TAKLIQ

 




TAKLIQ

*********

KES PERTAMA :


[14/12, 18:30] : Assalamualaikum Puan saya nak tanya ni. Saya nak mohon taklik

[14/12, 18:30] : Tapi mcm mana caranya saya tak tau .  Sebab saya dah ditinggalkan semenjak tahun 2011..

[14/12, 18:30] Saya pun tak tau dia kat mana. susah saya kehidupan saya hadap seorang² .. lagi pun saya sekarang keluarga pun dah tak ada mak ayah dah arwah ... Saya duduk sebatang kara di rumah dgn saya titel OKU fizikal kekal 

[14/12, 18:30] : Semenjak lepas pertengkaran mulut pada 2011, dia tendang perut saya .. saya keguguran dan lepas tu dia keluar tak balik² dah


KES  KEDUA :


[25/11, 22:22] : Akak kawin 19.9.2012

[25/11, 22:22] : 10.6.2015..dah tak besama

[25/11, 22:26] : Suami tinggal akak

[25/11, 22:26] : Akak selalu kena pukul,

[25/11, 22:26] : Kena maki

[25/11, 22:26] : Kena hina

[25/11, 22:26] : Selama besam dia akak yang tanggung semua

[25/11, 22:26] : Bayar rumah kereta moto

[25/11, 22:28] : Nafkah memang laki akak tak penah bagi sejak kawin


Ni untuk para SUAMI:


1. Wahai sang pemilik cinta, kalau korang dah benci dah menyampah kat bini masing2. Sila jangan berperangai zalim spt di atas. 

2. Kalau dah bosan dengan bini sedia ada. Bgtau je kat bini2, berpisah cara baik dgn persetujuan. Pi lah rekod terma2 apa yg korang setuju dlm Mahkamah.

3. Jangan la da x suka pi tinggal lepastu gantung org tu x bertali. Kesian la si isteri. Die pon nk hidup bahagia jugak. Yg si suami dah kemana2 berbahagia.. si isteri berbelas tahun menderita..

4. Korang2 pi baca balik lafaz takliq yang korang baca masa akad nikah tu. Bagi paham. Dan hadam. Ni org nikah, korang pon sibok nk nikah. Tapi lafaz  apa yg korang baca , korang pon xtau


Untuk para ISTERI :


1. Kalau dapat suami yang suke2 tendang kite sane sini tu. 1st thing u perlu buat adalah pi balai buat reportπŸ˜† lupakan perkataan "sayang" .

2. Kalau da kene tinggal tu kak, jangan la bazirkan usia dok tunggu sampai 7 tahun, 8 tahun, 11 tahun kemudian baru nak pi Mahkamah. Mohon cerai. 4 bulan x balik. Pi angkat kaki fail kes ke Mahkamah. (Errrr... ni untuk kes2 yg suami2 nya spt di atas ya. Kalau suami awk tu pi bekerja. Baik. Berkasih sayang. Jangan plak tetibe x balik 4 bulan u pi failkan kes ke mahkamah plak. Siasat dlu mana pi suami u tu)

πŸ‘‰ kami dah hadap few cases spt ini. Yang pelik  , isteri2 yang ditinggal suami terus x balik2 ni hanya terbuka hati nk bertanya untuk fail kes di Mahkamah selepas bertahun2. Adekah u bahagia dengan tergantung x bertali bertahun2?? Sayangi usia MUDA u.. u desrve to b happy.. so celik syariah.. n Move on.. tiberr πŸ˜†


-NA'22-

0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT