DISCHARGE AMOUNTING TO ACQUITTAL

Beza DNA dan DNAA yang ramai tak tahu
==================================

🌺 Bagi menjawab persoalan beberapa org yg bertanya. " puan, die tu dah dituduh di mahkamah. Menipu orang. Tapi  dengar cerite dah dilepaskan pulak! Macamana boleh jadi macamtu? Ini tidak adil"

🌺 Meh sini, sy jawab :

πŸ‘‰ Orang yg dituduh tak semestinya bersalah. Tu kene betulkan skit mindset korang2 yang suka buat presumption (anggapan) then membawang tanpa tahu kebenaran yang sebenar.

πŸ‘‰Prinsip nya, seseorang tertuduh itu dianggap Tidak BERSALAH sehinggalah dibuktikan bersalah di mahkamah. Nak sabitkan seseorang tu memang bersalah pulak, banyak yg perlu diteliti termasuklah dokumen2 terlibat dan keterangan saksi2.

πŸ‘‰ Ape yang jadi dalam mahkamah adalah Kadang2 dokumen. Kadang2 keterangan saksi yang bercanggah.. Yang mungkin menyumbang kpd kes tersebut tak dapat dibuktikan dengan nyata untuk mensabitkan yang dituduh itu sememangnya bersalah. Ingat ya! Tak mudah untuk mensabitkan seseorang itu bersalah kecuali dgn bukti yang kukuh.( bab ni x nk explain. Karang panjang Sgt sbb topik hari ni adalah topik "dilepaskan"

πŸ‘‰ Baik, bile nak membawang bab "dilepaskan". Kenapa die dilepaskan. Korang kene tau, Ada 2 jenis kategori 'dilepaskan' .

1. DNA
2. DNAA

DNAA-Discharge Not Amounting to an Acquittal

Seksyen 173 (g) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan seseorang tertuduh.

Sebab "dilepaskan"? Bermacam sebab. Pertuduhan tiada asas. Nak tukar Mahkamah dari sesyen ke Majistret. Maka yg di Mahkamah sesyen kite akan dengar Pendakwaraya pohon DNAA depan hakim dan bermacam lagi lah sebab tertuduh boleh "dilepaskan" dlm kategori ini.

Pendakwa Raya juga berkuasa di bawah Seksyen 254 Akta 593 untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap tertuduh dan seterusnya boleh memohon agar tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan.

‘Dilepaskan tanpa dibebaskan’ tidak bererti tertuduh itu dilepaskan sepenuhnya dan Pendakwa Raya pada bila2 masa yang material dan dengan sebab yang kukuh masih mempunyai kuasa untuk menuduh semula tertuduh atas kesalahan yang sama.

DNA- Discharge Amounting to an Acquittal

Membawa maksud ‘dilepaskan dan dibebaskan’. Ini boleh berlaku apabila tertuduh didapati tidak bersalah dan dilepaskan serta  dibebaskan daripada pertuduhan.

Dalam keadaan ini Pendakwa Raya tidak berkuasa untuk mendakwa semula tertuduh atas pertuduhan yang sama kerana ia bertentangan dengan prinsip di bawah Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan.

Maka walaupun tertuduh telah dituduh, tetapi ada keadaan dimana dia mungkin akan dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan.

🌺 Once dah paham apa yg ada diatas ni. Baru boleh teruskan dan sambunglah membawang dengan Asas okey. Jangan dok asyik x adil. X adil. X adil...pening yang mendengar ni hah! Cheers 😘

NA'
0192635631

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. maaf nk tny..mohon betulkn sy yg mane silap atau salah..pada sebutan kali pertama disebabkn tiada penjamin, sy direman utk sebutan semula kes ke suatu tarikh yg pada perkiraan sy 63 hari bermula dari tarikh sy ditangkap sehingga tarikh sebutan semula kes kali pertama. selepas dua bulan, di dalam mahkamah pada hari sebutan kes, ada okt yg sambung reman dan ada yg jatuh hukum selepas laporan kimia siap. tapi pd kes sy, sy dgr dgn jelas pihak mahkamah sebut DNA. selepas sy tny polis mahkamah, die ckp laporan kimia sy tak siap ..cume sy tak pasti kes sy ini DNA atau DNAA.. sebelom dibebaskan keluar di mahkamah, sy tny polis mahkamah ckp kes sy DNA dan bile2 mase kalau laporan kimia sy siap, sy boleh ditangkap dan dituduh semula.. selepas bace posting encik, sy paham sikit2 pasal DNA dan DNAA.. kalau mahkamah tak salah sebut, kes sy ialah DNA.. jd perlu ke sy jumpe IO sy semula utk kepastian sbb mykad sy belom dipulangkn dan masih ada pada IO.. terima kasih byk2..mohon jelaskn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DNA maksudnya u xkan dituduh semula atas kesalahan yg sama. Based on report yg sama. Jika die kata boleh ditgkap semula bila laporan kimia siap. Itu DNAA

      Delete
  3. Maaf nak tanya.saya kena tangkap kes dadah..keputusan kimia saya keluar dan menyatakan saya positif..majikan saya pun sudah mendapat salinan keputusan kimia saya.tapi mahkamah memutuskan kes saya DNAA..persoalannya adakah pihak majikan saya boleh mengambil tindakan tatatertib kepada saya walaupun mahkamah belum mensabitkan saya bersalah..

    ReplyDelete
  4. Maaf nak tanya.saya kena tangkap kes dadah..keputusan kimia saya keluar dan menyatakan saya positif..majikan saya pun sudah mendapat salinan keputusan kimia saya.tapi mahkamah memutuskan kes saya DNAA..persoalannya adakah pihak majikan saya boleh mengambil tindakan tatatertib kepada saya walaupun mahkamah belum mensabitkan saya bersalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DNAA sebab apa? Keputusan kimia u positif..maka majikan menggunakan reason itu sbgai landasan utk memulakan tatatertib vs u

      Delete
  5. Hi..sy nk tnya 2018 sy prnah d tuduh mncuri brang d dlm rumah..stlah prbicaraan pngadu tlah mnarik report dan mahkamah tlah mmutuskan kes sy DNAA..skrg sy tlah brkhidmat dlm prkhidmatan awam kurang 1 tahun...adakah keputusan tapisan kesalamatan sy lulus?? Trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. As long as u x ditangkap semula rasanya tiada masalah. Sbb kes DNAA tu dah close pada masa ni

      Delete
    2. Macam mana lulus ke tapisan keselamatan tu?

      Delete
  6. Hi there Natalie/Blogger - Out of curiosity, how long can a DNAA last? Is there a fixed timeframe for a DNAA to be upheld, or is it indefinite? Also, how does one go about checking/appealing to overturn a DNAA? Is it a simple/straight forward process?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT