PENGAKUAN SALAH
Tunang saya ditangkap atas kesalahan 326 KK. Sampai balai check urine positif. Tambah lg 1 charge 15 (1)DDA. Tunang sy seorang duda mempunyai 2 anak. Sejak bercerai die mengalami kemurungan dan masalah delusi. Die ada kata pengadu nak buat benda x elok pada ank die. Sebab tu die pukul pengadu tu.
Masa tuduh die x mengaku salah. Boleh ke die nak mengaku salah untuk urine saja pada tarikh akn datang?
JAWAPAN
-----------------
Anda boleh menukar pengakuan salah pada bila bila masa yg biasanya dibuat sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan. Ada orang kata setiap kali nk tukar pengakuan tu mahkamah akn tunda dan itu cara nak delay case.
Komen saya , itu x btul. Sebab anakguam saya ramai je sebelum ni x mengaku salah .lepastu nk mengaku salah. Prosedurnya. Peguam akn maklum haritu ankguam nak mengaku salah. Pertuduhan akan dibaca semula. Anakguam mengaku salah. Peguam bangun untuk mitigasi mengurangkan hukuman. Then hukuman terus dijatuhkan
Sebab tu bagi pesalah pertama kesalahan yg hukumannya denda atau penjara. Sy akn mintak die stanby duit secukupnya untuk bayar denda. Jadi peguam akn hujah untuk elakkan penjara berdasarkan case2 terdahulu.
Ada jugak yg terbalik situasinya mula2 mengaku salah. Tiba2 nk tarik pengakuan salah sebelum hukuman dijatuhkan. Dan mintak untuk dibicarakan spt kes dibawahπ
Tapi 1 je pesan saya! Jika awak memang x buat dan dituduh buat jenayah. Atau contohnya awak simpan barang curi yg awk xtau pun itu barg curi (like u beli 1 bijik moto dari A. Tetibe u kene tangkap dituduh u mencuri moto tu). Janganlah tibe2 nak mengaku salah x fasal2 atas alasan malas nk turun naik mahkamah banyak kali. Sbb ini banyak berlaku. X salah tapi nk mengaku salah sebab kononnya malas nk panjang2 kes...ingat! Itu bukan 1 tindakan yg bijak! Juz fight 4 ur rightπ
NA'20
0192635631
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/537824/dengar-hukuman-tukar-pengakuan
Comments
Post a Comment