Seksyen 110 Akta undang2 keluarga Islam

Sejak aku belajar seksyen 110 AUKI ni kan.. Hari2 nk tido pun hati x tenang. Aku dok pikir pasal isi kandungan seksyen ni. Cube korang baca. Ke aku yg salah paham

Aku ringkaskan seksyen 110 AUKI ni gini
=================================

Jika seorang pompuan berkahwin dgn seorang lelaki then lahirkan anak dalam masa lebih dari 6 bulan qamariah dari tarikh perkahwinan ATAU dalam masa 4 tahun qamariah SELEPAS perkahwinan dibubar.. Dan perempuan itu x berkahwin semula. Maka lelaki itu hendaklah di sifatkan sebagai bapa anak itu

Aku nak create 1 situasi
=====================

Minah kawin dgn Ali. Ali mati pada tahun 2007. Tiba2 minah melahirkan seorang anak pada tahun 2010 iaitu 3 tahun SELEPAS perkahwinan dibubar sebab Ali mati. Memandangkan minah x berkahwin lagi selepas kematian Ali. Maka Ali di sifatkan sebagai bapa  mengikut seksyen 110 akta undang2 keluarga Islam. Btul? Ke salahπŸ€”πŸ€”

Dan sebab presumption ini. Serta seksyen 110 ini membenarkan Ali di sifatkan sebagai bapa. Maka JPN pun kalau si minah pegi kaunter daftarkan kelahiran anak ni. Maka ank ni boleh di binkan kpd "bapa" yg bernama Ali walaupun Ali dah meninggal 3tahun lepas. Sebab seksyen 110 ni kata "dalam masa 4 tahun qamariah selepas bubar perkahwinan.... Minah x kawin lain, maka Ali hendaklah di sifatkan sebagai bapa"

SOALAN
========

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong jelaskan.

Yg aku pelik sampai tampal koyok berkoyok2 kat kepala ni bukan apa. Takot kua soalan peksa sok. Payah aku nk menjawab ni

Anak yg lahir kurang 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Walaupun bapa tu mengaku itu ank die dan bapa tu dah bernikah secara sah dgn ibu kpd ank tersebut. Anak tu tetap x boleh di nasab kan atau di binkan kpd bapa tu. Dan lelaki tu jugak x boleh dianggap sebagai "bapa" kepada ank tersebut.

Tapi ank yg lahir dalam masa 4 tahun selepas pembubaran perkahwinan x kire cerai hidup atau mati, as long as ibu itu x berkahwin dgn lelaki lain. Maka lelaki tadi HENDAKLAH (gituuuu bunyinyer) di sifatkan sebagai bapa. Dengan erti kata lain boleh lah dinasabkan atau dibinkan kpd bapa itu.

Aku rasa zaman sekarang ni kalau ayah tu mati. Tibe2 mak die 3 tahun kemudian melahirkan ank πŸ€”πŸ€”πŸ€” dan nk kite anggap ank tu ank kepada ayah tadi.. Itu agak pelik..lagi pelik bile Tibe2 boleh nasab kan atau binkan kpd ayah yg dah 3 tahun meninggal tu. But aku rasa itu yg seksyen 110 ni cakap😩 ke macamana?

Camana eh ni. Masalah ni lagi besar dari masalah seksyen 13 akta pendaftaran ni rasanya unless seksyen 110 ni membawa kepada interpretasi lain dari apa yg tertulis secara zahir

Demam memikirkan jawapan kalau soalan peksa macamni yg kluarπŸ˜“πŸ˜«πŸ˜“Omggg

NA'19
0192635631
😘

Comments

  1. tempoh lebih 6 bulan dan kurang dari 4 tahun Qamariah adalah berdasarkan pendapat fuqaha dalam meletakkan sekurang-kurang tempoh seorang wanita mengandung dan maksima tempoh anak dalam kandungan wanita, so sebab itu wlau dah dua tahun suami meninggal baru anak dilahirkan (isteri tak kahwin) dinasabkan kepada suami tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tn. Tapi jika kite apply kan dlm keadaan sekarang. Utk perempuan yg telah kematian suami 2 tahun yg lalu dan die blom berkahwin lain. Tidak kah sesuatu yg janggal jika Tibe2 die mengandung lahirkan ank dan ank tu dibin kpd ayah yg dah 2 tahun lepas meninggal? Jika undang2 ini digunapakai pada masa ini. Bukan kah ia akn mengundang perbuatan zina secara berleluasa disbbkan si isteri tau ank tersebut walaupun ank hasil zina dgn lelaki lain tetap boleh di asab atau di binkan kpd suami yg telah meninggal? Mohon pencerahan dari kami yg masih musykil. Terima kasih

      Delete
  2. mungkin yang dimaksudkan dalam enakmen berkenaan sekiranya anak tersebut sudah berada dalam kandungan, oleh itu validlah klau kita cakap anak tu nk dibinkan bapanya dalam tempoh 4tahun qamariah n bertepatan dgn pendapat fuqaha, cuba tgk seksyen seterusnya seolah-olah bertentangan dengan seksyen 110

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT