NUSYUZ
Kembali Taat & Nusyuz
------------------------------------
Tuntutan kembali taat adalah tuntutan yang dibuat oleh suami terhadap isteri supaya isteri kembali semula ke pangkuan suami.
Nusyuz adalah apabila isteri menderhakai suaminya dan mengingkari ketaatan terhadap suami.
Pada kebiasaannya, tuntutan taat terlebih dahulu dibuat sebelum isteri disabitkaan nusyuz.
Jika selepas perintah isteri taat dikeluarkan, isteri masih lagi enggan taat, maka isteri boleh disabitkan Nusyuz dengan permohonan yg dibuat oleh si suami ke Mahkamah.
En suami x boleh sendiri suke2 sabitkan isteri nusyuz ya. Biar Mahkamah yg tentukan.
Kesan Nusyuz
‐----------------------
Berdasarkan Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 melalui Seksyen 59 (Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz) telah menyebutkan:
“(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya..
👉Ringkasnya, isu Nusyuz hanya berkaitan dengan nafkah isteri semasa dalam pernikahan dan selepas perceraian atau di dalam iddah.
👉Sek. 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah (EUUKIK) 2008.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syara’ dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia NUSYUZ atau enggan dengan tidak munasabah menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain-
🎇apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.
🎇apabila dia meninggalkan rumah suaminya
🎇bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
🎇apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara’.
Kes Nusyuz
------------------
Kes Aisny lwn Haji Fahro Razi (1990) 7 JH 216
Fakta Kes: Aisny telah menuntut disahkan perceraian mereka kerana suaminya, Haji Fahro Razi telah melanggar ta’alik yang dilafazkannya apabila telah gagal menyediakan nafkah untuknya selama lebih 4 bulan.
Di dalam Pembelaan, suami telah membangkitkan dakwaan Nusyuz bahawa isterinya telah meninggalkan rumah tanpa keizinan dari suami.
Nas dari Kitab al-Muhazzab juzuk 2, ms 160 dirujuk:
“Dan jika seseorang perempuan berpindah dari rumah suaminya kepada rumah yang lain dengan ketiadaan izin suaminya maka gugurlah nafkahnya sama ada suami itu ada atau ghaib, kerana perbuatan perempuan tersebut terkeluar daripada kekuatan klekuasaannya dan ketaatannya kepada suaminya, maka gugurlah nafkahnya, maka jadilah ia sebagai orang yang ingkar terhadap suaminya.”
Penghakiman oleh Lembaga Rayuan Syariah:
“Dari fakta di dalam kes ini jelas pihak isteri terpaksa berbuat demikian kerana ia tidak mampu membayar ansuran yang tinggi atas rumah itu. Ia telah memutuskan ada baik berpindah kepada rumah yang lain supaya rumah yang pertama itu dapat disewakan. Rumah-rumah itu juga kepunyaan mereka berdua yang asal itu atas nama isteri dan yang kedua itu atas nama suami.
Selepas isteri berpindah ke rumah baru pada Disember 1996, suami ikut tinggal dengannya di rumah itu hingga pertengahan tahun 1997 sebelum ia meninggalkan mereka. Keadaan ini menunjukkan suami meredai atas isterinya berpindah rumah. Isteri tidak menjadi nusyuz dan berhak mendapat nafkah.”
Nusyuz dalam Kes Mutaah
-----------------------------------------
Sek. 58 EUKIK 2008
“Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon muta’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak”
Kes Piah Binti Said lwn Che Lah Bin Awang (1983) 3 JH 220
Dalam kes ini isu nusyuz telah dibangkitkan oleh suami. Terdapat bukti bahawa isteri telah meninggalkan rumah kediaman kerana telah dikasari oleh suaminya. Usaha-usaha perdamain juga tidak berhasil. Mahkamah telah memutuskan bahawa isteri tidak berhak mendapat nafkah ‘iddah tetapi berhak mendapat mutaah.
Kes Sanisah lwn Zulkifli (2002) 15 JH 197
Dalam kes ini, isteri telah menuntut mutaah dari bekas suaminya, namun suami pula mendakwa isterinya tidak berhak mendapat mutaah akibat perceraian ini kerana isterinya sendiri yang selalu mendesak dia untuk bercerai.
Oleh kerana perceraian itu disebabkan suami sendiri yang melafazkan cerai di luar mahkamah dan desakan itu pula bukannya desakan pada pandangan hukum syarak sudah tentulah isteri layak mendapat mutaah itu.
Nusyuz Dalam Kes Hadhanah
‐---------------------------------------------
Sek 83 Kelayakan Yang Perlu Untuk Penjagaan
“Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika-
(1) orang itu adalah seorang Islam
(2) orang itu adalah sempurna akal
(3) orang itu berumur melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(4) orang itu berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah dan;
(5) orang itu tinggal di mana kanak-kanak I tidak mungkin menghadap apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Sek 84 Bagaimana hak penjagaan hilang
“Seseorang perempuan hilang hak hadhanah-
(1) Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang…
(2) Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka atau fahisyah;
(3) ….
(4) ….
(5) ……
Kesimpulan
‐-----------------
Sabitan nusyuz isteri hanya boleh berlaku jika keengkaran isteri itu bukan berpunca dari kegagalan suami menjalankan tanggungjawab.
Nusyuz menjadi pembelaan kepada suami dalam kes tuntutan nafkah namun tiada kaitan dengan mutaah serta hadanah anak.
Maka, jika berlaku pergaduhan.. isteri kluar dari rumah, suami2 failkan kembali taat. Isteri x nak balik. Suami2 boleh failkan pulak nusyuz. Tapi, pemfailan nusyuz hanya akn memberi kesan kpd tuntutan nafkah isteri td. Namun ia tidak menafikan hak untuk si isteri mendapat mutaah serta hak jagaan anak. Apa lagi nafkah utk anak.
Selamat membaca 🤗
NA'20
0192635631
1xBet korean review - legalbet
ReplyDelete› games › korean- › games 제왕 카지노 › korean- You are playing on Betway, but you can't win 바카라사이트 the game. You will find everything 1xbet you want.