Power of Attorney


Harini ade 1 client bercerita dan buat soalan :

A: Puan, saya nak jual 1 tanah. Tapi bukan tanah saya. Ni tanah org.

Me : fine.. maka awak ni siapa?

A : sy pemegang PA tanah tu. owner lantik saya utk saya cari buyer. Boleh kan pn?

Me : boleh la

A : Tapi... Owner tu da mati 2 tahun lepas puan. Boleh x saya nak jual puan.

Me : errr ...

A: Saya da ade buyer ni.PA da stamped. Dah register. Tapi kan puan...

Me :  Tapi lagi? Tapi apa?

A : Tapi sy stamp dan register PA tu selepas owner mati! Boleh x sy nk jual tanah tu??

Jawapan :

Sy nk tanya 1 thing je:

๐Ÿ‘‰ Kenapa eh awak stamp dan register hanya selepas 2 tahun kematian si pemberi PA ๐Ÿ™‡‍♀️

๐ŸˆHarini kite nk kenal serba sedikit berkenaan topik PA

❤️ APA ITU PA?
๐Ÿ‘‰PA= Power of Attorney
๐Ÿ‘‰In malay, PA dikenali sebagai " surat kuasa wakil"

❤️APAKAH SURAT KUASA WAKIL?

๐Ÿ‘‰Surat kuasa wakil ialah dokumen atau instrument pelantikan wakil kuasa oleh pemberi kuasa kepada penerima kuasa untuk sesuatu tujuan tertentu spt untuk menjual, menandatangani instrumen pindahmilik dan yg seangkatan seolah penerima PA adalah tuan tanah atau pemilik tanah yg menjadi perkara subjek dalam transaksi tersebut

๐Ÿ‘‰Secara ringkasnya ia adalah 1 dokumen memberikuasa oleh tuan tanah kepada individu, agensi, syarikat bagi mewakili tuantanah termasuklah tetapi tidak terhad untuk menandatangani semua dokumen, pindah milik, kaveat dan membuat gadaian.

❤️BILA BIASANYA PA/SURAT KUASA WAKIL  DIGUNAKAN

๐Ÿ‘‰ Individu/pemaju yang diberi kuasa oleh tuan tanah utk membangunkan tanah miliknya. Contoh ramlee adalah tuan tanah. Ramlee tandatangan PA dengan aminah. Berikuasa aminah utk cari pembeli atau bangunkan tanah milik ramlee. Aminah dapat 1 pemaju yang nak membangunkan tanah. Maka aminah boleh bertindak menandatangani apa2 jua perjanjian dengan pemaju tersebut seolah2 aminah adalah tuan tanah bagi memajukan tanah tersebut.

๐Ÿ‘‰ Itu antara contoh mudah untuk bagi kite faham apa PA dan bile PA digunakan.

๐Ÿ‘‰ Dokumen nama PA ni juga biasa ditandatangani oleh peminjam dan pihak bank yg memberi pinjaman (biasanya loan rumah) sebab jika peminjam gagal bayar installment bulanan, PA akn diguna oleh pihak bank sebagai kuasa untuk melelong serta menandatangani dokumen pindah milik kepada pembeli baru

๐Ÿ‘‰ Pemberi PA boleh beri PA kepada individu, agensi, syarikat :

▶️ Walau bagaimanapun section 433F  National Land Code 1965 memperuntukkan seperti berikut :

" PA granted to a non-citizen or a foreign company as void and any document executed using such PA is also void and incapable of registration"

๐Ÿ‘‰ Jadi paham2 sendiri lah. Yang di atas ni x boleh. Maka PA yg diberi kpd mereka jika ada adalah tidak sah dan tak boleh digunapakai dalam apa2 transaksi pun!

❤️ BENTUK SURAT KUASA WAKIL

๐Ÿ‘‰Akta surat kuasa wakil 1949 tidak memperuntukan format khas surat kuasa wakil tetapi kebiasaannya memang dah ada 1 standard format Power of Attorney@surat kuasa wakil yang disediakan oleh peguam. Surat kuasa wakil yang disiapkan perlu lah ditandatangani oleh pihak pemberi PA dan penerima PA dan disaksikan serta disahkan oleh pihak ketiga (biasanya peguam)

❤️JENIS SURAT KUASA WAKIL

☑️Surat Wakil Kuasa Boleh Batal (Revocable PA)

๐Ÿ‘‰Kuasa yg diberikan oleh pemberi PA kpd penerima PA yang boleh dibatalkan oleh si pemberi PA pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan daripada penerima PA.
☑️Surat Wakil Kuasa Tidak Boleh Batal (Irrevocable PA)

๐Ÿ‘‰ Kuasa yang diberikan oleh pemberi PA kepada penerima PA dan tidak boleh sewenang-wenangnya dibatalkan oleh pemberi PA melainkan dengan persetujuan penerima PA ataupun penerima PA menyerahkan semula kuasa tersebut kepada pemberi PA dengan kerelaannya, atau sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia, atau hilang ingatan atau disahkan bankrup.

❤️ CARA MENDAFTAR SURAT KUASA WAKIL

(1)Dua (2) set dokumen surat kuasa wakil perlulah disediakan:

a)satu (1) salinan asal dokumen surat kuasa wakil (untuk simpanan sendiri) ; dan

b)satu (1) salinanpendua dokumen surat kuasa wakil (untuk difailkan dan diserahkan ke mahkamah).

❤️ PEMBATALAN SURAT KUASA WAKIL

๐Ÿ‘‰ Notis penamatan bertulis dari mana2 pihak pemberi atau penerima PA
๐Ÿ‘‰Pemberi atau penerima PA meninggal dunia
๐Ÿ‘‰Pemberi atau penerima PA diisytiharkan muflis/bankrupt

SPECIAL for :

❤️Irrevocable PA
๐Ÿ‘‰ PA jenis ini, jika pemberi PA meninggal dunia.. PA yang diberi tidak akan terbatal.
๐Ÿ‘‰ Maka dalam kes client tadi, yes u boleh jual tanah tersebut walaupun owner/pemberi PA telah meninggal dunia SEKIRANYA PA yang ditandatangani adalah  jenis irrevocable PA!

๐Ÿ“ŒIsu PA distamped dan di register selepas kematian pemberi PA. Kite refer kepada 2 kes sebagai rujukan :

❤️Dalam kes T. Nallapiravy dan seorang lagi lwn. Mohadevan dan seorang lagi (1978) 2MLJ 119, suatu surat kuasa wakil takboleh batal tidak didaftarkan serta merta pada masa ianya dibuat, tetapi cuma didaftarkan selepas kematian pembuatnya (yakni pemberi kuasa wakil).

๐Ÿ‘‰Dalam hal ini plaintif berhujah bahawa surat kuasa wakil itu, oleh kerana tidak didaftarkan dibawah peruntukan seksyen 4, Akta Surat Kuasa Wakil, 1949, sehinggalah ke tarikh pembuatnya mati, maka ianya tidak sah.

๐Ÿ‘‰Defendan pula menyatakan bahawa seksyen 4 itu tidak mengenakan sebarang had masa dalam mana sesuatu surat kuasa wakil itu mesti didaftarkan dan didepositkan di pejabat Penolong Pendaftar.

๐Ÿ‘‰Hakim Gunn Chit Tuan merujuk seksyen 6, Akta Surat Kuasa Wakil, 1949, dan memutuskan bahawa kematian pembuat surat kuasa wakil bagi sesuatu surat kuasa wakil tak boleh batal tidaklah memberi apa-apa kesan kepada surat kuasa wakil itu.

❤️Dalam kes United Malayan Banking Corporation Bhd. lwn. Official Receiver & Liquidator of Soon Hup Seng Sdn. Bhd. (In liquidation) dan seorang lagi (1986) 1 M.L.J. 75, surat kuasa wakil takboleh batal itu dianggap masih sah.

Bagi maksud perbincangan dibawah seksyen 4 Ordinan (kini Akta) Surat Kuasa Wakil, 1949, hakim Shankar ada mengulas,
“Mujurlah Ordinan(akta) berkenaan seperti sedia ada tidak memperuntukkan sebarang had masa untuk pendepositan (penyimpanan) suratcara (yakni surat kuasa wakil atau debentur yang ada kuasa wakil itu) dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi. Apabila telah dilakukan, dalam kes ini, Fasal 13 debentur berkenaan adalah menjadi efektif sepenuhnya”

๐Ÿ‘‰ Maka, dalam kes client tadi jika dirujuk kpd precedent2 kes sedia ada, rasanya masing2 boleh dapat jawapan sama ada PA yg didaftarkan selepas kematian pemberi PA dianggap sah dan boleh digunapakai atau tidak๐Ÿ˜‰

Sekian bab surat kuasa wakil
Sebenarnya banyak lagi yg sy x touch secara detail di sini tapi rasenya dah cukup utk pengetahuan secara umum serta menjawab kpd persoalan Client sy tadi.
Moga memberi manfaat kepada yang membacanya
NA'๐Ÿ˜˜

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Thanks Tn Pn.. moga Jadi ilmu bmanafaat.

    ReplyDelete
  3. Macam mane nak dapatkan surat kuasa wakil berkaitan urusan bank dimana pemegang akaun dlm tahanan penjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh minta mana2 lawyer sediakan PA, jumpa OKT di penjara ambik tandatangan. lawyer akn registerkan PA tersebut di Mahkamah. Then boleh bawa ke bank

      Delete
  4. Boleh tak pemegang PA tandatangan Pindahmilik kepada dirinya sendiri??
    Jualan berlaku melalui pemberian PA.. Kemudian pembeli sempurnakan sendiri 14A dan tandatangan sendiri bagi pihak pemberi...

    ReplyDelete
  5. Kalau dalam Sale and Purchase Agreement ada Power of Attorney, which one would prevail jika ada kegagalan pada pihak PA untuk laksanakan tugas? Pembeli bawa action terhadap penjual (based on SPA) atau pemaju yang sudah diberi kuasa wakil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kene tgok PA; but
      2. Action normally go vs the Developer sebab Pemegang PA adalah pihak yang bertanggungjawab menyiapkan apa-apa projek di atas tanah tn tanah

      Delete
  6. Puan/Tuan
    PA perlu didaftarkan di mahkamah.
    Adakah perlu juga didaftarkan di pejabat tanah.
    Adakah didokumentasi perkara berkaitan PA ini di dalam geran dan di dalam carian rasmi pejabat tanah.

    2. Ada pilihan lain untuk pemilik/waris (pemilik yang sudah meninggal) untuk menamatkan PA yang tidak boleh batal

    Didahului dengan ribuan terimakasih

    ReplyDelete
  7. Puan saya ada soalan, bagaimana status PA yang irrecovable kalau penerima wakil sudah mati? Adakah PA tersebut juga batal?

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanya...kalau saya beli tanah lot guna surat kuasa tidak terbatal tu..andai kata satu hari nnt saya meninggal..adakah tanah tu trus dapat pada waris sy?

    ReplyDelete
  9. Procedure ini melibatkn dimahkamah dan perlu pada peguam?biasanya berapa kos terlibat dan berapa lama utk kes ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung PA u utk apa. Kos if u guna lawyer n juz utk standard PA dlm 3k to 5k. N 2 weeks to 1 m proces

      Delete
  10. Maaf nak tanya kalau nama penerima meninggal adakah waris boleh tuntut bahagian simati

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT