ANAK TAK SAH TARAF - part 1



Isu hangat : BIN ABDULLAH

JPN. Here we GO!!
========================

#Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata ketua pengarah JPN bertindak tidak rasional apabila enggan mengubah nama bapa daripada 'Abdullah' kepada nama bapa anak itu dalam sijil kelahiran, atas dasar fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa seseorang anak tidak boleh berbin/bintikan nama bapa jika ia anak tidak sah taraf.

#Beliau juga berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam.

#Seksyen 13A(2) tidak mengatakan anak Islam tidak sah taraf harus dilayan berbeza dengan anak bukan Islam ketika mendaftarkan nama bapa,”

#bidang kuasa ketua pengarah adalah sivil dan terhad kepada menentukan sama ada ibu bapa kanak-kanak telah memenuhi keperluan berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 yang meliputi anak tidak sah taraf Islam dan bukan Islam.

"Fatwa, kami ulangi, bukan undang-undang dan tidak mempunyai kuasa undang-undang serta tidak boleh dijadikan asas undang-undang bagi ketua pengarah pendaftaran negara untuk memutuskan nama bapa anak tidak sah taraf menurut Seksyen 13A (2) BDRA,"

* MAKA BUAT KERJA ANDA! (Ni ayat saya bukan ayat Hakim)

****************************************************

Nak dijadikan kisah, kami juga mempunyai anakguam yang ingin memperjuangkan NAMA ANAK supaya DIBIN/ATAU DIBINTIKAN kepada BAPA KANDUNGNYA.

Ini bukan Isu kite menyokong perbuatan zina! Ini isu KENAPA anak yang dilahirkan tak bersalah terpaksa menanggung malu seumur hidup hanya disebabkan kesalahan ibu bapa YANG TAK PULAK DIHUKUM! stupid! Tetibe emo betul hari ni..

Kanak-kanak dengan nama keluarga bin atau binti Abdullah sering dipersenda,  diejek anak luar nikah, dipanggil sebagai anak yang tidak sah dan kanak-kanak yang dihina akan marah dan harga diri terjejas dan ini secara langsung boleh menyebabkan masalah kemurungan pada anak tersebut, tak nak pergi sekolah, yang pandai boleh jadi bodoh sebab hari2 datang sekolah kene ejek dengan kawan malu dan sebagainya.

DAN...sebelum berkata2 tu bia buat research lebih sikit. Tujuan permohonan untuk membin/membintikan anak tersebut ADALAH untuk menutup AIB anak tersebut. Tambahan lagi apabila pasangan tersebut telah berkahwin dan bertaubat. Maka anak itu boleh dinasabkan kepada bapanya mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang keduniaan! Kite tak mintak langgar hukum syara' pon. Tak mintak die boleh mempusakai pon. Dan tak mintak untuk bapa dibenar mewalikan pon. Kite mintak supaya DALAM SIJIL LAHIR/KAD PENGENALAN tu di bin/bintikan kepada bapak die YANG DAH BERKAHWIN SECARA SAH DAN  MENGAKU SEBAGAI BAPAK! Itu maksud undang-undang keduniaan!... emo lagi..huh!

Sebab tu, dalam permohonan anakguam kami... terang lagi nyata HAKIM yang membenarkan permohonan tersebut dengan keputusan2 spt dibawah (baca sendiri)

Bila dah dapat perintah Mahkamah Tinggi ni, JPN plak buat diam tak nak tukar kan binti/bin tadi kepada si bapak...rupa2nya pihak JPN sedang fight untuk kes lain yg mempunyai fakta kes yang sama..

*SILA BUAT KERJA ANDA.

KALAU ANDA RASA ANDA BIJAK
===========================

1. Sila tegah dari akar umbi. ambik tindakan keras terhadap lelaki2 atau perempuan2 yg berkesedudukan atau berpeleseran atau apapelah DAN hukum mereka! BUKAN HUKUM ANAK YG TAK BERDOSA!

MAK BAPAK- tangkap khalwat, denda 1 ribu penjara 1 bulan. Lepas...
ANAK- dari lahir sampai mati "bin abdullah" . tanggung malu. tanggung orang hina. orang ejek. orang pandang rendah (seumur hidup ya!!) ..emo lagi

2. Sibuk nak berbahas menentang kat Mahkamah sekarang, bila ade org nk perjuangkan ank die. Kenapa tak dari dulu?? 2008/2009? semua diam! 2017 semua bangkit sebab? sebab tu lah ade orang yg bermati2an nak memperjuangkan anak die.

Kalau nak berbahas pasal isu ni, rasanya terlalu panjang sampai hakim Mahkamah Rayuan pon buat keputusan setebal 29 m/s. tu baru keputusan. kalau hujahan mau 290 m/s. Maka sesiapa yang ada masalah yang sama ATAU nak bersesama memperjuangkan apa yg patut diperjuangkan ATAU nk mengikuti perkembangan serta KESUDAHAN ISU BIN/BINTI kan anak tak sah taraf ni.. kite bolehlah berkongsi pengalaman.


🎇 Kepada yang ada masalah ank tak sah taraf dan ber binkan Abdullah. Nak kan hak anak anda. Kami tunjukkan jalan.. Setakat ni semua nya berjaya alhamdulillah.


🌹 pm/wassp 0192635631🌹

kepada anakguam-anakguam sy (seramai lebih kurang 30 orang untuk kes anak tak sah taraf nie, harap bersabar..banyakkan doa. Moga urusan kalian dipermudahkan)

mood:
#panas hati sebab dah dapat perintah Mahkamah tp tak dicomply
#kesian tau klien sy..

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT