Tuntutan Kemalangan
RD
==
==
Aku dah berehat untuk beberapa ketika dari buat kes2 RD ni. RD membawa maksud "Running Down" atau bahasa pasar nya kes2 accident@ tuntutan kemalangan.
Kes2 tuntutan kemalangan secara amnya melibatkan 2 pihak. Satu pihak yg menuntut dan satu lagi pihak yg dituntut. Yg dituntut ni adalah pihak yg senang ceritanya bersalah dan menyebabkan terjadinya kemalangan. Maka yg dilanggar akn menuntut kepada pihak yg melanggar. Jika korang adalah pihak yg melanggar dan kemudiannya korang terima saman. Tak yah risau, cepat2 maklumkan pada pihak insurans korang. Mereka akn hantar lawyer mereka untuk lawan di Mahkamah dgn syarat pada masa kemalangan berlaku, motor korang ada roadtax insurance lah. Kalau xde roadtax insuranc, korang fight sendiri atau lantik lawyer sendiri utk advise apa korang patut buat.
Oh.. jangan lupa, make sure buat laporan polis jika korg terlibat dlm kemalangan ya. Ini penting utk menilai sejauh mana liabiliti korang dlm kemalangan tersebut. Selesai kisah utk pihak yg melanggar.
Nexx..Bagi pihak yg dilanggar. Mereka dikenali sebagai pihak yang menuntut...apa yg dituntut? Pampasan dan gantirugi akibat kecederaan, kehilangan pendapatan, bill2 hospital dll.
Mewakili penuntut iaitu plaintif dlm kes kemalangan. Kes2 Langgar mati, lumpuh, Patah pinggang. Patah kaki. Patah jari. Even patah gigi sekalipun aku dah puas involved utk buat kes2 tuntutan sebegini. Dah terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yg aku dapat pabila berdepan dengan pihak yg dipanggil client dan agent.
Apa perlu korang buat?
====================
Jika terlibat dlm satu2 kemalangan, dan korang adalah mangsa kecuaian satu pihak yg lain. Maka korang perlu buat tindakan2 seperti di bawah dgn segera :
1. Ambil Gambar
Pastikan ambil gambar kenderaan yang melanggar. Gambar yang perlu diambil termasuklah bahagian nombor plat kenderaan, tempat kejadian, kedudukan kereta anda, dan sisi kereta yang terlanggar. Gambar ini penting untuk membantu siasatan dan buat tuntutan.
2. Ambil Nombor Telefon
Ambil nombor telefon orang yang mula-mula datang membantu masa korang kemalangan. Terutama apabila individu berkenaan menyaksikan bagaimana kemalangan berlaku kerana keterangan individu tersebut adalah diperlukan bg membantu menyokong kes korang di mahkamah.
3. Terus Pergi Hospital
Bagi mangsa kemalangan yang cedera teruk, ambulan akan bawa terus ke hospital. Tetapi, bagi yang cedera patah tangan atau masih boleh jalan selalunya bertangguh untuk pergi ke hospital. Korang elakkan dari bertangguh sebab ia akn beri impak atas kes korang yg mungkin akan timbul isu keraguan
4. Buat Report Polis
Sama ada mempunyai lesen atau tidak, setelah kemalangan berlaku sehingga tercedera, korang perlu buat report polis. Sekiranya korang terlantar di hospital dan tak dapat nak buat report, korang boleh buat selepas discharge.
5. Buat report polis
Sama ada mempunyai lesen atau tidak, setelah kemalangan berlaku sehingga tercedera, korang perlu buat report polis. Sekiranya korang terlantar di hospital dan tak dapat nak buat report, korang boleh buat selepas discharge.
6. Lantik Peguam
Yang ni kenaoa aku letak lantik peguam. Sebab korang x berpengalaman nak menulis ala2 peguam untuk pastikan korang dapat pampasan yg sewajarnya dari syarikat Insurance org yang langgar korang. So.. lantik peguam. Mereka tahu apa mereka perlu buat
Tapi kan, Satu yg aku kurang minat pasal RD adalah kes yang mana agent bertindak lebih "bijak" dari lawyer. Golongan ni akn datang, bagi kes, ambik komisyen, buat pinjaman dari firm kononnya untuk client nak beli ubat, nk beli kerusi roda, nk pasang besi, nak buat sara hidup akibat dah x boleh bekerja. Lepas dapat komisyen, dapat pinjaman. Golongan ini akn bawak lari client masuk ke firm lain. Ambil komisyen... dan buat rutin yg sama dari satu firm ke satu firm yg lain.
Berapa banyak losses yg perlu ditanggung oleh lawyer yg didatangi agent sebegini rupa? Hanya yg pernah mengenali akn mengetahui.. selepas sekian lama ku tolak kes2 RD ..tapi kini ia datang kembali ..mungkin sebab auranya yg berbeza atau mungkin sebab aku dah bersedia utk "kembali bersama RD"
Tak pasti atas SEBAB yang mana satu.. tapi yg pasti kini aku dalam DILEMMA 😔
NA'20
0192635631
Comments
Post a Comment