WANG JAMIN


Me ❤: U..bgtau Jf Esok x perlu dtg Court ya

Me ❤: Kes tangguh april 2hb


S: Mak dia dah call mahkamah...mmg dorg ckp mana2 OKT wajib dtg..

S : Sy pun confuse..sbb mak dia call suruh sy pujuk Jf untuk hadir..

Me ❤: Mahkamah da call kami kata kes tangguh. Kenapa mak tu xnk dengar cakap kami dan nk jugak dtg Mahkamah ni???

S : Ye sy faham..tp mahkamah xinform ape2 pada kami...jadi mak dia xnk percaya sbb mak dia takut duit jamin tu nnt abis lesap...mak dia gelabah..sbb takut duit tu abis mcm tu je kalau xhadir.. Tu yg mak die nk jugak dtg Mahkamah

Me ❤: ek ehhhh... ikut suka makcik lah 😪😪


JAMINAN MAHKAMAH

‐------------------------------------

Jaminan Mahkamah adalah suatu akujanji tertuduh dalam bentuk deposit atau cagaran atau bon berserta penjamin atau tanpa penjamin yang perlu disempurnakan bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah mengikut tarikh yg ditetapkan sehingga kes selesai dibicarakan.

Setelah bon jaminan ini disempurnakan maka tertuduh boleh dilepaskan sementara daripada tahanan. Jika tertuduh gagal menyempurnakan bon jaminan, maka dia dikehendaki untuk terus ditahan di penjara  sehingga kes diputuskan.

Secara amnya, semua kesalahan adalah boleh diikat jamin kecuali kes-kes yang melibatkan hukuman mati seperti membunuh, mengedar dadah, kes di bawah Akta Culik dll yg mana jumlah jaminan tertakluk kepada budi bicara Mahkamah dan tawaran pihak pendakwaraya.

Walau bagaimanapun terdapat juga keadaan dimana jaminan diberikan kepada tertuduh yang dituduh dengan kesalahan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati (cthnya kes pembunuhan CEO cradle fund dimana tertuduh iaitu si isteri dibenar diikat jamin sebanyak 500k dgn 2 penjamin bersama beberapa syarat jaminan lain). Walau bagaimanapun, perkara spt ini amat jarang berlaku.

Persoalan yang melanda makcik tadi adalah makcik khuatir wang jaminan akan dilucuthak jika gagal hadir Mahkamah. Baik,tanggungjawab makcik sebagai penjamin adalah bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah pada setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan tanpa gagal.

Jika tertuduh gagal hadir (dengan sengaja iaitu tanpa sebarang MC jika sakit atau apa2 alasan yang munasabah),  risikonya ialah wang jaminan akan dilucuthak oleh Mahkamah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yg semudah itu utk dilucuthak.Penjamin akan diberikan peluang untuk mengemukakan representasi atau memberikan penjelasan kepada Mahkamah mengapa ikat jamin tersebut tidak patut dilucuthak oleh Mahkamah.

Mahkamah pula mempunyai budibicara untuk memutuskan samada melucuthak keseluruhan jumlah jaminan atau sebahagiannya sahaja atau tidak sama sekali. Mahkamah mempunyai bidangkuasa  membatalkan jaminan tertuduh namun tidak melucuthak wang jaminan, maka jumlah cagaran tadi akan dikembalikan semula kepada pemiliknya iaitu penjamin tersebut. Keadaan ini boleh berlaku apabila tertuduh tidak hadir pada tarikh yang ditetpkan. Tetapi keesokkan harinya hadir apabila Mahkamah mengarahkan kehadiran tersebut melalui penjamin yang hadir pada tarikh yg ditetapkan. 

Okay makcik??? Dalam kes makcik tadi dah la memang Mahkamah yang bgtau kes tunda dah siap bagi tarikh baru pun. Mustahil lah, wang jamin makcik tu nak "habis" tak tentu pasal.

Maka... mereka2 yg menjadi penjamin atau bakal jadi penjamin . Studylah  dlu bab " wang jaminan ni" . Biasanya peguam2 akn tau dlu kes u ditunda ke kes u jalan ke sebab bila tertuduh dah ada peguam dlm rekod Mahamah. Apape penundaan tarikh,  Mahkmah memg akn hubungi peguam. Kecuali Mahkamah ada masa lebih (mereka akn hubungi tertuduh dan peguam tertuduh sekali). 

Justeru, jangan lah nk " menggelabah terlebih bab wang jamin dilucuthak ni " . Mahkamah xkan suka2 ati dan dgn mudahnya nk lucuthak wang jaminan tadi lebih2 lg jika Mahkamah sendiri dah bgtau kes postpone. 

Dalam apa jua keadaan, jika tertuduh gagal hadir pada tarikh yg ditetapkan, Penjamin akan diberikan peluang untuk mengemukakan  penjelasan kepada Mahkamah mengapa ikat jamin tersebut tidak patut dilucuthak oleh Mahkamah dan Mahkamah juga mempunyai  budibicara utk x lucuthak pun wang jaminan td dr penjamin. 

Sharin...

NA' 21

0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT