BILA HARTA JADI REBUTAN

Hari ni aku spend sikit masa utk up 1 kes yg dah aku buat sehabis baik tapi still xsetel2. Xtau nk salahkan sapa la.. MasyaAllah🤕 menduga kesabaran sungguh😭

Nk dijadikan kisah datanglah seorg Client ni mengadu akn masalah ayah dan adik beradik ayah berkenaan harta pesaka si nenek. Bende ni jadi bile nenek meninggal dunia. Tibe2 wujud plak satu dokumen yg di "claim" sebagai wasiat nenek.

Yang aku pelik tu, dokumen tu sebenarnya surat akuan biasa. 2 muka surat. Muka surat pertama mengatakan nenek berhajat nak bagi bahagian tanah kepada 2 cucu. Dan muka surat 2 ade cop jari bersama cop pesuruhjaya sumpah. That's it. Cop jari sapa pon xtaula kan sebab nenek tu da meninggal.

Tetibe aku kompius🙄 Adakah dokumen seringkas itu dan boleh dipertikaikan (sebab cop jari semata2 kat page 2, tulisan semua kat page 1)  boleh dianggap sebagai 1 wasiat?

Mengikut cerita client ni lagi, si nenek dijaga oleh salah seorang makcik. Makcik ni kata sepanjang die jaga nenek. X pernah pulak nenek ni kluar atau dibawa kluar. Tup2 ada pulak surat akuan tu bercop jari nenek few days before die meninggal. Jeng.. Jeng..jeng 😎

Lagi dasyat, ntah macamana Tibe2 ayah client ni dapat pulak perintah pesaka untuk tukar geran tanah yg asalnya nama nenek kpd Anak2 si nenek DANNNN nama 2 cucu tadi. Ayah ni x pegi mana2 hearing pesaka sdgkan die anak kpd si mati. Tup2 kluar pulak perintah dari pesaka. Sape yg buat permohonan? Sape yg dtg pendengaran?

Memandangkan macam ade something yg fishy kat situ. Aku pon ambik keputusan dan advise client tok failkan permohonan ke mahkamah tinggi dan batalkan perintah pesaka serta mintak buat pendengaran semula melibatkan waris yg sah shj. Maksudnya Anak2 si matilah kan.

Tapi bende ni jadi makin rumit. Aku rase arahan mahkamah senang.

✔️Batalkan perintah yg ade nama cucu tu ✔️buat pendengaran semula
✔️Agihkan balik harta pusaka tu ikut faraidh

🚘Aku dah pi pesaka serah perintah mahkamah tinggi dan minta pesaka buat pendengaran pembahagian harta si mati semula. Malangnya pesaka tolak pejabat tanah. Pejabat tanah tolak pesaka. Pesaka tolak pejabat tanah balik. Apa pon xbleh😤😤😤

Isunya :

✔️ Pesaka kata masa nk buat pendengaran semula, ada wasiat dalam kes ni
✔️ Maka wasiat tu perlu disahkan di mahkamah syariah terlebih dahulu

SOALAN AKU

✔️ Pesaka ni tau baca dokumen ke x? Dokumen. Tu terang2 kata surat akuan. Macamana die boleh kata dokumen tu wasiat?
✔️ Pesaka ni x paham ke perintah mahkamh tinggi yg dah batalkan perintah asal die? Reason mahkamah tinggi batalkan perintah asal pesaka is because of wasiat diragui yg die sdg bahaskan tu😫😫 ke????
✔️ Fine.. Aku ke yg x paham pasal wasiat?

💔 Now aku xtau nk ketawa ke nk menangis. Penat aku argue dgn pesaka dan pejabat tanah ni.

🌺Kesimpulannya. Aku dah pening dgn die org ni. Aku nak pi fail tuuut.. sebab ingkar perintah Mahkamah. Tah apa yg susah Sgt. Nak bagi balik ikut faraidh pon susah!!

🌺Nasiblah sapa yg kene. Cucu tu ke makcik tu ke... pejabat tanah ke pesaka ke. Kite Tengok je sapa yg kene🤣

🌺Well.. Now kite belajar dokumen yang boleh dikategorikan sebagai wasiat ya. Bagi hadam elok2 yang ni supaya kalau org tanya at least korang ade basic knowledge.

WASIAT


Wasiat adalah peninggalan harta selepas seseorang tu mati. Menurut ajaran Islam, penulisan wasiat tidak wajib tapi  terdapat tulisan dalam Al-Quran dan juga Sunnah (rujukan orang Islam berdasarkan perbuatan dan percakapan Nabi Muhammad SAW) bahawa penulisan wasiat amat digalakkan. Agama Islam telah meletakkan beberapa syarat untuk seseorang tu menulis wasiat dan antaranya adalah pewasiat tersebut hendaklah waras, matang (sudah baligh), tidak dipaksa, dan juga pemilik harta yang diwasiatkan. 

PERATURAN ASAS WASIAT.

1. Wasiat bukan untuk waris. “tidak harus wasiat kepada waris… kecuali, diizinkan oleh waris yang lain” 
2. Pemberian kepada waris yang tidak mengikut faraidh adalah tertakluk kepada persetujuan waris-waris lain selepas pewasiat meninggal dunia.
3. Hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat. 
4. Boleh di pinda seberapa kali sebelum kematian pewasiat
5. Tidak mempunyai peraturan yang ketat.
6. Peraturan 1/3 adalah khas untuk penerima wasiat bukan waris yang mana pemberian ini tidak boleh di tentang oleh waris2 lain melainkan ia melebihi dari 1/3.

PEMBERIAN WASIAT KEPADA BUKAN WARIS:

• Cucu 
• Anak Angkat 
• Kawan Karib 
• Ibubapa bukan Islam
• Keluaga bukan Islam
• Anak bukan Islam dari perkahwinan dulu 
• Masjid 
• Organisasi @ Pertubuhan 
• Hospital
• Wakaf 

FORMALITI:

🌹Bertulis 
🌹Ditandatangani dan disaksikan oleh 2 orang lelaki Islam ketika wasiat ditandatangani 
🌹Benefisiari tidak boleh menjadi saksi.


APA PERBEZAAN WASIAT DAN FARAID

🌹Pembahagian faraid ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran manakala pembahagian wasiat tidak 
melebihi sepertiga daripada jumlah harta.
🌹Hukum faraid berlaku selepas kematian si waris manakala wasiat dilakukan ketika hidup dan brkuat kuasa selepas pewasiat meninggal.
🌹Hukum faraid yang menentukan kaedah agihan harta pusaka si mati kepada ahli waris yang berhak menerimanya, manakala wasiat boleh diagihkan kepada orang lain sekalipun bukan waris.


☎️Clear??? Kite ambik basic 2 yg perlu diketahui tentang wasiat ja. Nk terang details.. Banyak Sgt 😉

KESIMPULAN

✔️Kesimpulannya, dalam kes client  tadi surat akuan tu bolehlah Kite katakan sebenarnya bukan 1 dokumen wasiat sebab ia tak memenuhi ciri2 wasiat. Esp Xde tandatangan 2 org lelaki Islam pon dlm surat akuan tu

✔️Kesimpulan kedua, berdasarkan kesimpulan pertama... Maka jelas tiada keperluan campur tangan mahkamah syariah bagi pengesahan wasiat disini sebab dokumen tu bukan wasiat! Maka arahan mahkamah tinggi sivil tu dah cukup dan memadai. Pesaka juz perlu buat pendengaran balik semula tanpa mengambil pakai lagi surat akuan tu. X payah nk sibok Sgt masokkan nama cucu dalam perintah pesaka sebab nama mak Budak2 tu dah ade pon dlm geran😠

✔️Kesimpulan ketiga, adalah digalakkan pegawai2 atau peguam2 atau siapa saje lah.. Sebelum Kite keluarkan apa2 perintah. Apa2 advise. Atau apa2 keputusan. Pastikan anda MASTER in that field! Sebab Kalau x, anda akn menyusahkan pihak2 yg sebenarnya dah berada di atas landasan yg benar😉

Sekian.. Penat hakak menulis. 
Gut nite guys💋
Moga ilmu nie memberi manfaat kpd yg membacanya
NA '18😘




Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT