OFFER TO PURCHASE -PEMAJU BANKRUP


Sy dah sign otp rumah dan dan serah deposit rumah 3.18% kt pemaju pakai bank draf.tp sy bru dpt tahu yg rumah tu tittle master.Blh ke sy nk cancel otp tu?sbb rasa macam tertipu bile dpt tahu rumah tu tittle master sbb sblom sign otp agent xpernah bgtaw tittle rumah tu dan sy pon lupa nk tnya pasal smua tu sbb xde pngalaman..nk beli rumah pertama. Developer kt situ pernah bank krap..dah skrg bagunan tu di ambil alih oleh liquidator

ISU2 PEMBELI NI
==============

Rumah title master
Serah deposit kat pemaju
Nak cancel OTP
Developer bankrup

ISU 1
__________

Biasanya kite panggil master title dek. Kite x panggil title master! Maksud master title ni macam yg semua dah tau tapi ada yg stil xtau.

Master title ni adalah geran besar/induk yang nama ada satu nama dan selalunya di bawah nama pemaju. Jika anda beli rumah2 jenis master title ni dan strata atau individual title blom dikluarkan maka, anda perlu bersedia menghadap masalah2 berikut:-

๐Ÿ‘‰ jika rumah di bawah master title  dah lebih 10 tahun, hampir kesemua bank tak nak bagi loan. Dulu ada la bank yg stil boleh accep property nk aply loan bawah master title antara lain affin bank. Nowadays, mungkin da payah nk dpt.

ISU 2
_______

Adek ni kata serah duit kat pemaju. Silap paham ni. Biasanya if u beli rumah melalui agent, u akan bayar 3.18% kepada agency bukan kpd pemaju. Nex time nk beli rumah. Tengok dlu SPA lama between owner n pemaju. So u akn tau pemaju tu sapa, owner tu sapa, agency tu sapa, agent tu sapa. So u tau 3.18% tu u bayar pada sapa.

ISU 3
_________

Boleh atau x nk cancel OTP. OTP dalam conveyancing adalah offa to purchase. Rupanya mcm form kat atas ni. Nama lain die adalah letter inten to puchase (LI) . Tapi LI bukan berupa form. Next time kite share rupa bentok LI. Content dia lebih kurang sama je dgn OTP.

Satu lg ,OTP ni jgn cakap dgn loyer2 criminal main hentam OTP2...sebab dalam criminal OTP tu maksud dia order to produce iaitu perintah untuk mengemukakan tahanan ๐Ÿคฃ tu yg dlm penjara kite nk bawak naik ke court kite guna perintah. Nama die OTP jugak. Order to produce

Ok, masalah nk cancel boleh ke x ni. Law die begini. Dalam satu2 contract kita ada offer dan acceptance. Iaitu tawaran dan penerimaan tawaran. Kite panggil contract la OTP ni. Ia bertulis berbentuk offer si pembeli  berminat dan acceptance si penjual menerima offer si pembeli berminat.

Once a valid acceptance takes place, a binding contract is formed. See? In this case, pembeli berminat da sign OTP tapi penjual belum sign iaitu belum menerima tawaran. Maka binding contract between parties blom wujud.

Maka, berdasarkan 1 kes law Dickinson v Dodds (1876) 2Ch 463 mahkamah memutuskan bahawa revocation (pembatalan) oleh offeror iaitu org yg membuat offer dibenarkan pada bila2 masa sebelum acceptance takes place ( sebelum penerimaan dibuat )

Ayat omputih die gini :

The offeror may revoke an offer at any time before acceptance take place.

Maka general prinsipnya , jika adek ni tadi nak cancel OTP tu boleh. Call buat surat rasmi.bgtau u nak cancel offa.  Kecuali agency si agent tadi da bgtau awal2 awak sign je OTP awak x leh cancel transaksi. Haaaa! Tu no komen lah.. kene move to d nex step..Tapi try cakap elok2 ngan agent dlu. Rasanya mereka memahami dan boleh membantu.

ISU 4
_______

Developer bankrup.

Ini memang payah. Bukan kata x boleh tukar nama kpd pembeli. Boleh ja. Cuma biasanya kes2 macamni akn berlaku kelewatan yg ketara dalam proses pembelian.

Die ada 2 :

1. Developer bankrup, ada liquidator dilantik
2. Developer bankrup, blom ada liquidator dilantik dan ia dibawah bidangkuasa Insolvency departmnt

Yg lawyer plak nk menjajau cari sapa liquidator. X jumpa liquidator. Nk kene write in ke insolvency๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช ini semua memeningkan..kite bercakap bukan berdasarkan buku tp ini berdasarkan pengalaman.

Kenapa kalau pemaju bankrup, kite nk kene write in kpd either 1 dari 2 di atas tu? Sebab mereka adalah pihak yang mengambil alih semua fail-fail developer yang bankrupt tadi dan mereka lah yg akn menandatangan MOT pindahmilik kpd mana2 pembeli hartanah tersebut.

APA MASALAHNYA kalau ade liquidator pon?

๐Ÿ‘‰Antara lain  sebab banyak dokumen required by liquidator yg perlu disediakan sblom MOT boleh ditandatangani

๐Ÿ‘‰Dan yg paling masalah adalah apabila ada liquidator fees dan charges yg perlu dibayar yg mana pembeli termasok yg menjual termasok yg mngurus menjual kadang2 x pernah tau pon berkenaan caj2 ni masa OTP ditandatangan. So far, yg kite pernah jumpa liquidator fee adalah between 1%-2.5% from d Purchase price. Itu blom termasuk misc charges, liquidators solicitors charges, procurement fees n  admin charges. Sapa nak membayo plak charges2 kat atas ni?

KESIMPULAN
______________

Untuk adek yg bertanya, baca btul2 apa yg dishare. nak teruskan beli pon boleh. X nak teruskan pon sukati awak lah. Tepuk dada tanya selera

NA'20
0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT