SURAT KUASA MENTADBIR

Banyk org tanya sejak kebelakangan. Bila harta si mati ditinggal tanpa wasiat. Maka macamana waris nak buat. Sebelum ni saya ade share berkenaan perlantikan pentadbir. 


Prosedur Melalui Mahkamah

******************************


Sy nk touch pada prosedur2 di Mahkamah saja ya. Mcm client kami. Si mati (bapa) mati meninggalkan 1 isteri 9 anak . Harta yg ditinggal? Tanah saja ada 39 geran. Blom harta lain. Dalam kes ni, kami dah berjaya dptkan LA dari Mahkamah. Dah jadi pentadbir dah pon. (Naik court kes pertama)


Tapi nex issue adalah.macamana harta2 si mati tadi kalau kite waris2 nak bagi sama rata. Cth si mati  ada 1 isteri 3 anak. Ada 5 tanah. Anak2 setuju mak ambik 2 tanah. Anak pula ambil sorg satu. ATAU... waris2 kata jual. Kmudian cash hasil jualan difaraidkan. Maka next selepas surat kuasa tadbir , tugas kite adalah utk dptkn perintah agihan (omputeh panggil distribution order) /perintah jualan. Macamana?? Kene naik court lagi (kes kedua)


Ada pulak tanya. Puan.. kite nak agih cara faraid ja. Macamana nk tau bahagian2 ni? Ok x susah. Pi naik mahkamah lagi. (Untuk kes ketiga ) kali ni mahkamah syariah pulak utk dapatkan sijil faraid. Kat sijil tu nanti akn dinyatakan berapa bahagian setiap waris akn dpt. 1/4 ke 1/6 ke 1/8 ke.. jadi kalau da clearly stated dlm sijil. Xde mana2 waris boleh dok pertikai lagi. U punya banyak. Die punya sikit.


Maka lepas selesai turun naik turun naik court ni...( lawyer la turun naik) , maka akan selesailah masalah agihan harta pesaka si mati


Lagi soalan.. puan sy da pening. Sy pi pesaka die org suruh pi mahkamah. Pi mahkamah. Mahkamah suh pi pesaka. Pi pesaka balik. Pesaka suh pi mahkamah. Macamana ni? Jawapan sy. Pi cari loyer lah! 


Kalau sy nk explain smua prosedur kat atas ni termasok semua kertas2 kausa atau kertas kerja (bahasa amnya) yg perlu difailkan.. tahun depan blom tentu selesai nk bagi faham... jd mudahnya pi cari loyer...suruh loyer awk buat.


Contohnya? Anakguam kami tadi tulah. Die hanya fokus kepada bendang2 Serta tanah2  yg ada 39 bidang tadi. Lain2 urusan lantik pentadbir. Distribution. Tukar nama. Faraid. Turun naik mahkamah semua kami uruskan.. Alhamdulillah...  kami juga gumbira melihat beliau bergumbira bersama padi2nyaπŸ₯°


Gambar dibawah sekadar hiasan

Ambik mood client🀣

NA'21

0192635631




Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT