GERAN & SURAT KUASA WAKIL ( PA) II

Bila kita nak jadi ahli2 atau wakil2 yang membuat promosi menjual apapepun termasuklah tanah. Pastikan kita mendapat ILMU yang secukupnya supaya kita TIDAK tersalah cakap.

Mungkin bila kita bercakap dengan orang2 biasa mereka akan percaya pada apa yang kita cakap. But once u talk to d wrong person, itu akan memalukan diri kita sendiri.

Dan selama 13 tahun aku duduk dalam legal firm. Tahun 2020 ni lah kali pertama ada orang explain kat aku istilah "GERAN PA" yang kononnya tak kan terbatal sampai bila2 dan tak boleh lagi menuntut tanah ni.

Istilah geran PA mamat ni bermula dari 1 promosi menjual tanah lot dan dikatakan pembeli xkan dapat geran individu tapi hanya akan dapat "GERAN PA". Puas aku memikir apa "GERAN PA"??

Meh aku nk kabo skit. GERAN tu lain. PA tu lain ya. GERAN tu ada tulis nama kita sebagai pemilik tanah. PA tu hanya surat kuasa wakil yg menunjukkan pemilik tanah bagi kuasa kepada kita utk urusan2 tanah tersebut. Dah tentulah GERAN dgn PA tu jelas berbeza kan?? Ke sama?? Macamana pulak GERAN boleh dicantum nama jadi GERAN PA? Da macam korona ๐Ÿคจ

Dulu aku dah pernah terang dah bab PA ni. So, scroll balik tajuk PA dlm blog lawsharing. Paham ler kat situ maksud PA. Jenis PA dan Kesan PA.

So kali ni, kite juz nk  share sikit pengalaman yg pernah dilalui berkaitan PA untuk menidakkan kekuatan "geran PA sama dengan geran Individu" (petik ayat si wakil jual tanah ).

Beberapa bulan yg lepas.. ada 1 client ni nk tukar nama di 1 pejabat tanah ( aku x nak mention PTG mana lah ya) . MOT ditandatangan oleh penerima pindahmilik iaitu client kami dan Pemegang PA di hadapan Pegawai PTG sbb ni tanah rezab Melayu. Tau x apa pegawai PTG tu buat masa nak tandatangan MOT (borang pindahmilik tanah)? Dia check dulu dlm system sama ada PA masih berkuatkuasa/ valid/ sah. Paham x maksudnya apa? It means that Owner boleh revoke atau batalkan PA tersebut pada bila2 masa! Tu sebab pegawai PTG akn check dlu sama ada PA yg didaftar tu masih valid dan terpakai atau tidak bg membolehkan pemegang PA yg sign MOT?

Dan yg lebih mengharukan masa nk daftar pindahmilik tu , kaunter PTG boleh pulak mintak IC owner iaitu pemilik tanah sebenar walaupun kita dah bagi PA original. Dan bagi ic pemegang PA. Maka macamana Tuan yg bijaksana boleh kata dengan confidennya bahawa pemilikan "Geran PA" ni memang tiada masalah sampai bila2?????

Jadi utk tn2 yg nk membeli apape lah esp tanah lot tadi. Tanya btul2 dgn wakil penjual berkenaan status serta hakmilik tanah yg bakal dibeli. Dapatkan nasihat2 dari mereka yg lebih pakar sebelum membeli.

Nanti lah kita sambung ya. Mcm2 kes ada masa MCO ni. Blom cite bab jenayah. Tiger, lion semua call. Blom cite bab bercerai berai. Blom share bab fitnah memfitnah jual topeng muka. Ada plak kes pekerja saman majikan. Majikan nak appeal. Blom cite ada plak yang hilang sebelah buah nk saman spital masa MCO ni...Pening akk memikirkan.

Mahkamah sivil x bukak lagi tuan2 ya..online kes  je bjalan. Tok Mahkamah jenayah dah bukak tapi untuk kes2 reman. Yg kes nak tuduh pon blom tuduh. Client masih kat sg buloh tu hah tunggu date...Mahkamah syariah je dah start beroperasi mengikut SOP. yang hilang daun ke batang ke buah harap bersabar..nanti kite selesaikan satu2๐Ÿ˜ท

NA'20
0192635631

Comments

  1. MEMANG PENIN BAB GERAN NI MCM MCM PERANGAI CUSTOMER HEHE..BTW SY AGEN RUMAH BOLEH URUSKAN PEMBELIAN TANAH..JIKA ADA SESIAPA INGIN MENCARI TANAH LOT BANGUNAN /KEDIAMAN BOLEH PM SY DI 0166371460..SY BASE DI SEMENYIH ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT