HADHANAH-SULH

Kisah RUMAHTANGGA
===================

Okay, dibawah adalah sesalinan notis kehadiran majlis sulh untuk tuntutan Hadhanah (hak jagaan anak)

Harini dah berjaya mengekstrak keluar salinan saman anakguam bagi kes tuntutan nafkah dan hadhanah. Bersama salinan termeterai saman kluarlah jugak notis sulh ni.

Untuk yg tertanya2 apa bende maksud notis nie. Meh kite share sikit. Rentetan dari perceraian antara en suami dan pn isteri, biasanya pihak isteri selepas selesai saja proses en suami melafaz talaq di mahkamah, pn isteri  akan mula memfailkan bermacam tuntutan terhadap ex suami (dah memang berhak kan.. so failkan jelah) antara lain :

1. Nafkah anak
2. Iddah
3. Mutaah
4. Harta sepencarian
5. Hadhanah anak

Selepas tuntutan2 di atas difailkan, mahkamah akn mengeluarkan semula salinan termeterai saman tadi bersama tarikh sebutan kes utk serahan kpd pihak en ex suami. Mahkamah pada masa yg sama pada kebiasaannya akn mengeluarkan bersama sesalinan notis seperti dibawah iaitu notis kehadiran majlis sulh.

Tujuan majlis sulh ditetapkan adalah bagi membolehkan pihak2 en ex suami dan ex isteri berbincang secara formal dihadapan pegawai sulh berkenaan tuntutan yg difailkan oleh ex isteri. Proses ini sebenarnya membantu menjimatkan masa pihak2 dan juga Mahkamah termasuk masa peguam🀭. 

Maka en2 ex suami x yahlah nk fight2 jika ex isteri tu seorang yg siuman cukup akal dan fikiran. Bagi je lah hak jagaan ank2 kpd si ex isteri. Senang cite kan🀣  Ini nasihat sy JIKA kami mewakili pihak isteri lah ya. Kalau kami mewakili en suami, tu lain pulak ceritanya

JOM baca sikit apa maksud sulh:-

MAKSUD SULH 
=============

Sulh merupakan suatu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah, dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan secara rasmi, yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian tercapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.

πŸ‘‰Di bawah adalah bentuk notis kehadiran majlis sulh tersebut.

❤  done sharin

NA'20
0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT