REMAN
HARI NIE NAK SHARE SKIT ILMU NIE:
π Ade sorang client nie call. Die kata polis panggil die datang balai. Bagi statement. Saya takut nak pegi. Sebab kawan2 saya kata kalau saya pegi. Confirm saya kene tahan dan kene reman.
Jawapannya :
π Adalah lebih baik anda pergi ke balai dan bagi kerjasama. Kalau anda memudahkan kerja polis. Mereka juga boleh bertolak ansur dengan anda. Pergi balai untuk beri keterangan BUKAN bererti anda bersalah! Bagi keterangan bertujuan untuk bantu polis buat siasatan. Itu tujuannya!
π Ingat! Anda ke balai dipanggil untuk beri keterangan. Anda ditahan. Anda direman. Anda dituduh sekalipun TIDAK bermakna anda bersalah sehingga DIBUKTIKAN anda bersalah di Mahkamah!
π JADI, x perlu takut untuk datang ke balai. Ingat jugak jika anda lari. Dah panggil datang bagi statement. X datang. Dah panggil x datang. Polis boleh keluarkan waran dan tangkap anda untuk bantu siasatan ya. Bukan tangkap anda sebab anda dah disabitkan salah no!
π MINDA rakyat Malaysia nie dah di set (Lagi2 kaki viral) suka sangat viral kata. Eh semua... Dengar sini semuaπ£π£π£ Ustad A telah pon berjaya ditangkap! Btol kan aku kata die tu penipu. Penyamun!! Otomatik kepala otak kite yang dengar dan baca ni pon kata. Huh! Btol la Ustad A tu buat jenayah. Penipu. Penyamun. Perompak. Ambik duit orang. Da kene tangkap da pon. Jom kite komen dan like banyak2 kat postin si kaki viral ni
π UNTUK orang2 yang tak cukup ilmu dan kaki viral ni memang macam tulah hobi die. Gile glamour la katakan. Tapi untuk kite yang ada ilmu. Kite perlu tau bahawa proses seseorang itu dipanggil ke balai untuk bagi keterangan adalah untuk bantu polis buat siasatan. Bukan bermaksud dia sememangnya penjenayah.
πJom kite belajar satu persatu bab ni supaya Kite faham dan kite ada ilmu yang cukup sebelum Kite nk judge seseorang. Khas untuk sesiapa juga yang dah dipanggil polis tapi takut nak ke balai untuk diambil keterangan nya.
REMAN :
πReman bermaksud menahan seseorang (suspek) untuk satu tempoh yang dibenarkan Majistret bagi MEMBERI PELUANG KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENJALANKAN SIASATAN ke atas saspek yang ditahan.
πSekiranya pihak polis membuat tangkapan terhadap anda misalnya, polis hanya berhak menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja dari waktu tangkapan.
π Biasanya 24 jam ni kalau anda ditahan memang x cukup masa polis nak ambik keterangan. Ambik keterangan tu kejap je. Tapi polis ada keje lain jugak. So mereka akan pilih mana2 masa dalam tempoh 24jam tu untuk panggil anda bagi keterangan. Jangan salah paham ya! Jangan pulak ingat die tahan anda 24jam tu. Anda memang akan duduk depan polis disoal siasat sampai 24jam pulak. Salah tu. Itu apa yang ada dalam kepala kaki viral jeπ untuk orang2 yang ada ilmu... Dan nak ada ilmu. Sila HADAM betul2 apa yang akan saya share kat sini.
πSekiranya siasatan masih belum siap dijalankan dalam tempoh 24jam (biasanya memang x siap sebab dlm tempoh 24jam tu polis banyak nak buat keje lain dulu) , maka pihak polis akan membawa anda di hadapan Majistret untuk mendapatkan perintah reman.
πUntuk mendapatkan perintah reman,pegawai penyiasat untuk kes tersebut perlulah mengemukakan alasan-alasan untuk menahan saspek tersebut dalam tempoh tertentu. Tengoklah. Die nak mintak berapa hari. Dan majistret akan bagi/tolak permohonan reman tersebut bergantung pada alasan yang diberi.
π Alasan nak tahan reman untuk bantu siasatan adalah alasan paling biasa digunakan oleh mereka. Maka, sebab tu saya kata. Sila dengan rela hati datang ke balai jika anda dipanggil untuk bantu siasatan. Kalau anda menyusahkan pihak polis. Maka, jangan menangis jika reman dibenarkan!
π Alasan nak tahan reman untuk bantu siasatan adalah alasan paling biasa digunakan oleh mereka. Maka, sebab tu saya kata. Sila dengan rela hati datang ke balai jika anda dipanggil untuk bantu siasatan. Kalau anda menyusahkan pihak polis. Maka, jangan menangis jika reman dibenarkan!
πAnda boleh lantik peguam pada ketika ini. Untuk membantah dan mencabar permohonan reman tersebut. Peguam akan tau apa alasan yang akan diberikan tetapi satu alasan yang paling kuat adalah. ANDA tak pernah x bagi kerjasama dengan pihak polis. Jika anda dipanggil anda memang akan datang untuk membantu siasatan. INSYAALLAH... Permohonan reman boleh ditolak dengan alasan kukuh tersebut. Sebab? Sebab selama ni pon anda x lari. Polis panggil anda datang. So.. Tak de sebab anda perlu direman untuk bantu siasatanπ. Peguam akan minta untuk permohonan reman ditolak dan anda dibebaskan
π Banyaknya saspek di tahan dan/atau direman untuk tempoh beberapa hari dan terpaksa meringkuk di dalam lokap berhari2, tak dipanggil bagi keterangan pun. Duduk free je buang masa. Jadi, baik anda bagi kerjasama dgn rela hati! Harus diingat saspek BUKAN pesalah selagi die belum dibuktikan bersalah dan dia hanya DISYAKI.
Berikut adalah soalan yang sering ditanya oleh ahli keluarga saspek atau saspek sendiri berkenaan dengan reman.
❤️Boleh atau tidak saspek dijamin sewaktu berada dalam tahanan polis atau pun sewaktu dalam tahanan reman
Sekiranya saspek ditahan dan disiasat atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan ataupun mana mana Akta selain daripada Akta Penagih Dadah, saspek tidak boleh dijamin.
❤️Berapa lamakah pihak polis boleh menahan reman saspek?
Mengikut peruntukan undang-undang paling lama 14 hari [di bawah Kanun Acara Jenayah]. Tapi pihak polis menjalankan tukar gari sekiranya siasatan gagal disiapkan dalam tempoh 14 hari ini. Ni yang biasa orang panggil "roadshow". Biasanya jenayah jenis ni adalah yang berada dibawah seksyen 420KK dan 424kk.
π Penipuan. Kadang2 kesian. Makcik2 tua ni bagi kad ATM kat org. Org tu bagi la die 100 ke 200. Lpastu org tu guna kad ATM collect duit buat jenayah scam / penipuan. Die kene tangkap. Kene reman. Xde duit nak lantik peguam. Kene lah sambung reman. Sambung reman dari balai ke balai pusing satu Malaysia. Itulah roadshow. Bukan roadtour ya!!
π Kesimpulannya, kalau anda dah bagi penuh kerjasama kpd pihak polis dan Tibe2 anda ditangkap untuk direman bagi membantu siasatan atau anda telah ditahan untuk tempoh lebih 14 hari, maka carilah peguam untuk bantu anda mencabar permohonan reman dan lanjutan reman di hadapan Majistret.
Sekian, tajuk REMAN
Moga bermanfaat untuk yang membacanya
NAπ
0192635631
Moga bermanfaat untuk yang membacanya
NAπ
0192635631
Comments
Post a Comment