LAFAZ CERAI- TA'LIQ

 Pengesahan Lafaz Cerai Diluar Mahkamah

(Lafaz Ta'liq)

------------------------------------------------------------------

Dalam kes : 

MOHD ROSSAIDDY MAT JOHAR lwn. ROIDAH


👉Melalui Pernyataan Tuntutannya, Plaintif menyatakan bahawa pada 17/11/2018, hari Sabtu, lebih kurang jam 5.30 petang, bertempat di Terminal Feri Antarabangsa Johor Bahru, Johor, Plaintif telah melafazkan ke atas Defendan (dalam hati), dengan lafaz secara ta'liq yang berbunyi: "Jika dia pergi melepasi kastam, maka, jatuhlah talak

Ketika memberikan keterangan lisan pada 21/02/2019, Plaintif telah mengesahkan tentang fakta yang terkandung di dalam Pernyataan Tuntutannya, dan selanjutnya menyatakan seperti berikut:-

"SAYA ADA CAKAP DALAM HATI SECARA TA'LIQ, TAPI TAK KELUAR DI MULUT PADA 17/11/2018, HARI SABTU, -+ JAM 5.30 PETANG DI TERMINAL FERI STULANG LAUT, JOHOR BAHRU, JOHOR, IAITU: "JIKA DIA PERGI MELEPASI KASTAM, MAKA JATUHLAH TALAK"

-SAYA WARAS KETIKA ITU, TAK DIPAKSA & TAK DIUGUT, SAYA SUKARELA

-"JIKA DIA PERGI MELEPASI KASTAM, MAKA JATUHLAH TALAK" BERMAKSUD KALAU DF BERJALAN MELEPASI KASTAM DI TERMINAL FERI STULANG LAUT, MAKA, JATUH 1 TALAQ KE ATAS DF

-DEFENDAN (isteri) TAK TAHU SAYA ADA CAKAP BEGINI DI DALAM HATI SAYA

-KAMI TIDAK PERNAH BERCERAI SEBELUM INI"


🌹ISU🌹


[6] Dalam tuntutan Plaintif ini, Mahkamah akan memutuskan 3 isu, iaitu:-

i. Sama ada Mahkamah ini berbidangkuasa bagi mendengar, membicara dan memutuskan tuntutan pengesahan lafaz cerai Plaintif;

ii. Sekiranya Mahkamah ini berbidangkuasa, sama ada lafaz Plaintif secara ta'liq, iaitu "Jika dia pergi melepasi kastam, maka, jatuhlah talak" terjumlah kepada lafaz yang menjatuhkan talaq atau sebaliknya; dan

iii. Sekiranya salah satu lafaz tersebut terjumlah kepada lafaz talaq yang sah dan menjatuhkan talaq, maka, berapa bilangan talaq yang jatuh.

👉 Saya tak berniat nak share semua hujahan bagi 3 isu di atas tetapi lebih tertarik utk berkongsi berkenaan isu KEDUA iaitu LAFAZ SECARA TA'LIQ, sama ada jatuh talaq atau sebaliknya.


👉Berkenaan Lafaz Talaq  Luar Mahkamah, adalah diputuskan spt berikut:

57(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah:-

(a) mengesahkan perceraian itu;

(b) merekodkan perceraian itu; dan

(c) menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.'


🌹ISU PENTING 🌹


SAMA ADA LAFAZ PLAINTIF SECARA TA'LIQ, IAITU "JIKA DIA PERGI MELEPASI KASTAM, MAKA, JATUHLAH TALAK" TERJUMLAH KEPADA LAFAZ YANG MENJATUHKAN TALAQ ATAU SEBALIKNYA

👉Rukun talaq terbahagi kepada lima iaitu; mutallaq (pentalaq), wilayah (kekuasaan), sighah (lafaz talaq), qasad (niat) dan mahal  (isteri)'.

Sy akn sentuh pada rukun ketiga dan keempat shj kerana ia merupakan "crucial" part yang menjadi perbahasan dalam kes2 pengesahan lafaz cerai. Dalam kes ini, Mahkamah memutuskan :-

rukun yang ketiga, iaitu lafaz (sighah), dan juga rukun yang keempat iaitu qasad ( niat ) untuk melakukan menjatuhkan talaq digabungkan kedua-dua rukun ini kerana ia mempunyai kaitan yang sangat rapat. Mahkamah merujuk kepada kitab , Jilid 2, halaman 388, iaitu:-


Maksudnya:-

'Talaq itu ada dua bahagian, iaitu yang nyata (soreh) dan yang sindiran (kinayah). Ada pun, talaq soreh itu ada tiga lafaz iaitu talaq, firaq (cerai) dan saraah (lepas). Talaq dengan lafaz soreh tidak memerlukan niat (untuk menjadikannya gugur)'.

[35] Seperti yang telah dijelaskan oleh Plaintif di dalam keterangan lisannya, lafaz Plaintif secara ta'liq kepada Defendan ini, iaitu: "Jika dia pergi melepasi kastam, maka, jatuhlah talak" sebenarnya tidak pernah dilafazkan secara lisan di mulut Plaintif, melainkan ia hanyalah lafaz di dalam hati Plaintif sahaja, atau bahasa mudahnya, monolog.

[36] Secara amnya, lafaz talaq yang soreh menjatuhkan talaq, sekalipun tanpa niat. Ini termasuklah menyebut perkataan cerai. Ini berdasarkan sebuah hadis hukum riwayat Abu Daud, yang menurut Syeikh Syuaib adalah hadis bertaraf  iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, iaitu:-


Maksudnya:-

'Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; iaitu nikah, talaq dan ruju'.'

[37] Mahkamah turut merujuk kepada hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Imran bin Hussain, yang mana Rasullullah S.A.W telah bersabda, dengan maksud:-

"Sesungguhnya Allah tidak mengira suara hati selama tidak diucapkan (oleh lidah) atau dilakukan (oleh anggota)".

[38] Rujukan Mahkamah seterusnya ialah kepada karya Ibn Taimiyyah, , Jilid 32, halaman 96, yang menyatakan dengan maksud seperti berikut:-


'Dalam masalah ini (talaq di dalam hati) tidak ada perselisihan.'

[39] Berdasarkan rangkaian otoriti di atas, dapat disimpulkan bahawa talaq perlu dilafazkan secara lisan sama ada secara soreh tanpa berhajat kepada niat; atau secara kinayah yang berhajat kepada niat, bagi menjadikan lafaz itu efektif; dan tidak memadai dengan sekadar lafaz di dalam hati.

[40] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, berdasarkan kepada rangkaian otoriti yang dirujuk oleh Mahkamah ini, serta pengakuan Plaintif sendiri, Mahkamah mendapati bahawa memang Plaintif mempunyai niat menceraikan Defendan secara ta'liq, tetapi niat tersebut tidak diterjemahkan dalam bentuk ucapan atau lafaz lisan yang keluar dari mulut Plaintif sendiri.


KESIMPULAN DALAM KES NI :

Jika si suami melafazkan talaq secara ta'liq dengan lafaz soreh iaitu nyata. Xkisahla die kata die berniat atau x. Tetapi lafaz soreh tadi akn menjatuhkan talaq.

Jika suami berta'liq tapi hanya di dalam hati, maka tidak jatuh talaq.

Maka para suami, sila baca dan hadam elok2

Done sharin...


NA'21

0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT