Penipuan pelaburan - KISAH BENAR

KISAH BENAR
NASIB CLIENT2 SAYA
==================
Kes Dencom sales & services
kes Noradz travel & services

Fakta kes:

Pelabur dikaburi Dan dijanjikan dgn 1biznes yg mndatangkan pulangan keuntungan setiap bulan oleh pemilik atau agent 2 yg dilantik oleh syarikat2 di atas.

Dencom sales & services kes
========================

Pelabur 2 dlm kes ni kebanyakkannya org2 kampung, pakcik2 dan makcik2
Melabur lah RM 5k, 10k ade yg beratus2" k "
Laps melabur tak de pulak dapat pulangan yg dijanjikan...
Maka, mereka2 ni xtau lah nk pi report kat mana
Report kat polis dah, nk ambik lawyer masa ni nanti kene bayar lawyer mahal
Maka datanglah idea buat report beramai2  ke bank negara
Rase2 bile buat report2 ni akn dptlah semula duit 2 pelabur

TAPI APA JADI?
=============
1.BNM ambush, buat serbuan terhadap Dencomm Sales & Services di premis syarikat tersebut.

2.Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

3. Pengarah2 syarikat Dencom sales didakwa menerima deposit haram daripada orang awam tanpa lesen yang sah antara Februari 2002 dan April 2010

4 Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya.

5.Mereka juga dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 55(1) AMLA kate
******************************

55(1) Tertakluk kepada seksyen 61, dalam apa-apa pendakwaan
bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan
membiayai keganasan, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi
pelucuthakan apa-apa harta yang dibuktikan menjadi—
Akta A1467.
(a) hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan
pelakuan kesalahan itu;
(b) harta pengganas;
(c) hasil daripada aktiviti haram; atau
(d) peralatan kesalahan,
jika—
(aa) kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh; atau
(bb) kesalahan itu tidak dibuktikan terhadap tertuduh tetapi
mahkamah berpuas hati bahawa—
(i) tertuduh bukan pemunya harta itu yang sebenar dan sah;
dan
(ii) tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli
dengan suci hati dengan balasan berharga.
 (2) Jika kesalahan itu dibuktikan terhadap tertuduh tetapi harta
yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilupuskan, susut nilai atau
tidak dapat dikesan, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya
tertuduh membayar sebagai penalti suatu jumlah wang yang
bersamaan dengan, pada pendapat mahkamah, nilai harta itu, dan
apa-apa penalti sedemikian hendaklah boleh didapatkan sebagai
suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia .....

KESIMPULAN
============

Duit2 dlm akaun atau aset2 milik pengarah syarikat Dencom sales services dan syarikat dianggap hasil dari aktiviti haram (collect duit org ramai tanpa lesen)

Maka duit2 dan aset dilucuthakkan dah bukan  milik Dencom sales services dan bukan milik pengarahnya tetapi....

Seksyen 62 AMLA kate :
************************

2. Apabila harta yang tidak dikehendaki supaya dimusnahkan dan
yang tidak berbahaya kepada orang ramai telah dilucuthakkan di
bawah seksyen 28L atau 55 atau 56, mahkamah atau sesuatu agensi
penguat kuasa boleh, mengikut undang-undang—
Akta A1467.
(a) menyimpannya untuk kegunaan rasmi, atau
memindahkannya kepada Kerajaan Persekutuan; atau
(b) menjualnya dan memindahkan hasil daripada penjualan itu
kepada Kerajaan Persekutuan.

APA nasib pelabur2 tadi
=====================

Pelabur 2 td mcmne pulak?
Mase nila die org mncari lawyer
Kenapa duit tu dibeku? Bukan ke sepatutnya dipulang kpd kami???

APA lawyer buat?
==============

Persoalan dr client2 :

Q: Nak saman BNM Ke? Sbb duit kat BNM now? BNM ada hak ke nk pegang duit tu?

A: saman tu boleh.. nak saman sape je yg awk nk, pegila saman tapi dkhuatiri jadi macam kes GENNEVA. Saman tarik balik n pegi file 3rd party proceeding.

MAKA.....dlm kes Dencom sales & services ni,
LAWYER  pun failkanlah permohonan pihak ketiga nk kate pelabur ade hak atas duit yg BNM freeze tu

Dalam seksyen  61(4), utk kate pelabur layak dpt duit mereka semula, pelabur perlu membuktikan elemen 2 berikut:

Seksyen 61(4)AMLA
**********************

61(4) Mahkamah atau agensi penguat kuasa hendaklah
memulangkan harta itu kepada pihak yang menuntut apabila ia
berpuas hati bahawa—

(a) pihak yang menuntut itu mempunyai suatu kepentingan sah
di sisi undang-undang mengenai harta itu;
(b) tiada pengambilan bahagian, pakatan sulit atau penglibatan
berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau
Bahagian IVA, atau kesalahan membiayai keganasan yang
menjadi tujuan prosiding itu boleh dikaitkan dengan pihak
yang menuntut itu;
Akta A1467.
(c) pihak yang menuntut itu tidak tahu dan jahil tanpa niat
tentang penggunaan menyalahi undang-undang harta itu,
atau jika dia tahu, tidak dengan sukarela mengizinkan
penggunaan menyalahi undang- undang harta itu;
(d) pihak yang menuntut itu tidak memperoleh apa-apa hak
mengenai harta itu daripada seseorang yang tindakan diambil
terhadapnya di bawah hal keadaan yang menimbulkan
kesimpulan yang munasabah bahawa apa-apa hak telah
dipindahkan hakmilik bagi maksud mengelakkan
pelucuthakan harta itu pada akhirnya kemudiannya; dan
(e) Pihak menuntut itu telah melakukan segala yang
semunasabahnya dapat dijangkakan untuk menghalang
penggunaan menyalahi undang-undang harta itu.

# Walau bagaimanapun, sgt susah nk membuktikan element 2 di atas. Asyik 2 pihak pendakwaan kate client 2 sy contribute kpd illegal bisness. TiDAK suci hati. Maka tak layak tuntut wang pelaburan tersebut semula...

Kalah die mahkamah sesyen kota Tinggi
Tewas dimahkamah Tinggi JB
Dan Kini merayu diatas keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan Putrajaya

ISUNYA
*********
Macamana org awam. Org kampung. Dikatakan berpakat mengambil bahagian dan terlibat dalam kegiatan illegal syarikat tersebut. Dah ler client sy kluar modal. Dijanjikan untung tak dapat untung. Tibe2 dikatakan terlibat sama buat jenayah...

Ada jugak isu knapa nk melabur x check dlu dgn BNM. SSM. Makcik2 ni sekitar 2009-2010 mana no phone BNM pon xtau. SSM tu apa pun silap bulan makcik2 ni xtau...

kite memang ikut LAW tetapi fikirkan jugak kebajikan pelabur 2 yang tak tau apape ni...Dan fikir dgn SUCI HATI adakah pihak lain yg sebnarnya lebih berhak kpd duit2 pelaburan tersebut selain dari pemiliknya...

Kesian mereka....n now, we r still fighting for their right. Siapa lagi nk memperjuangkan kalau bukan kami...permudahkanlah urusan kami YA ALLAH.

DEMI memperjuangkan hak mereka...
-Coretan Hati😒-

Comments

  1. sekadar pandangan untuk pertimbangan-permohonan wajar dibuat kepada "agensi penguat kuasa hendaklah memulangkan harta". Lihat jawapan dan justikasinya. Kalau tak berpuashati-ada 2 mode:
    1. lawan dimahkamah; atau
    2. lapor dan aduan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC/SIAP) tentang keputusan agensi tersebut yang enggan pulangkan wang mangsa. SIAP yang boleh meneliti/menyiasat kes dan membuat syor yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. Salam.dlm kes noradz ni pelabur mempunyai bukti seperti surat /dokumen perjanjian yg disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.utk maklumat tuan baru2 ini kami dihubungi oleh bekas ajen2 noradz utk menfailkan tuntutan ke mahkamah dan dikenakan sedikt bayaran.mohon pandangan tuan ttg perkara ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu sy permohonan untuk tuntutan pihak ketiga telah ditutup tn. Boleh confirm dgn pihak BNM dan semak nama tn jika sebelum ini pernah diwakili peguam

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. So..keputusannya macammana ye..adakah masih diteruskanramai yg melabur ingat sah sbb ramai yg melabur dan dpt pulangan..kesian yg kehilangan duit begitu sahaja...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT