BLANKET CONSENT
BLANKET CONSENT
👉 fakta kes : rumah mak beli 1998. Low cost now da habis bayar. Nk tukar nama mak ke nama anak scr kasih sayang
👉 call pemaju. Pemaju kata rumah ni ada blanket consent tapi atas nama org lain
👉 soalan : camana nk buat
👉 jawapan :
🌹 Apa itu Blanket Consent
Blanket Consent merupakan Kebenaran Pindahmilik yg dikeluarkan oleh Pejabat Tanah secara menyeluruh dengan menyenaraikan di dalam lampiran Kebenaran Pindahmilik tersebut setiap unit owner yg membeli unit2 hartanah daripada pemaju di dalam sesebuah projek perumahan sebelum strata / geran Individu di keluarkan. Dalam kes ini, projek tersebut masih dipegang di bawah Master Title atau Geran Induk.
Tugas Pemaju adalah membuat permohonan daripada pejabat tanah utk Kebenaran Pindahmilik dikeluarkan kepada setiap pembeli unit2 hartanah dalam projek perumahan tersebut.
Apabila geran Individu /strata dikeluarkan oleh pejabat tanah, pembeli boleh meneruskan dengan proses pindahmilik dari nama pemaju kepada nama masing2 dalam geran individu/strata tersebut dengan menyertakan CTC kebenaran pindahmilik secara menyeluruh tadi tanpa perlu buat permohonan utk kebenaran pindahmilik secara individu. Faham x? Ayat ni macam berpusing2 tapi simple je sebenarnya.
Kalau berlaku penjualan sebelum geran individu dikeluarkan oleh pejabat tanah, penjual selaku penama yg disenaraikan di dalam kebenaran pindahmilik secara menyeluruh tadi perlu maklum kpd pemaju supaya menukar namanya kepada nama pembeli yang baru di dalam kebenaran pindahmilik secara menyeluruh tersebut.
Proses ni kite namakan sebagai BATAL GANTI. Proses Batal Ganti adalah tertakluk kpd kebenaran pemaju dan juga pejabat tanah. Biasanya xde masalah pon. Ok ja BATAL GANTI ni. Juz nak ganti nama pembeli lama kpd nama pembeli baru.
Jadi, bila geran individu /strata dikeluarkan oleh pejabat tanah nanti, nama pembeli baru boleh didaftarkan terus atas geran setelah Batal Ganti diperolehi dan pindahmilik MOT disempurnakan.
Maka, di atas rasanya sedikit sebanyak dapat mnjawab persoalan client ni. Proses tu simple. Rasanya mudah tok difahami cuma cara lawyer explain x sama.
Happy Sharin..❤
NA' 20
0192635631
ahh so bila nak beli satu unit (strata title belum issued) minta je blanket consent letter from developer, tak perlu apply consent dah ? Untuk loan, yang bank selalu minta ialah blanket consent ni ke ?
ReplyDelete