DUIT KWSP SIMATI

 [29/10, 22:17] Berkenaan dgn kes Agihan KWSP

[29/10, 22:24] Penama kwsp Nora isteri pertama

[29/10, 22:24] Saya isteri kedua dan anak2 arwah yg lain tk dpt bahagian

[29/10, 22:25] duit KWSP ada 331k. Sijil faraid kami dah dapat. Macamana pn? Nora dah kluarkn duit tu sejak februari


Ada 3 isu


1. Sama ada kwsp dianggap sbg harta pusaka si mati?

2. Jika ya, apa yg sepatutnya nora buat?

3. Jika Nora xbuat, apa tindakan yg waris lain boleh ambil?


Isu 1

--------

Harta faraid atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayat seseorg serta berterusan sehingga kematiannya. Harta-harta itu termasuklah:

🌸Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.

🌸Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.

🌸Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.

🌸Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.

🌸Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

🌸Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya


👉 Maka jelas, duit KWSP adalah harta si mati


Isu 2

---------

👉Berdasarkan situasi di atas, duit KWSP yang diterima oleh isteri pertama arwah sebenarnya masih di bawah hak milik arwah suaminya. 

👉Kedudukan duit KWSP yang diterima oleh isteri hanyalah sebagai penama sahaja. 

👉Penama bermaksud mereka yg  bertindak selaku pentadbir bagi menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut faraid. 

🌸 Dalam kes di atas, nora hanya penama

🌸 patutnya die dah kluarkan, die perlu berbincang dgn waris lain. Nk bayar hutang ke nak buat macamana duit kwsp tu. Kmudian jika ada baki, agih lah ikut bahagian yg dah tertera dlm sijil faraid tadi


Isu 3

--------

👉 sbb nora x buat apa yg patot dibuat. Maka apa tindakan yg boleh diambil? Sy x nak cakap kat sini.. takut ada yg membaca nanti antara lain adalah NORA..kantoi pulak apa sy nk buat. Ygnk tau jawapan sila PM tepi😂😂😂


#gambarsekadarhiasan


NA'20

0192635631




Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT