Pelepasan BANKRUPTCY

 Pelepasan "Bankruptcy"


Ada org tanya. Pn saya dah 10 tahun bankrup. Boleh ke saya nk lepaskan diri dari bankruptcy ni??

Pelepasan Automatik Dalam Akta Insolvensi Baru 2016 memperkenalkan seksyen baru, di mana seorang bankrap akan dilepaskan daripada kebankrapan selepas tiga tahun dari tarikh penyerahan pernyataan hal ehwal (statemnt of affairs);

Tertakluk kepada syarat bahawa bankrap telah mencapai sumbangan sasaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi, bantahan oleh pemiutang dan pematuhan bankrap dengan syarat untuk membuat suatu akaun mengenai wang dan harta.

Ape bende tu? Bahasa mudahnya begini...Once u diisytihar bankrap. Insolvensi akn panggil untuk u declare semua aset. Incom. Bank acc dll berkenaan butir2 diri u. Then, pada masa yg sama u juga di beri peluang untuk letak berapa kemmpuan utk u membayar hutang (jumlah bankrap) scara ansuran bulanan tertakluk kpd persetujuan Insolvensi. Jangan la hutang 100k offa nk bayar RM10 plak tiap bulan kan??

πŸ‘‰ kebanyakkan bankrap. Ambil mudah part ni. Mereka gagal hadir walau telah dipanggil datang berkali2. Secara paraktis (bukan based pd buku. Sbb kalau ikut buku ada je tindakan2 keras ygmana boleh diambil oleh pihak Insolvensi atas kegagalan si bankrap) memang u nampak xdr pape akn jd. Tetapi to b frank.. kegagalan u beri kerjasama kpd pihak Insolvensi ni, akn memberi kesan besar dlm life u . ramai je client2 yg dtg kat sy nk mintak cara lpaskan diri dr kebankrapan selepas mereka diisytihar bankrap 10tahun. 15tahun. Even ada yg dah 20 tahun dgn alasan mereka nk buat bisnes sekarg dan susah bile telah dideclare bankrap


3 cara kebankrapan ditamatkan:


(a) Membuat permohonan di mahkamah pada bila-bila masa untuk mendapatkan perintah kebankrapan yang hendak dibatalkan atas alasan hutang telah dibayar sepenuhnya atau bahawa dia tidak sepatutnya menjadi bankrap atas apa-apa sebab teknikal;


(b) Membuat permohonan di mahkamah pada bila-bila masa untuk pelepasan mahkamah. Insolvensi department perlu mengemukakan laporan kes yang menyatakan kelakuan dan kerjasama bankrap kepada Jabatan;


(c) Membuat permohonan pelepasan kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967. Permohonan hanya boleh dibuat sekiranya pentadbiran kes kebankrapan telah dijalankan selama lima tahun selain memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang lain.

Walau pun ada cara a,b dan c. Secara praktis nya. Memang peguam akn menulis dulu kpd pihak Insolvensi utk mengetahui status kebankrapan ankguam trsebut. Insolvensi akn memberi maklumbalas. Sama ada wujud bantahan. Apa syarat2 yg perlu dipnuhi (like perlu isikan few borang dn submit few docs) bagi membolehkan si bankrap dilepaskan dr status bankrap. Berdasarkan maklumbalas pihak Insolvensi tersebut, kemudian peguam perlu "decide" akan keperluan membawa kes naik ke Mahkamah Tinggi utk dapatkan 1 perintah "discharge bankruptcy". Barulah anda bebas dari status kebankrapan

Ada orang cakap. Tapi akta Insolvensi baru tu kata automatic boleh discharge bankrap selepas 3 tahun kan puan???

Btul. Cuma u baca part tu saja. U x kaji syarat yang sebenarnya ditetapkan dlm maksud "automatic" tu. Jika u xpernah declare statemnt affairs di Insolvency. U xpernah bayar even 1 sen pon di Insolvensi. Jangan harap u boleh lepas semudah itu dari status bankrap. Jangan kn selepas 3 tahun. Selepas 13 tahun pon u xkan lepas. Ini berdasarkan beberapa kes anakguam kami yg melibatkan juga Jabatan Insolvensi di beberapa Negeri. Sama je. Jika Insolvensi tiada bantahan. Then jalan u mudah utk discharge bankruptcy. Jika kami dapat maklumbalas mereka membantah kerana dlm rekod u x pernah bagi kerjasama. Maka, panjang lah lagi ceritanya utk dischargekan u dr status bankrap tersebut

Done sharin...


NA'21

0192635631






Comments

  1. Perlukan perlantikkan peguam utk perlepasan bankrup di Mahkamah atau boleh dilakukan sendiri? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya client akan lantik peguam sebab mereka perlukan wakil untuk penyediaan kertas kausa pelepasan dan hadir bagi pendengaran permohonan pelepasan

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT