ORANG KETIGA DALAM RUMAHTANGGA

 Situasi 1

*********

[20/09, 09:29] sekarang ni sy pening sangat sebab mertua boleh trgamak hasut isteri untuk tinggalkan saya..sebab saya kerja security guard saja


[20/09, 10:25]  malang betul nasib sy ..sekarang ni mak mertua sy boleh halang isteri sy dari ikut saya balik ke rumah kami. Mak mertua halang isteri jumpa dgn sy dn boleh pula bagi isteri sy kluar dgn jantan lain supaya isteri sy tk fikirkan sy lagi dah..


Situasi 2

**********

[21/09, 21:35]  suami i kata perempuan tu pembawa rezeki

[21/09, 14:17]  suami i da 3 hari x balik rumah. Biasanya die vacay . X pun balik rumah perempuan tu. I dengan anak2 jelah kat rumah


πŸ‘‰ saja saya nak share skit eh. Jangan sesedap nk jadi org ketiga dlm rumahtangga org lain. Jomm baca ni πŸ‘‡


UNDANG-UNDANG MENANGANI ORANG KETIGA DALAM RUMAH TANGGA -ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SELANGOR ( 1995) (EJSS)


Seksyen 32  EJSS memperuntukan mengenai perihal memujuk lari perempuan yang telah mempunyai suami dengan apa-apa cara yang mana mempengaruhinya supaya meninggalkan suami.

“ Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya pergi atau dengan apa-apa cara lain mempengaruhinya supaya meninggalkan rumah tangga yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan 

apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan bersuami itu kembali kepada suaminya”.


Seksyen 33  EJSS memperuntukan mengenai seorang yang menghalang pasangan yang sudah benikah daripada hidup sebagai suami dan isteri .

“ Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama 

tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.”

Perutukan yang khusus mengenai seorang yang menghasut, memaksa suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. 


Seksyen 34 EJSS memperuntukan :


 “ Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggung jawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali”.

 

Dimudahkan cerita, terdapat tiga jenis kesalahan jenayah dan bentuk hukuman yang sesuai untuk diberikan kepada pihak ketiga yang mempunyai niat jahat dalam rumah tangga org lain. 


1. memujuk isteri orang supaya lari dari rumah

2. mempunyai niat untuk memecahbelahkan rumah tangga seseorang dengan menghalang pasangan suami isteri hidup sebagai suami isteri

3. menghasut, memaksa atau memujuk mana-

mana suami atau isteri agar bercerai atau mengabaikan tanggung jawab kepada isteri atau 

suami atau keluarganya.


🌺 maka yg tanya ada ke tindakan yg boleh diambil terhadap org ketiga. Diatas adalah jawapan spertimna yg diperuntukkn dibwah seksyen2 32,33,34 EJSS ( negeri selangor )


Harap maklomπŸ€—

Natalie'20

0192635631




Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT