PERFECTION TRANSFER II

 Perfection Transfer version II

******************************

Sebab da terlalu banyak soklan bab perfection ni kan, maka kite share sini antara soklan2 popular on perfection transfer.

Bagi yg x follow siri perfection I, bleh la scroll2 kat bawah pe dia maksud perfection transfer. Tok part II ni x nk cite banyak. Nk share soklan2 glamour bot perfection saja


1. Kalau saya Nak buat 14a sendiri tampa pakai hikmat lawyer boleh ke ?

πŸ‘‰ boleh jika u sanggup buat perkara2 berikut :

*pi buat borang 14A. Hantar kpd developer tok aprov dlu 

* once aprov, pi hantar 2 copies tok developer sign

* folow up duly sign 14A td dr pemaju. Once terima balik 14A dan all dokumen, proceed utk adjudikasi di LHDN

* key In dalam system lhdn. Tunggu few days untuk notis taksiran keluar

*jika ada rejection dlm system sila perbtulkan ikut apa yg dikehendaki oleh LHDN

* bila notis da kluar, boleh bayar stem duti

* dapat sijil setem boleh susun semua dokumen bayar cukai2 yg berkenaan , buat carian rasmi pejabat tanah dan yg seangkatan

* sila keyin dlm dropbox sbb sekarang nk kene key in online dlu. Buat bayaran online baru bleh hanto kat pejabat tanah all d hardcopy dokumen tadi termasok 14A

* lepas tu boleh tgok date collection geran bile. Dtg pada tarikh yg ditetapkan

* jika ada rejection pada tarikh collection sila buat semula apa yg ditetapkan oleh pejabat tanah dan hantar semula utk pendaftaran semula

* lepastu tunggu lg date collection geran seterusnya sehinggalah anda dapat geran atas nama anda


πŸ‘‰ kalau x sanggup nak buat semua di atas. Ambik je la lawyer. Setakat nk bayar fees perfection seribu dua tu bayar je la kot. Tapi kalau rasa lebih rela buat sendiri..boleh ja xde masalah

πŸ‘‰ Di atas adalah prosedur jika kes anda hanya melibatkan perfection transfer iaitu rumah da xde hutang bank. Jika stil ada hutang bank. Lawyer bank perlu buat perfection of charge sbb nama bank perlu dimasukkan sekali ke dlm geran td. Kemudian geran akn dihantar ke bank untuk simpanan pihak bank sehingga hutang anda selesai 


2. Sy ingin membeli rumah..rumahnya dah habis bayar di bank..tp owner masih blom buat strata..owner kata pembeli baru namanya yg akan jadik pemilik strata baru nti..btul ke begitu..

πŸ‘‰ kene check dgn pemaju. Pemaju agree tok direct transfer atau x agree. Jika x agree, kene buat 2 kali transfer melibatkan 2 borang 14A. 1 nama pemaju kepada nama owner. 1 lagi nama owner kpd nama pembeli baru.

πŸ‘‰jika pemaju agree direct transfer. Maksudnya 1 borang 14A saja akn terlibat iaitu dari nama pemaju direct knama pembeli baru


3. TUAN, STRATA RUMAH SY DAH KELUAR TP MASIH NAMA PEMILIK ASAL...MASALAH SAYA TIDAK DAPAT NK TUKAR NAMA SBB SALAH SEORG PENAMA DH MATI DAN DEVELOPER DH GULUNG...MCM MANA YE UTK SAYA SELESAIKAN MASALAH NI


πŸ‘‰ pemaju gulung mesti akan ada pihak insolvency atau liquidator yg akan mengambil alih. Biasanya lawyer akn berhubung dgn mereka tok proses tandatangan MOT/14A. Cuma dlm kes sebegini, akan ada caj2 extra yg akn dikenakan oleh pihak liquidator spt 1% fi admin fi etc sblum liquidator tersebut tandatangan MOT

πŸ‘‰ salah seorang penama da mati ni xla susah pon. Proceed saja dapatkan LA (pentadbir) dari kalangan waris si mati. Lepastu sign je la MOT tu ya..

Takde masalah yg xdpt diselesaikan. InsyaAllah. Cuma kene bertanya dgn mereka yg mempunyai pengetahuan mengenainya. Itu saja!


CheersπŸ₯°

NA'20

0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT