POLIGAMI

 


I bukan nak cerite pasal kes ni tapi i nak highlite pasal 

"Kawin lain sebab nak elak maksiat"

Lelaki kalau dah kantoi kawin lagi 1 memang xde alasan yg lebih bagus yg boleh korang bagi ke? Asyik2 nk elak maksiat. Asyik2 nk elak maksiat. At d 1st place kenapa korang nk kene buat MAKSIAT ehh? Bini yang sah ade kat rumah kot. Pon kau x terlayan. Dan2 kawin lagi 1 sebab nk elak maksiat. Jemmm wt this type of answer! Yang menambah pening tu kebanyakkan yg i tengok isteri pertama tu jauh lebih cantek dari isteri kedua yang menipis bak papan lapis. Pelik btol taste2 lelaki zaman sekarang. Kot nak menambah tu sebab dapat yang lagi cantek ke lagi baik ke lagi alim ke lagi tinggi pangkat dari isteri sedia ada ke.. we can understand lah! But now opposite pulak taste u bang!

Nway, sat gi client2 lelaki i akn wassp i pagi ni bile baca my status 🀣🀣🀣 puan u ni buat kes i tapi u anti poligami. I bukan anti poligami bang. Tapi im tellin u d truth. Lelaki yg betul2 bagus. Die akan berani  dan bagitau his 1st wife die nak kawin no 2 atau no 3 atau no 4 dan reason u y u nak kawin lain. Dulu kan masa kite kawin. U hanya ada i. N i hanya ada u. Kite xde perjanjian bahawa u pada suatu masa akan menduakan i. Atau u akan belah 2 hati u serta sayang u untuk u suruh i berkongsi kasih sayang itu dengan perempuan lain.  Jadi lelaki kene faham ini. 

Jika isteri ok. Then berkahwinla u. Kalau x setuju. U bawak tunjuk calonn lain.. propose pada wife sedia ada. Tak setuju lagi. Tunjuk lagi calonn lain sampai wife No 1 u penat n malas nk layan kerenah gatal u tu πŸ˜‹ . Bukan u berlagak suci tapi sebenarnya u tipu 1st wife u. Dah la u berskandal kat belakang die. Lpastu u kawin plak sorok2 kat Thailand. U x gentleman la bang. Sebab??? Sebab u sebenarnya TAKOT untuk kehilangan yang PERTAMA tapi tamak nak ada yang KEDUA.

Kite banyak je buat kes2 dimana suami (biasanya Dato2' ) dtg bgtau nk buat kes kebenaran berpoligami. Dan i xde la menolak atau mengecam suami2 yg mintak kite bawakan kes nk mohon kebenaran poligami. I akan tersenyum di depan client lelaki i tu tauuuu... caya x 🀣 

At leas kan dalam such cases, suami2 ini jujur dan berterus terang. Die da siap sediakan rumah nafkah bulanan kereta isteri belanja anak2 semua ade disebut di dalam permohonan dan both isteri serta bakal isteri setuju dengan apa yang dah dicatatkan di dalam permohonan tersebut. Ini baru betol dan layak utk berpoligami. Di Mahkamah nanti u perlu buktikan ini dlm permohonan :-


 (a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu;


(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak; 


(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan


(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar'ie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.


Bukan kau rumah pon bini bayar sewa. Makan pakai anak pon bini yang beli. Lpastu kau plak lari pi Thailand kawin no 2 no 3 dengan alasan mengelak maksiat. Pening la bang oiii... stress memikir ! Lepastu kepada yg dah jadi atok2. Ape kate atok2 ni pikir je nak pi masjid. Nk beramal. Tumpukan saja pada isteri ank2 dan cucu2 yg sedia ada. Daripada atok2 fikir nak kawin baru nak cari bini muda yang sebaya dengan umo ank atok2 sekelian. Ini akan membuatkan isteri sedia ada serta ank cucu u hilang respec pada u.lagi2 bile u bagi alasan " i nak kawin dgn die sebab nk elak buat maksiat" .. tok2.. cuba atok tengok muka atok tu kat cermin n tanya, adakah amalan aku nk hadap mati sudah cukup??? Madangg bagi alasan nak elak maksiat . Halahhh.. letihh 

Last but not leas kepada abg2 yang ada niat nk berpoligami. Boleh la PM2 i....err... PM i untuk ask d procedure la i mean ya . Karang silap paham pulak. kite boleh bawakkan kes πŸ˜‡  InsyaAllah nak menambah isteri bukan kan 2.. 3 ke  4 pon kite boleh bawakkan. X yah pi lari2 masok Thailand bang. Leceh!


NA'23

0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT