Musang KING🌳🌳🌳

Malam ni aku terpanggil utk menulis tentang musang King.

🌸Sebenarnya aku baru je di approach oleh salah seorang client aku yg terlibat dgn pelaburan ni. Mula2 aku ingatkan musang King ni juz nama2 pakej pelaburan sbb dlu aku ada handle 1 group client hanagold. Die org hari2 open pakej nama makanan. Masa tu aku ingat die org bukak pelaburan jual makanan. Tapi rupanya itu juz nama pakej. So aku applykanlah dalam kes musang King ni. Tu yg aku ingat kan die ni juz nama.



Rupanya btol2 durian lah😱 fine.. Client ni baru approach aku minggu lpas. Die kata leader die ajak pi report polis beramai2

✔️Ok. Kat sini aku ade sikit bende aku nk share. Aku x la kata aku pandai atau lawyer lain xpandai. Tapi aku ade opin aku yg tersendiri. Mungkin sebab aku adalah gabungan yg memang buat conveyancing, General litigation, criminal, syariah dan corporate . So biasanya aku akn menggabungkan kesemua law dan aku aplikasikan dlm setiap kes client aku ni.

Ade org berpendapat. Kalau kau ditipu cepat pegi balai buat report polis 👮‍♂️beramai2. Tapi pernah x korang pikir. Apa bende yg korang dapat? Ok fine. Die ditangkap wuts nex? Die didakwa? Then? Bicara mahkamah? Lpastu? Turun naik. Turun naik mahkamah. End up? Die convicted? Disabitkan salah. Then masok lah die dalam penjara. 3 tahun 5 tahun atau 10 tahun? Apa yang korang dapat hah???? Tu 1. Ada plak turun naik. Turun naik mahkamah  Lepastu rayuan. Naik mahkamah lg tinggi. Turun naik. Turun naik lg.. Xtau apa yg ade dalam kepala korang. Serious ini nampak agak harsh. But plz think properly! Aku pelik lah. Serius.. Even ada di kalangan Lawyer pon akan advise ok.. U guys pi buat report beramai2. Tu sbb kdg2 aku bengang. Bengang sbb ade makhlok2 yg konon2 pandai. Then ko advise macamtu.

👉 Point yg aku nk tanya 1 je. Apa yg korang nak sebenarnya? Polis tolong bg duit korang balik ke????? Atau pon korg rase report polis je. Sure si penipu bg balik duit korang ke camana ni?

👉 Lagi 1 korang tau ke xtau. Illegal biz ni gov boleh sita aset company tu? Dan harta tu akn jd harta gov. Bukan nya dipulangkan pada korang pelabur. AMLATFA pernah dengar? Pi Google kalau xtau! Check kes tiang seribu Sabah!

👉 Lepastu ade plak pegi ke BNM.. Jom pi report beramai2 pi bank negara sbb die kutip duit org xde lesen. Ni pon aku nk tanya. Ko rase pegi bank negara boleh bagi balik duit korang?? 🤣 Ini lg satu kerja dan pahaman paling dasyat aku pernah dengar. Hello! Kau memang menempah maut. Once BNM dapat banyak je report pasal 1 company. Die org akan dtg raid dan freeze Kan akaun syarikat tu. Kalau dah freeze ko rase BNM nk bagi korang ke duit dalam tu? Pernah dengar BAFIA? Pi study apa maksud BAFIA. Tengok korang akn dapat balik. Duit korang ke x

👉 Korang study bagi habis dlu ya. BNM akn declare itu aset gov sbb diperolehi scr salah. Illegal activity. Paham? Ke x paham2???  Kalau x paham. Follow kes2 noradz travel. Kes dncom sales. Case fx forex. Korang baca dlu apa keputusan mahkamh  Korang tgok macamana susah nk dpt duit korang balik😤😤😤 bukan main report sane report sini ja

👉 Lepastu pegi plak report kat SSM beramai2. SSM buat apa? Dakwa si penipu. Sabit salah apa jadi? Mereka di kene kan denda. Gagal bayar baru penjara. Refer kes azz marketing Sdn bhd. Bukannya SSM suruh syarikat penipu tu bagi duit korang semula

❤️Ni meh kite bagi share skit Ilmu nk handle kes2 gini ❤️

🌺 1st step korg kene tau apa yg korang nk sebenarnya

1. Nk duit balik? Atau
2. Xnak duit. Juz nak balas dendam

✔️ Kalau korang sebenarnya nk duit.

1. Lantik lawyer General. Litigation
2. Hantar tuntutan. 7 hari x bayar
3. Fail saman
4. Naik court dapatkan judgmnt
5. Masok execution proceeding
6. Dapatkan duit korang

✔️ Tapi kalau korang nk kata. X payah duit. Aku juz nak balas dendam

1. Pi lah buat report beramai2
2. Penipu akn di dakwa
3. Naik turun mahkamh
4. Penipu disabit salah
5. Die masok pnjara
6. Korang nganga
7. Sekian
8. Die kluar penjara. Korang x dapat pape sbb die dah jalani hukuman die. So korang xde hak la nk mintak lagi duit korang
9. Kalau mahkamah jenayah tu putuskan die x sabit salah. Lg haru. Die x masok penjara. Korang pon x dapat duit korang balik. Padan muka!! 😤

🌹Aku dah bagi pendapat aku. Dan dah bagi reason kenapa aku selalu advise client aku utk ambik tindakan sivil dlu instead of pegi buat polis report beramai2 dan aku rase advise aku tu terbaik sebab matlamat aku utk make sure client aku dpt duit mereka semula.

🌹 Cuma sivil ni agak lambat la. Tu pon sbb pihak2 yg berkenaan je. Kdg2 lawyer da settle bankrupkan defendan. Lpastu kene insolvency plak x revert. X update kes. X anta surat n etc... Tu jela lambatnya. But utk dapat duit client aku balik. Yes! Ini caranya.

🌹Aku x kata pegi report sana sini tu Salah ya! Aku cume nak kata sila paham. Kehendak anda dan choose d right mode☎️

Pengalaman aku handle kes2 scam ni dah terlalu banyak dari 2012. Aku list kan ya. 

❎Prestige diary Farm s/b
❎Ujang farm s/b
❎Mahaderas s/b
❎Arowana farm
❎Incredible force
❎Azz marketing s/b
❎Green agroworld
❎Stevia
❎Megaherbs s/b
❎Santrio holding
❎Hanagold
❎Pok din empire
❎Tok belagak
❎Dencom sales s/b
❎Noradz travel
❎ALFAFA construction
❎Masgenuine
❎Sanabil
❎Khha barakat
❎Crude palm oil
❎Islamic hotel
❎Global tijari
❎Takzim wealth management
❎Kongsi makan bhd

❤️Latest : musang King 👑

Jap.. Tu yg aku seriously boleh ingat.. Yg aku x ingat ade a few la. So setiap kes di atas ada facts nya yg tersendiri. Ada gaya perlawanannya yg tersendiri. Ada kesudahan yg tersendiri. Ada yg dah dapat duit. Ade yg sdg menunggu duit. Ada yg memang syarikat penipu tu da xde duit.

Aku da mengantok la .. Kite sambung later ya...4 d time being bagi hadam. Yg ni dlu. Kalau nk tanya apape pasal scam2 tu.. Juz pm me. InsyaAllah kite share apa yg boleh di share.

Nite guys😘
NA'18
0192635631

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT