CERAI - LAFAZ TA'LIQ

Bila kau baru sampai rumah. Makan pon x. Tetibe ada pulak tamu si suami datang umah  pukul 11.30 mlm...nk tau x last aku makan pkul brapa? Tepat jam 11.30 PAGI tadi tauuu! Kot ya pon nk menempek x balik2 kat umah orang. Xyah la pkul 12 mlm.. macam esok dah xde (nampak x? 😀 motifffff btul la) orang da la penat. Lapo 😀😀😀😀😀

Kebetulan ada 1 client pompuan tex dan bertanya, maka jomlah kite menulis jap. Kali ni kite nak menulis dalam mood kelaparan. 


"Maaf puan...nama saya A. saya asal Johor. Saya ada terbaca penulisan pn.... sy nk minta tolong ni puan. Sy nak bercerai. Tapi Hakim xnak bagi sy bercerai. Hakim batalkan permohonan pengesahan cerai saya. Sy yakin saya dah jatuh talak. Tapi laki sy masa tarikh Mahkamah aritu xdtg Mahkamah. Tu yg hakim batalkan permohonan.


Ceritanya gini puan. Laki sy pernah cakap. Kalau awk bawak ank balik kampung awk, jatuh talak. Dan sy tetap bawak ank sy balik kg sbb kalau sy tinggalkan laki sy akn buat sesuatu yg x elok pada anak sy tu. Macamana pn??"


JAWAPAN

***********

Ini kite panggil ta'liq. Lafaz ta'liq adlah perjanjian yang dibuat suami kepada isteri & apabila dilanggar perjanjian tersebut. Boleh disabitkan sah lafaz ta'liq tersebut dan  jatuh talak terhadap si isteri td.


Kalau suami nak berta'liq , adalah ditekankan supaya :


1. Lafaz ta'liq tu jelas dan spesisifik,

2. Suami sukarela untuk buat lafaz tersebut,

3. Sebaiknya ada saksi yang tahu & nampak semasa lafaz itu dibuat;


Supaya jika berlaku perlanggaran lafaz ta'liq tersebut,

Ia memudahkan tugas Hakim Syarie untuk menyiasat keesahan lafaz tersebut dari sudut hukum syarak & undang² syariah.


ISU berkenaan ta'liq. Adakah ta'liq boleh dibatalkan?

Sila ambil perhatian bahawa lafaz ta'liq x boleh dibatalkan . Majoriti fuqaha mazhab berpendapat bahawa lafaz ta'liq tidak boleh dibatalkan apabila telah diucapkan, Hal ini kerana  lafaz cerai bersyarat ..seolah  suami telah melaksanakan lafaz talaq. Dgn erti kata lain..once ia dilafazkan ia akan mengikat pihak² sehingga ia dilanggar.

Di bawah adalah contoh peruntukan yg termaktub  di Selangor dan  Johor (utk puan tadi)

Done sharinπŸ€—


NA'20

0192835631





Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT