FASAKH

 FASAKH

*********

Semalam cite bab jenayah arini nk cite bab Cerai Fasakh sbb baru je memfailkan kes cerai pagi ni. Aku pon kdg2 kompius membawa 2 watak yg jauh berbeza ni..jenayah tetibe pi syariah 🙄 apape jelah.. share dan advise selagi mampu

Kite ni kan para isteri (tiber membawang jap) sbgai isteri memg biasanya banyak besabo. Membasuh besabo, mengemas umah besabo, memasak besabo, mnjaga anak besabo, bekerja membantu suami bayar hutang kereta sewa rumah belanja dapo besabo, tolong bayo bil air besabo, tolong bayar yuran sekolah ank besabo, tolong beli baju sendiri sbb suami da xterbelikan baju isteri pon kite besabo , melayan suami lagi la banyak besabo. Pendek kata memang sesabo2 manusia la insan bernama isteri dan ibu ni. 

Yg x bleh sabo tu bile tau?... bile hati ni menderita. Tang mana tau menderita tu??? Iaitu apabila kite dah buat semua di atas sampai sakit2 badan, tetibe si suami berdondang sayang kluar cari gurlfren sampai da xreti nak balik umah bini. Pi balik umah gurlfren. X bagi makan bini tapi bg makan gurlfren. X tarik tgn bini pi memane tapi boleh plak tarik tgn gurlfren. X pernah nk suap bini tp sanggup menyuap gurlfren. X nk buat video dgn bini tp banyak masa buat video dgn gurlfren.. maka yg ini kite boleh klasifikasikan sbg penginiayaan dan penderaan mental tahap maksimum . Nampak cam emosi kan? Tapi ini lah fakta dan hakikat yg banyak berlaku termasuklah berlaku dlm kes rumahtangga client yg ku failkan kes nya pagi td.


Baik... nexx:


Fasakh  tu apa? Fasakh merupakan 1 cara utk  membubarkan perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada Hakim (judicial decree). Walaupun hak untuk memohon fasakh terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri, namun secara amalannya hak fasakh diberikan kepada isteri memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.

Perceraian secara fasakh boleh berlaku apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan alasan yang boleh memudaratkan pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut.


Contohnya apabila:


i) Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin selama tiga bulan berturut-turut

ii) Suami meninggalkan isteri selama tiga bulan berturut-turut tanpa sebarang khabar berita

iii) Suami tidak melunaskan mahar (mas kahwin) yang telah disebutkan dalam akad nikah, baik sebahagian ataupun seluruhnya

iv) Terdapat perlakuan buruk oleh suami seperti penganiayaan, penghinaan, dan tindakan-tindakan lain yang membahayakan keselamatan isteri

Jika bukti-bukti dari pihak isteri telah sah, maka Hakim berhak memutuskan hubungan perkahwinan antara keduanya.

Justeru, para2 isteri.. kalau selama ni diam membisu takut xtau nk takut apa.. berfikir dan bertindaklah apa yg sepatutnya. Ini bukan utk org lain. Tp utk diri sendiri. Setiap perempuan bergelar isteri dan ibu tu layak utk hidup happy dan bahagia. Asyik suami je bergurlfren bertukar ganti. Anda bile lagi?? Oppss..hahaha..🤣


NA'20

0192635631




Comments

  1. salam..
    sy nak kan nasihat..sy sudah 1 tahun berkahwin dan sy tinggal di rumah mertua..mertua mahu isteri sy selalu ada dengan nya..pernah sy ajak isteri balik rumah sendiri tapi mak mertua meracuni hati isteri..sampaikan sy bawa anak saja balik ke rumah sendiri..dan ibu mertua embuat laporan polis dgn laporan mengatakan sy nak mencampak anak..kemudian sy menghantar anak semula kepada isteri..hari makin hari si isteri ni makin diracun fikiran nya..pernah sy datang utk ambk isteri pulang tapi mertua melarang isteri dan berkata "jangan nanti dia tak bagi awak balik sini"
    dan apabila sy bagitahu nak buat laporan ke pjbt agama,mertua saya cepat² pergi ke pjbt agama dgn isteri sy dan membuat fasakh atas sebab² tidak bertanggung jawab dan menagih dadah..jadi sy sangat² buntu dan tidak tahu apa yg harus dibuat..mohon puan bantu sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Saya akn advise u melalui wassp. Sila share saman tuntutan fasakh tersebut untuk saya komen. Terima kasih 😊

      Delete
  2. Salam..
    Saya telah menarik kes fasakh tetapi pihak suami melalui peguam telah menyerahkan surat pembelaan terhadap tuntutan fasakh selepas tarikh penarikan kes sy dan mmerintah agar sy kembali taat.Adakah surat pembelaan ini sah di gunakan memandangkan sy dh tarik balik kes fasakh..terima kasih

    ReplyDelete
  3. boleh PM saya pembelaan tersebut Puan. dikhuatiri ada tuntutan balas untuk kembali taat. Maka jika puan tarik balik kes puan sekalipun. tuntutan balas tersebut mungkin masih hidup dan ditetapkan untuk pendengaran. 0192635631

    ReplyDelete
  4. mmg suami ada failkan tuntutan kembali taat n kalu sy ingkar sy akn disabitkan nusyuz.mslhnyer sy mmg xblh truskan lagi perkahwinan ini..sy jadi buntu sb suami tak mahu menceraikan sy..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT