Macamana nak halau "squatters" keluar dari tanah/rumah kite

Entry tu cam x berapa tepat tapi untuk bagi korang paham. Kite tulis je camtu. Ni nk share skit kisah semalam yg xla brapa semalam. Actually few days ago. Penat hakak jalan jauh2 nk serah perintah mahkamah tau.

Nk dijadikan kisah. Camnilah fakta kes nya:

🌺 Client akk nie ada sebidang tanah di atas nama die. Dulunya tanah nama mak. Mak buat tuka nama pada client td. Atas tanah tu ade sebijik umah. Umah nie pada mulanya ibu Client, abg dan adik serta family2 mereka yg duduk. Client akk ni at d 1st place ok je. Malas nak gado2 kan sebab adik beradik.

But bila sampai 1 masa. Si ibu kluar dari umah tu dan nk ikut client akk. Maka pelbagai persoalan lah dtg. Tapi client pun never ask her mom why. Sampailah sekarang after 10 years. Die nk bawak mak die duduk semula rumah tu. Tapi dah bermacam2 masalah. Senang cerite. Yg duduk rumah tu buat dah macam rumah sendiri pulak sampai client dgn si ibu ni jadi org asing x boleh nk balik rumah yg asalnya rumah ibu dan arwah ayah.

End up client hire us utk dapatkan balik tanah serta rumah tersebut dari family dikg tadi demi ibu yg nk kembali ke rumah yg penuh nostalgia tersebut.

Kite Dah hantar notis hantar saman xmau dtg mahkamah. Bile lawyer dah dapat perintah serahkan semula hartanah tersebut kpd client akk, die pulak x nk terima perintah dan start kata nak lantik lawyer.

Ade rase cam membara tak kebengangan. Y now? Dan soalan paling penting adalah. 4 wut u nk hire lawyer? Geran tanah n rumah tu nama client I. U fight utk apa. U dah jd squatters tau duduk tanpa kebenaran.

Nway.. Nilah sesiapa ada masalah org duduk atas tanah ke penyewa duduk umah awak ke x bayar sewa x nak kluar atau dah habis tenancy x nk kluar... Jadi ketahui hak anda!

👉 Lantik lawyer
👉 Buat permohonan dapatkan milikan kosong
👉 Dapatkan perintah mahkamah
👉 Serah perintah arahkan mereka kluar dlm tempoh masa 7 atau 14 hari contohnya

🌸 Squatters tu masih tak nak kluar dari rumah atau tanah anda???

Jom buat writ pemilikan! Yang ni bailiff akan datang.  Polis pon kite panggil dtg. Bagi halau dan tarik mereka ni kluar cara paksa. Walaupun nampak cam kite ni zalim... Tapi xde choice kot. Tadi dah mintak kluar cara elok dalam tempoh masa yg ditetapkan.

☑️ Kes2 gini banyak terpakai dlm kes org beli rumah lelong. Owner lama xnk kluar

☑️ Kes2 rebut harta pesaka sdgkan umah tu ayah dah letak dlm geran nama si akk

☑️ Kes2 tanah terbiar tetibe ada makhluk yg x dikenali pulak buat rumah atas tanah anda.

Sooo.... Sekarang ni akk tengah buat writ pemilikan utk client akk. Nanti kite tunggu episode drama seterusnya..


NA'18😘
0192635631


Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT