sy sign SPA okt 2017 hingga kini kunci tidak diserahkan lagi.mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksud LAD x dinyatakan dlm SPA? Pn boleh share copy SPA di sini atau PM sy. Sbb standard clause tu memang ada dlm perjanjian. Jika tiada, bagaimana pembeli nk tuntut sekiranya berlaku kelewatan

      Delete
  10. HI..MOHON BERTANYA

    SAYA MENGALAMI MASALAH BILA PEMAJU TIDAK BAYAR TUNTUTAN LAD MENGIKUT CARA YANG BETUL.SETAHU SAYA HANYA PEMBELI LAYAK TERIMA 10% DARI HARGA RUMAH ATAS KELEWATAN TETAPI PEMAJU MEMASUKKAN SEKALI 30% IAITU DARI HARGA RUMAH.BILA SAYA UTARAKAN YANG PEMAJU TIDAK BOLEH TERIMA TUNTUTAN LAD,PEMAJU MENYATAKAN SAYA SUDAH MENANDATANGANI SURAT PERJANJJIAN SEMASA MENERIMA WANG TUTUTAN LAD YANG TIDAK SEBERAPA.PEMAJU JUGA SEMAKIN BERANI KERANA MENGUGUT KAMI UNTUK LAPORANKAN KE TRIBUNAL DAN PEMAJU TIDAK TAKUT WALAUPUN DIPANGGIL PIHAK TRIBUNAL.BOLEH CIK BERI PENDAPAT.

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tn boleh wassp sy. Sbb sy perlukan beberapa info sblom share apape advise. 0192635631

      Delete
  11. Hi...Mohon bertanya

    Saya sign SPA pada 29 September 2017 dan pada masa sekarang saya masih belum menerima kunci rumah berikutan rumah masih belum siap sepenuhnya di mana masih terdapat baki 10% daripada jumlah loan yang belum dikeluarkan.

    Persoalannya, adakah saya perlu menunggu sehingga kunci diserahkan baru boleh membuat tuntutan LAD atau boleh menuntutnya sekarang.

    Terima kasih.

    AZWAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk claim LAD kiraan memang dari tarikh milikan kosg diperolehi. Maka jika rumah tersebut x siap2 even sampai 10 tahun kemudian. LAD bukan satu tuntutan utk penyelesaian. Kita akn pegi kpd breach of contract

      Delete
    2. Maksudnya saya blh buat tuntutan sekarang or tunggu sampai dpt kunci dulu br claim

      Delete
    3. U boleh proceed utk breach ctc sekarang. Wlaubagaimanapun jika u masih nak kan rumaj tersebut siap ia mungkin akn memberi kesan dimana pemaju akan abaikan trus rumah u x buat complete. Breach of ctc biasanya kita buat utk mereka yg tak nak dah rumah yg xsiap2 tu dan juz nk tuntut gantirugi

      Delete
    4. Ok tq..really appreciate it

      Delete
  12. Salam, mohon bertanya
    1) Bole ke kte tuntut gantirugi extra, contoh jumlah sewaan bulanan yang terpaksa ditanggung akibat kelewatan pemaju menyiapkan rumah
    2) utk strata terdapat klausa completion of common facilities, adekah pengiraan tempoh kelewatan juga akan dikira sehingga tarikh penyerahan kunci, sbb klausa mention shall accrue on the date the Vendor completes the common facilities, in which kte xtau exactly ble.

    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. boleh
      2. Baca btul2 ur terms. Biasanya pemaju akn letak clausa sehingga penyerahan milikan kosong whc is refer to ur units. Tapi jika clausa mengatakan sebaliknya. Then of cours kiraan kelewatan akn mngikut terma perjanjian

      Delete
  13. Hi, Sya nak bertanya.
    Sekiranya pemaju tidak membayar pampasan LAD atau membayar hanya separuh walaupun telah mendapat arahan mahkamah untuk menjelaskan bayaran LAD, apakh tindakan yang perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. U perlu proceed ke mahkamah bg membolehkan tindakan perlaksanaan diambil terhadap pemaju

      Delete
  14. Bila waktu untuk serahkn notis kepada pemaju utk kes LAD ini?dlm s&p rumah siap spatutnye 5nov2019 tp smpai skg blm dpt kunci lg..adakah pgiraannyer bole masuk skali temph MCO (covid19)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempoh MCO exception. Notis LAD hanya boleh diserah jika u dah dipanggil tok ambil kunci

      Delete
  15. Hai ...mcm situasi sye ..dh dpt kunci pada 28/8/20 tapi rumah mengikut S&P ptt siap pada 06/02/20 ...valid tak utk request bayaran lewat dri pemaju ...kalau ye mcm mana nak kira ye

    ReplyDelete
  16. Salam...macam mana kalau pemaju lewat serah kunci..dari perjanjian sebenar..cuma Dalam kes saya ni agak berbeza kerana saya lantik pemaju buat rumah diatas tanah sendiri..adakah saya boleh bawa kes ni ke mahkamah..kalau ikutkan memang ada perjanjian bertulis antara saya dgn pemaju..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. As long as ada written contract n terms mentioned therein. U boleh claim LAD

      Delete
  17. Hi saya nak tanya, saya sign snp pada 30 julai 2018, dan sepatutnya kunci sudah diserahkan pada 30 julai 2020. tetapi disebabkan kelewatan dokumentasi seperti permohonan ccc, kunci akan diserah kan pada hujung bulan ini iaitu 30/11/2020.
    Saya boleh tuntut LAD kan? dan bila saya boleh start tuntut?adalah selepas dapat kunci atau boleh mula sekrarang?

    ReplyDelete
  18. Hi saya nak tanya, saya sign snp pada 30 julai 2018, dan sepatutnya kunci sudah diserahkan pada 30 julai 2020. tetapi disebabkan kelewatan dokumentasi seperti permohonan ccc, kunci akan diserah kan pada hujung bulan ini iaitu 30/11/2020.
    Saya boleh tuntut LAD kan? dan bila saya boleh start tuntut?adalah selepas dapat kunci atau boleh mula sekrarang?

    ReplyDelete
  19. saya tanya macam kes saya ni... terlibat dalam tempoh MCO.. macam mana nak buat pengiraan LAD.. saya sign agreement LPPSA 16 oktober 2018 dan sepatutnya kunci serahkan 16 oktober 2020..sehingga sekarang belum mendapat kunci.. anggaran bulan april atau mei 2021. jika kunci diserahkan pada awal bulan mei.. macam pengiraan LAD tersebut. MCO awal tahun ini mereka masih dibenarkan bekerja.. minta pencerahan Puan

    ReplyDelete
  20. Check dgn pemaju u sama ada die ada surat pengecualian dr KPKT

    ReplyDelete
  21. Hai, saya nak tanya boleh ke dalam snp untuk tuntutan LAD berbeza dengan peraturan yang ditetapkan dalam law perumahan which is 10% . Tapi dalam snp state 1%. Saya beli rumah under ppa1m. Kalu buat tuntutan tribunal akan refer snp atau ikut percent dalam law. Masa tandatangan kami tak tahu sebab first time beli rumah. Dan boleh ke pihak penentang claim kos hotel dari kami sebab kena datang ke tempat tribunal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg ditandatangani oleh pihak2 tu kite panggil kontrak dimana terma yg mengikat pihak2 adalah terma yg u tandatangan. If u nk raise abot d diffrent. U sepatutnya check dari mula u nk tandatangan dn bukan sekarang sbb mereka akn guna pembelaan aftertought

      Delete
    2. salam puan izaty, puan ada buat tuntutan ppa1m ke? saya pun menghadapi masalah yg sama

      Delete
  22. Hai...saya nak tanya, bolehkah saya buat tuntutan ganti rugi di tribunal. Pemaju telah declared kepada bank bahawa rumah telah siap, dan bank telah membayar penuh kepada pemaju., walaupun sebenarnya rumah masih dalam proses pembinaan, dan saya terpaksa membuat bayaran bulanan kepada bank walaupun rumah belum siap.

    ReplyDelete
  23. Maaf bertanya. Macam mana kita nak tau tarikh rumah siap ye? Dekat S&P saya tidak ada pon tarikh siap dibina. Mohon pencerahan.. Ke tgok tarikh kat the day and year of this agreement ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh perlu deliver vp kene tengok terma spa cakap apa. 24 bulan ke 36 bulan dari tarikh stamping spa

      Delete
  24. Saya masih didalam proses menanti pemaju menyiapkan rumah yang dijangkakan siap 20 Oktober 2023 tetapi sejak awal Ogos2023 pihak pemaju tidak meneruskan projek dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah dan mempunyai banyak masalah dengan pihak pembekal.
    adakah saya boleh terus membuat surat kepada pemaju beserta salinan kepada KPKT atau menunggu tarikh serahan kunci dan buat masa ini saya telahpun membuat 90% dari bayaran kepada pemaju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U nk buat surat utk apa kpd pemaju? Boleh jelaskan?

      Delete
    2. Apa yang perlu saya buat pada keadaan tergantung seperti ini setelah 90% pembayaran dibuat?repot polis?KPKT?dan tuntutan refund fari pemaju.

      Delete
    3. Buat notis tuntutan utk push pemaju siapkan rumah u within d time frame agreed. Jika x buat jugak . U boleh proceed saman vs them

      Delete
  25. pemaju lewat serah kunci..ikut SNP pemaju nak bayar mengikut tarikh SNP sehingga VP ( vacant possesion) ...bukan tarikh serah kunci..nota ( snp 30/3/22 ,,,vp 30/4/24...serah kunci 31/5/24...) so saya nak claim 31/5/24..pemaju x mau...boleh ka tuan?

    ReplyDelete
  26. Hi, awak ada history fight berkenaan tuntutan LAD ini? Atau awak peguam?

    ReplyDelete
  27. Ya kami peguam yang banyak menguruskan kes2 LAD. Boleh direct wassp I di 0192635631 untuk pertanyaan lanjut. Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT