PENIPUAN/SCAM

Aku rasa scam Pertanian ni dah wujud sejak. 2010-2012 lagi. Kemudian scam2 ni mula berubah corak. Takda lg scam Pertanian. Mereka berubah kpd scam2 emas. Teksi. Forex. Rumah. Minyak. Perfume. Hway. Dll

2018 scam2 ni kembali kembali kepada corak asalnya melibatkan durian, ayam dan diikuti oleh kelulut.

✔️Apa die scam2 zaman 2010-2012 tu???? Ni antara scam2 yg mana melibatkan 50% of my clients. 

πŸ‘‰ Prestige diary Farm - lembu
πŸ‘‰ Mahaderas - lembu
πŸ‘‰ Ujang Farm - lembu
πŸ‘‰ Arowana Farm - ikan
πŸ‘‰ Incredible force- ikan
πŸ‘‰ Santrio holding- ikan
πŸ‘‰ Azz marketing - ikan
πŸ‘‰ Megaherbs - tumbuhan
πŸ‘‰ Stevia -  tumbuhan
πŸ‘‰ Green agroworld - cili, kacang pjg etc

🌺 Apa yg jadi dgn kes2 ni? Aku boleh cerita kisah satu persatu perjuangan client2 aku ni menuntut hak mereka sehingga ke titik yg  terakhir. Ada yg dah dapat balik duit mereka. Ada yg dah hancur xde apa dah tinggal sampai aku pegi ladang yg dikatakan tempat menternak lembu. Bukan kan lembu. Kutu lembu pon dah tak tinggal. Xde apa yg tinggal untuk client2 niπŸ˜”

🌺 Ada yg kite dah gulung kan. Dan client dapat dividen tiap2 tahun dari insolvency.

🌺 Dan yg lg dasyat, ada pulak yg masih disenarai dalam kes mahkamah sehingga ke hari ni. Kenapa? Sebab aku dah habis gulung dah habis bankrupkan syarikat scammer. Tapi duit x dapat2. Dulu gado dengan trustee. Sampai harini pon gado dgn trustee. Dulu gado sbb kite kata trustee tak bertanggungjawab. X check tugas syarikat pengurusan betul2 bela ikan dalam kolam ke bela katak. Sekarang pulak gado sbb trustee claim n declare dana terikat adalah milik mereka. Macamana pulak kau boleh kata dana terikat tu kau punya.. Senget.. Pening dibuatnya! 

πŸ‘‰ To be honest penat dah kami buat kes2 scam ni. Juz imagine tak kurang 30 kes scam kami dah involved in fightin wt them. Semua nya kite langgar utk tolong client2 ni tuntut hak mereka semula. Tapi nampaknya scam x pernah lupus dan x pernah lenyap...

🌺 Oooo lupa.. Nak bagi sikit definisi SCAM dan SCAMMER!

Scam adalah perbuatan manipulasi/penipuan, yang dilakukan oleh suatu badan/syarikat atau perseorangan, dengan cara manipulasi suatu hal untuk mendapatkan kepercayaan dari orang lain.

πŸ‘‰ Tujuan melakukan hanya untuk mendapatkan keuntungan.

πŸ‘‰ SCAMMER adalah si pelaku kepada perbuatan penipuan dimana setelah mendapatkan hasil yang diinginkan(keuntungan), si pelaku akan lari meninggalkan pelabur2 yg ada.

🌺 Tiada scammer yg pulangkan duit org. Kalau org tu pulang duit korang balik. Itu bukan scammer namanya! Study bagi habis. Cheers😘


NA'19 😘
0192635631 

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT