RUMAH LELONG : OWNER XNAK KELUAR
[23/02, 12:14] puan sy ada beli rumah lelong
[23/02, 12:15]Owner lama xmau keluar,bnyak langsi
[23/02, 12:16] Mcm2 alasan,naik pening sy
[23/02, 12:21] mmang dh pernah bg notis keluar rmh..sudah bnyak kali datang mcm tu juga,siap halau saya balik..
RUMAH LELONG. OWNER LAMA XNAK KLUAR. APA PEMBIDA BERJAYA BOLEH LAKUKAN?
Sy rasa saya dah pernah menyentuh bab ni sekitar 2015/2016 sbb kerja2 mengusir owner lama ni memang kerja2 kami pada waktu itu.
Kenapa? Sebab kami banyak client2 yg pi beli rumah lelong. Tapi owner nya berdegil x mau keluar walau pun selepas anakguam kami selesai menukar nama atas hartanah td dan f2f approach telah digunakan. Setakat ni pengalaman mendapatkan milikan kosong ankguam2 kami melibatkan kes2 di KL/Selangor/Johor dan Perlis yg mana pada peringkat terakhir ada beberapa pihak berkuasa yg berbeza yg terlibat dlm membantu menjayakan perlaksanaan writ milikan tersebut.
Secara ringkas, sy share apa yg kami lakukan
1. Notis tuntutan rasmi dikluarkan utk mereka keluar dari rumah tersebut dlm tempoh masa yg ditetapkan. Kalau lawyer tu baik die bg lah 14 hari. Kami x berapa nak baik. Sbb kami tau setakat notis ni xkan ada efect pon pada owner2 yg "ketegaq". Maka kami bg less than 14 days
2. Cukup tempoh masa diberi mereka x kluar jugak kami akn failkan saman di Mahkamah utk dptkan milikan kosong rumah lelong tersebut. Prosedur nya x yah la saya cerite full. Karang panjang berjela.
3. Once dpt perintah milikan kosong. Peguam akn serah perintah tersebut dan minta owner lama tu kluar again dlm masa 14 hari dari tarikh serahan perintah
4. Jika dah 14 hari tu masih lg xnk kluar. Maka kami akn proceed dgn prosiding writ pemilikan dimana kami akn failkan satu writ perlaksanaan di Mahkamah. Dan satu tarikh akn diberi utk peguam. Bailif Mahkamah. ( di sesetengah negeri ;Ada juga melibatkan polis, wakil tnb dan wakil jabatan air yg dtg bersama utk memastikan pengusiran x tau kali keberapa ni berjaya) Biasanya memg berjaya lah. Sbb api air trus kene potong masa tu. Kompom xde sapa nk duduk trus rumah tu kan? (Ini berdasarkan pengalaman sy sendiri ikut bailif buat kerja)
Maka... yg PM sy kata x selesai masalah. Dan sebagainya. Bab owner x nk kluar ni Dari 2015 kami buat keje2 mengusir dan terkini 2021. Rasanya xde lagi yg x kluar dan xde yg xselesai..jgn risau. InsyaAllah ada jalan cuma mungkin ramai yg xtau cara. Memang nk xnk mereka akan kluar. Bezanya antara setiap kes tu adalah..
a. Sama ada mereka akn kluar cara baik atau mereka akn siap2 buat onar dlm rumah tu.like ada yg pecahkan dapo pecahkan lantai rosakkan mangkok tandas cabut paip dll sblom kluar (yg ni kemudian anda boleh saman gantirugi lah)
b. Sama ada mereka akn kluar masa dapat notis. Atau hanya kluar setelah diserah perintah milikan kosong atau kluar siap kene heret2 dgn bailif n polis (ini pon berdasarkn pengalaman sendiri si owner tu polis da dpan mata. Die masih nk duduk atas sofa dan bertegas xmau kluar)
Done sharin..
NA'
0192635631
Comments
Post a Comment