ANAK TAK SAH TARAF - Bhg IV

KEPUTUSAN MAHKAMAH
======================

Dari tadi ku perhati je yg mengomen pasal kes arini. Sampai lah da termasuk dalam group wassp bermcm group. Yg mengulas pon bermacam ulasan sampai tersilap2 keputusan yg di share di merata group dan sampai ada yg menulis keputusan harini Mahkamah menolak permohonan Responden.

Selama aku duduk dalam Mahkamh tu tadi. Memang Hakim tu menyampaikan keputusan serta alasan2 penghakiman dalam bahasa OMPUTEH. Tapi Yang aku dengar adalah 1 Hakim YAA Dato Rohana yg mewakili majority hakim kata Mahkamah membenarkan SEBAHAGIAN rayuan perayu iaitu JPN. Dan 2 hakim lagi iaitu YAA Tan Sri David dan YAA Datuk Nallini yg mewakili minority hakim kata Rayuan perayu iaitu JPN ditolak. Takde mana2 Hakim yg baca keputusan kata Rayuan Responden ditolak. Maka yg pegi menyebar ayat x berapa nk btul tu.. Sila Berhati2 dalam penulisan anda.

Sebagai pihak yg ada sekali dlm Mahkamah arini. Aku nk bg sedikit pandangan dan ulasan ttg apa sebenarnya yg disampaikan..kalau nk disebut secara detail. Mau 4 jam aku menaip ni karang sbb keputusan yg dibaca oleh 3 org hakim tadi pun berjam.

Dalam pemerhatian aku, kebanyakan mereka yg membuat ulasan@komen hanya  bercakap berkenaan apa yg majority hakim putuskan shj. Itu pon ambik part kesimpulan dihujung. Mereka x explain details macamana Para Hakim respon kepada isu2 yg dibangkitkan sehingga mencapai kepada keputusan tersebut whc is memang BEST♥️

Dan dalam beberapa PENULISAN yg aku baca (x termasuk yg aku x baca) , penulisan "Malay mail" ni antara yg terbaik dan memang agak detail berbanding yg lain. Ada banyak penulisan yg x touch langsung TENTANG MINORITY DECISION yang mana minority hakim dengan jelas menyebut they  "Dismiss the Appeal and Affirm the COA Decision"

Apa yg di maksudkan dgn majority atau minority? Sebenarnya ada 7 org hakim yg mendengar duduk di atas tu. Mereka mendengar dan akhirnya memutuskan. Maka keputusan Majority bermaksud keputusan lebih dari 3 org hakim dari 7 panel tadi. Manakala keputusan minority adalah keputusan 3 orang hakim atau kurang dari 7 panel yg sama.

ISSUES
=======

Ada 3 main issue yg di ulas panjang oleh YAA Hakim2 pada pagi ini yang mana isu2 ini adalah isu yg perlu dijawab dan dibicarakan sebelum keputusan dibuat.

ISU utama di dlm kes ini adalah samada section 13A terpakai kpd org Islam. Majority hakim berpendapat bhw ianya tak teraplikasi kpd org Islam sbb isu "surname". Senang nk bg paham. Org Melayu xde surname. Dan section 13A strictly deal with surname. Itu ayat hakim tadi. Sebenarnya panjang. Dan aku siap catat setiap point yg YAA bagi. Tapi kalau aku share dalam ni karang jadi karangan STPM. Penat org nk baca. Apa maksud surname. Personal name. Perbezaan keduanya. 3 Pendapat expert berkenaan surname. Semua dibentangkan di dlm Mahkamah pada pagi ni yang akhirnya membawa kpd keputusan bhw section 13A  x terpakai kpd org Islam/Melayu sbb Melayu xde surname.

Lepastu adalah isu2 seperti Islamic Law is d law of d land. Kes rahmah v Laton, kamariah Ali dan Lina Joy yg dirujuk. Juga Isu berkenaan fatwa.  YAA Hakim turut memutuskan bahawa anak ini lahir di negeri Johor. Maka terikat kpd undang2 Islam N. Johor dan dibincangkan berkenaan isu Gazet tak gazetnya fatwa tersebut sebab bila x digazet kan ia tidak mengikat dan  x diambikpakai yg mana isu2  ini telah dinyatakan dalam kebanyakan media dan penulisan. Cuma cara tulisan tu hanya secara AM tidak secara details

ANTARA lain YAA juga point out
==========================

Ketua Pengarah JPN tidak boleh menggunakan fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor.

Pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau sesuatu fatwa itu akan menjadi undang-undang di negeri Johor dan mengikat di sisi perundangan JIKA Ia DIWARTAKAN dalam Warta Negeri selaras dengan Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003

Nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu dikekalkan

Apapun, dalam keputusan2 para Hakim.. Ada SATU YG MENARIK PERHATIAN AKU IAITU 1 isu yg dibangkitkan DALAM PENGHAKIMAN MINORITY...

YAA Tan Sri David Wong telah mengutamakan atau membawa  isu kebajikan anak tersebut (welfare of d child and best interest of d child) serta DISKRIMINASI. Kenapa perlu ada diskriminasi antara ank sah taraf dan x sah taraf? Tiada keperluan org perlu tau yg A tu ank sah taraf atau x sah taraf. Itu adalah diskriminasi. Dan YAA disini telah mengambilpakai beberapa seksyen di dalam Akta Kanak2 serta beberapa kes Law yg dirujuk spt Indira Gandhi. Korang tau x kes Indira Ghandi tu kes apa? Yg x follow kes Indra Gandhi secara am, ia adalah Kisah seorg bapa convert Islam. Anak2 die convert kan sekali. Dan ibu fail kes di Mahkamah berkenaan conversion ank tersebut. Dalam kes ni Mahkamah Persekutuan putuskan pertukaran agama 3 ank tu kpd Islam adalah terbatal. Alasan Penghakiman korang kene baca elok2. Dan jgn jump terus kpd conclusion.

Berbalik kpd kes "bin Abdullah" pagi ni, Minority Hakim juga ada hujahan2 tersendiri spt :

“Ketua pengarah JPN ada fungsi administratif dan tiada kaitan dengan undang-undang atau perundangan Islam"

“Tiada sebab tidak sah taraf anak itu ‘disiarkan’ (dalam sijil kelahiran)"

“Struktur Perlembagaan Persekutuan jelas membataskan undang-undang negeri dan persekutuan”  dan banyak lagi lah

Maka disebabkn faktor2 ini, Minority Hakim menolak rayuan JPN n upheld d COA decision.

OUTCOME
===========

Mahkamah persekutuan membenarkan sebahagian/SEPARA rayuan JPN.  BIN ABDULLAH perlu di kluarkan (removed). Nama anak dikekalkan tanpa BIN Abdullah. Ayat mudahnya kalau dalam sijil lahir anak tu tertulis Ahmad bin Abdullah. Maka lepasni nama ank tu dalam sijil lahir akn tercatat sbg Ahmad saja. X de bin.. Bin...

πŸ‘‰ Maka TAMAT LAH kisah untuk kes di atas. Alhamdulillah...

***********************************************

Mengambilpakai ayat di bawah (apa yg tertulis dalam MM ni :

Rohana explained that the Johor-born child and his Muslim parents were bound by Johor’s state Islamic law, citing specifically Section 111 of the Islamic Family Law (State of Johor) Enactment 2003 which she said provides that an illegitimate Muslim child cannot be ascribed to his father’s name.

The Federal Court majority ruling went on to conclude that the National Registration director-general may refer to and rely on sources of Islamic law on legitimacy when performing the task of registration of births of Muslim children.

🌺 Maka timbul PersoalanπŸ€”
======================

Pihak2 hari ini jelas dan menerima keputusan YAA Hakim dgn hati yg terbuka. Aku pun rasa ia satu keputusan yg adil untuk semua pihak2 walaupun mungkin tidak seperti yg diharapkan oleh kedua ibu dan bapa utk membinkan ank tersebut kpd nama si bapa tetapi at least tiada lagi " bin Abdullah" untuk nama anak tadi di dlm sijil kelahiran

Tapikan, Jika benar pihak2 BOUND by their state Islamic Law (sptmana yg diputuskan oleh YAA Hakim) , adakah keputusan yg sama akan diputuskan jika pasangan yg terlibat dan anak yg terlibat adalah berasal dari negeri lain yang mana Undang2 nya mungkin x sama dgn undang2 negeri JOHOR

Contoh PERLIS sebab di Perlis membenarkan ank x sah taraf di binkan kepada ayah nya selagi mana ayah mengaku itu anak dia

Fatwa Negeri Perlis yang diwartakan pada tahun 2013 menyebut: “Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”.

Maka, untuk kes yg melibatkan pasangan dari Negeri PERLIS, macamana? Kalau ikut kefahaman aku sebab ayat BOUND by their state Islamic Law disebut. Kene ikut apa yg STATE LAW die kata. Maka anak x sah taraf yang ada DIPERLIS adakah boleh dibinkan kepada nama ayah nya sebab LAW di Perlis kata boleh BIN kepada SUAMI IBUNYA ?

Dikuatkan lagi apabila ada kes Mahkamah Tinggi Syariah negeri itu sendiri membenarkan anak xsah taraf untuk dibinkan kepada ayahnya tapi.. Ha.. Ada TAPI ya.. Perintah Mahkamah Syariah tersebut membenarkan bersama ayat spt di bawah :

🌺 Bahawa......... Hendaklah di binkan kpd pemohon 1 ( ayahnya)

🌺 Bahawa pemohon 1 tidak boleh mewalikan ank perempuan tersebut utk selama2nya
🌺 Bahawa pemohon 1 dan anak tidak boleh mewarisi

Jadi apa jawapan utk persoalan di atas... Kite nantikan episode seterusnya. Sebab ia melibatkan anakguam kami dimana mungkin argument nya sedikit berbeza dgn kes yg ada di Mahkamah pada harini.

Adakah kes ankguam kami akn membawa kepada satu KEPUTUSAN yang sama dgn KEPUTUSAN hari ini?? Jeng .. Jeng .. Jeng😎 kite nantikan...nexxxxx

NA'20
0192635631

https://www.facebook.com/87363369882/posts/10158479979994883/

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT