HADANAH HAK JAGAAN ANAK



KISAH KELMARIN
HAK JAGAAN ANAK
=================

Bile loyer sivil buat hujahan syariah. Maka penuhla hujahan dengan akta dan cases saja. Ntah mana otoriti dari ayat2 Quran n Hadith nya๐Ÿ™„๐Ÿ™„

DIsebabkan hujahan hanya siap by 2 am..maka nex day nya mata dok terkatup2 kengantokkan. Kite share somthing from this submission la ya. Nak bagi para ibu diluar sana ambik perhatian skit !

Untuk pasangan yg dok berebut anak xsudah2:

๐Ÿ‘‰ secara amnya dlm kes2 perebutan hak hagaan ank, IBU adalah individu yg paling berhak mendapat hak jagaan tersebut.

Berdasarkan sebuah kisah pada zaman Rasulullah S.A.W. bahawa seorang perempuan datang berjumpa baginda lalu berkata:

“Wahai Rasulullah sesungguhnya anak saya ini telah dikandung di dalam perut saya, buah dada saya boleh memberikan susu kepadanya dan ribaan saya boleh memberi tempat perlindungan untuknya. Namun begitu bapanya telah menceraikan saya dan mahu merampas anak ini daripada saya”.


Baginda bersabda:
  ุฃู†ุช ุฃุญู‚ ุจู‡ ู…ุง ู„ู… ุชู†ูƒุญูŠ        
Terjemahan: Kamu adalah orang yang berhak selagi kamu belum berkahwin lain.

Seterusnya Baginda bersabda:
ู…ู† ูุฑู‚ ุจูŠู† ูˆุงู„ุฏุฉ ูˆูˆู„ุฏู‡ุง، ูุฑู‚ ุงู„ู„ู‡ ุจูŠู†ู‡ ูˆุจูŠู† ุฃุญุจุชู‡ ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉ   

Terjemahan: Sesiapa yang memisahkan antara ibu dengan anaknya, nescaya Allah memisahkannya daripada orang yang dikasihinya pada Hari Kiamat”.


Seksyen 82 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 memperuntukan :

Seksyen 82. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan.


Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadanah jika -

    (a) dia adalah seorang Islam;

    (b) dia adalah sempurna akal;

    (c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;

    (d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

    (e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

๐Ÿ‘‰ tapi ada EXCEPTION kepada general rules tersebut dimana AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 memperuntukan :

Seksyen 83. Bagaimana hak jagaan hilang

Hak seseorang perempuan terhadap hadhanah adalah hilang—

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

(d) jika perempuan itu murtad;

(e) jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

Mengikut kitab Al-Fiqah Al Muqarran Li Ahwal Shaksiyyah Juz 1 ms 551:-

“Jika perempuan itu bekerja dan kerjayanya mencegah dari mendidik anak-anak itu dan tak dapat mengambil berat sepenuhnya kepada anak-anak itu maka ia tak layak menjaga anak itu”

๐Ÿ‘‰sekiranya Ibu tersebut hilang kelayakan maka hak hadanah hendaklah dipindah kepada ibu pemohon .


❤ maka baca helok2. X faham PM kite sbb kite malas nak explain panjang2 sini. Ayat atas tu mudah kot utk difahami. Kepada ibu2.. pastikan anda x melakukan mana2 perbuatan di bawah peruntukan seksyen 83 tersebut jika anda taknak HILANG KELAYAKAN utk hak jagaan anak ya!! Karang fight berebut dgn bekas laki sia2 ja buat malu diri sendiri๐Ÿคฃ

Natalie
0192635631





Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT