Pemaju lewat serah kunci dan terus tak serah-part 2

Jadual G Akta pemajuan perumahan (kawalan & pelesenan) 1966
==============================

Sebab x puas hati, so harini nk menulis sikit.
Sy nak share isu berkenaan jadual G ni.

Kalau kite Tengok jadual ke 3  dalam jadual G iaitu bab pembayaran spt yg tertera kat bawah ni, kite pastinya dibawah anggapan.. Bahawa kite beli rumah undercon. Payment kepada pemaju akn dilepaskan oleh pihak bank mengikut progress. Siap takat mana. Bayar takat tu. Betul??

Adakah anda tau. Bahawa dalam kes client ni, semua bayaran telah dilepaskan oleh pihak bank termasuk bayaran 5% terakhir juga telah dilepaskan oleh pihak peguam kepada pemaju. Dan sehingga kini client ni still x dapat rumah dia. Pemaju pulak dah gulung. Siapa yg bersalah dlm kes ni? Pemaju? Bank? Lawyer? Pembeli? Atau semua nk lepas tangan kate kami semua x bersalah?

Kalau hakim pun pelik macamana semua bayaran hingga bayaran terakhir tu boleh dilepaskan sdgkan milikan kosong x pernah di serah... Apa lagi kite yg bukan hakim... Memang lagi pelik lah kannn?

Apa yg sy cuba nak sampaikan adalah. Walau pun ada nya jadual G yang nampak boleh melindungi para pembeli dengan cara bayaran mengikut progress siap. Tapi ternyata tiada yang mustahil boleh berlaku.. Bank tetap melepaskan duit kpd pemaju dengan adanya dokumen2 yg dianggap sahih dan memadai utk melepaskan pinjaman tersebut kpd pemaju. Peguam pulak akan kata kami xtau rumah x dibuat. Yg kami tau kami dah lepaskan semua kpd pemaju. Apape tanya pemaju. Pemaju pulak dah gulung! Then how??


So dalam kes ni. Masalah client sy bukan sebab lewat serah milikan kosong tapi masalah da langsung x dapat milikan kosong dan terpaksa tanggung loan tiap bulan. Maka apa boleh dibuat? Hanya saman yang boleh dibuat dalam kes ni. Semua pihak dimasukkan supaya semua boleh jawab di mahkamah. Pemaju ke peguam ke bank ke.. Semua jawab dalam bicara penuh supaya mahkamah boleh mengadili sapa yang perlu bertanggungjawab atas kerugian yang ditanggung oleh client ni


😪😪😪😪 Letih macamni... Apape pun, Sy akn tggu. Tengok apa kesudahan kes ini dan apa keputusan hakim💪💪

To be continue...

🌺 NA'19
0192635631


Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT