Jenayah dibawah sek. 39b akta dadah berbahaya

Arini I nk bukak topik jenayah di bawah akta dadah berbahaya (DDA) sbb arini kes 39b kite dapat DPP baik. Die buat soalan EIC. Die Cross trus. Defence counsel boleh duduk goyang kaki. ๐Ÿ˜œ

INTRODUCTION

Tiga kesalahan biasa berkaitan dadah:

☑️kegunaan peribadi
☑️pemilikan
☑️mengedar

(i) Kegunaan peribadi (Self-administration), yang diletakkan di bawah seksyen 15 DDA, dianggap kesalahan yang kurang serius berbanding memiliki dan mengedar.

๐Ÿ‘‰Kesalahan ini boleh dibuktikan menerusi ujian kimia yang dijalankan ke atas air kencing atau sampel darah orang yang dituduh dan ia membawa hukuman tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun.

(ii) Pemilikan diletakkan di bawah seksyen 6 atau seksyen 12(2) ADB bergantung pada jenis dadah. 3 element yang akan dibuktikan dlm seksyen ini adalah jaga, kawal dan tahu. Hukuman kerana memiliki dadah boleh berbeza-beza daripada denda ke penjara seumur hidup dan sebatan; bergantung kepada berat dadah berkenaan.

(iii) Kesalahan paling teruk di bawah DDA adalah mengedar dadah kerana ia membawa hukuman mati mandatori. Untuk membuktikan kesalahan mengedar dadah, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa anda memiliki dadah berbahaya dan pemilikan itu bertujuan untuk mengedarkan dadah tersebut.

♦️Fine, since sy ada 3 client yang telah dituduh dibawah seksyen 39b DDA ni. Sy akan share satu2 apa yang perlu dan boleh mereka lakukan dalam 3 situasi yang berbeza.

❤️Situasi 1. Client no 1

Sy ingin bertanya.adik sy tlh ditangkap di bwh kes dadah s. 39b.serbuan tlh dibuat di rumah sewanya dan beberapa packet lutsinar berisi dadah tlh dijumpai.

adk sy tdk mngaku memiliki dadah tersebut apatah lagi mengedar. semasa serbuan dibuat,adk sy nk kluar dari rumah utk ke kedai. Tibe2, sekumpulan polis dtg dan serbu. terdapat 3 org di dalam rumah sms serbuan dbuat.

brg bukti(ddah) tlh dibawa ke makmal utk ujian kimia.apa yg patut sy lakukan utk membantu adk sy?skrg dia berada di penjara,dlm tahanan reman.

Bolehkah sy mndptkan khidmat peguam?
Bolehkah dia di ikat jamin?

Jawapan :

1. Apa yg patut awk lakukan?

๐Ÿ‘‰ Buat bodo je kalau memang adik awk buat
๐Ÿ‘‰ Kalau die xbuat, gi cari peguam. Bantu adik awk

 ๐Ÿ“ŒSeksyen 39b akta dadah berbahaya memperuntukkan spt berikut

Section 39B. Trafficking in dangerous drug.

(1) No person shall, on his own behalf or on behalf of any other person, whether or not such other person
is in Malaysia—
(a) traffic in a dangerous drug;
(b) offer to traffic in a dangerous drug; or
(c) do or offer to do an act preparatory to or for the purpose of trafficking in a dangerous drug.

(2) Any person who contravenes any of the provisions of subsection (1) shall be guilty of an offence against this Act and shall be punished on conviction with death.

2. Bolehkah Die diikat jamin?

๐Ÿ‘‰ Tiada jaminan ditawarkan untuk kesalahan dibawah s. 39b DDA

๐Ÿ“ŒSeksyen 41B(1) Akta Dadah Berbahaya:

"Ikat jamin tidak akan diberikan pada tertuduh yang melakukan kesalahan dibawah akta ini-

(a) Jika kesalahan itu boleh dihukum mati; atau

(b) Jika kesalahan itu boleh dihukum penjara melebihi lima tahun; atau

(c) Jika kesalahan itu boleh dihukum hukuman lima tahun penjara atau kurang dan Pendakwa Raya memperakui secara bertulis bahawa jaminan kepada tertuduh bukan dalam kepentingan orang awam."

3. PEGUAM

๐Ÿ‘‰ Keje peguam ni bukan lah nak bela adik awk dan confirm boleh lepaskan die dari apape pertuduhan pon ya! tetapi Sekurang2 nya..peguam boleh bantu untuk :

▶️ Buat permohonan utk turunkan charge dari 39b kepada 39a(2). Iaitu satu pertuduhan yg pada asalnya boleh membawa hukuman mandatory gantung mati kepada pertuduhan yg mana hukumannya hanya  penjara/ sebat shj :atau

▶️ Kadang2, ade isu2 teknikal atau isu2 yang meragukan yang mana pihak peguam boleh bangkitkan semasa perbicaraan dan ini boleh  menyumbang kepada kegagalan pihak pendakwaan utk membuktikan kes prima facie. Maka adik awk tu boleh dilepaskan dari pertuduhan di bawah s39b tersebut (ini luck namanya๐Ÿ˜œ). Tapi tak da yang mustahil. Sbb kami pernah ada pengalaman di mana anak guam kami dilepaskan di akhir kes pendakwaan s. 39b disebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie kes.

❤️ Situasi 2. Client no 2

Abg sy didakwa dibawah s. 39b DDA dan dah dijatuhkan hukuman. Kami x puas hati  puan. Sebab kami baru dapat taw ada bukti baru yang mana boleh tunjuk bahawa dadah tu  bukan milik abg saya

1. Apa yg anda boleh buat?

๐Ÿ‘‰Masukkan rayuan ke atas sabitan dan hukuman
๐Ÿ‘‰ Prosedur nya bagaimana? Failkan lah notis rayuan. Peguam tau lah macamana die nak buat
๐Ÿ‘‰ Rekod rayuan? Tak perlu risau. Itu mahkamah yg akan sediakan. Cume yg awk perlu risau adalah berapa lama mahkamah nak ambik masa utk sediakan sebab selagi rekod rayuan tak ready. Maka pendengaran rayuan tak boleh dijalankan. Yang ni kene rajin2 follow up dan call lah mahkamah ya.
๐Ÿ‘‰ Kalau ada peguam. Bia peguam yang buat keje follow2 up ni..kalau awk call sendiri nanti jadi cerite lain pulak dan awk pulak akn bg info salah pada court atau pada peguam awk sekaligus menyebabkan peguam awk sakit kepala dan menambah koyok dikepala๐Ÿคฃ
๐Ÿ‘‰ Bile rekod rayuan ready. Timbalan Pendaftar akan tetapkan tarikh pendengaran rayuan. Dan terdapat lah hujahan2 yang perlu disediakan oleh pihak peguam perayu dan pihak pendakwaan bagi tujuan pendengaran tersebut
๐Ÿ‘‰ Pada hari pendengaran rayuan, OKT akan dibawa untuk mendengar hujahan pihak2 dan satu tarikh keputusan akan ditetapkan
๐Ÿ‘‰ Masa tarikh keputusan ni. Kene lah redha ya. Sama ada hukuman dikekalkan atau diturunkan.. Masing2 kene belajar menerima apa yg ditetapkan. Kalau x puas hati lagi, boleh lah merayu ke mahkamah yang lebih atas
๐Ÿ‘‰ Kalau peguam awak terror lebih sikit, die boleh buat permohonan utk produce fresh evidence Sebab awk kata ade bukti baru kan... Dan ade step2 lanjut jika permohonan tersebut dibenarkan.

❤️ Situasi 3. Client ke 3

Kawan sy telah dijatuhkan hukuman gantung sebab Die kalah kat hg court utk kes 39b DDA. Lpastu pegi rayuan kat mahkamah rayuan. Pun  kalah. Then pegi mahkamah persekutuan. Hukuman tetap gantung mati. Di ketiga2 court kawan tu guna lawyer YBGK sebab x mampu nk byar lawyer biasa. Ade ke cara lagi untuk tolong kawan sy puan.

Jawapannya : ada! Yang ni kene PM sy. X boleh share sini๐Ÿ˜‚ panjang Sgt nk  story nanti. Tangan dah lenguh menaip

PERHATIAN :

Terdapat pindaan pada hukuman dibawah s39b DDA ya. Ngeh2 lupa plak nk share. Hukuman :

... Boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika dikenakan hukuman penjara, adalah bersama sebatan tak kurang 15 kali sebat.

☑️ Moga ilmu yang sy share ni serba sedikit dapat membantu mereka2 yang di luar sana untuk memahami prosedur dan terjawab jugalah soalan2 "apa yang boleh sy buat, apa yg patut sy buat" dalam kes2 yg berkisar dgn s39b Akta Dadah berbahaya ni.

☑️ Sila note : DDA dan ADB tu sama ya. Sebab kat atas tu kejap sy tulis DDA kejap sy letak ADB. Sat lagi ada yg pening. For info, DDA tu dangerous drug act. ADB tu akta dadah berbahaya. Sama kan☺️

Sekian topik 39b DDA
Moga memberi manfaat kpd yang membacanya
NA'๐Ÿ˜˜

Comments

  1. Masih ada kah hukuman gantung sati berkenaan 39b

    ReplyDelete
  2. Mana Boleh dapat peguam tel number dihubungi tersebut?

    ReplyDelete
  3. Snang kata dok elok²,cri kwn yg baik baik laa kitaa,blajar la rasa takot,tanam dlm diri,xpyh laa dok buat brani ikot kwn,last² diri merana,dok dlm spa nk tlong,family jgk yg nk ke dpn,pguam spa nk byar kwn keee,last² family jgk...kwn nie hnya gelak ketawa bleh laaa..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya, boleh ke pengakuan atau keterangan kepada polis semasa dalam tahanan siasatan (reman) untuk kes seksyen 39(b) ADB digunakan oleh pihak pendakwa sebagai bukti (evidence) di dalam makhamah?

    ReplyDelete
  5. Masih ada lagi ke hukuman mati nih? Atau da pinda kpd penjara seumur hidup?

    ReplyDelete
  6. Selamat petang Puan, saya nak kejelasan dalam sek39B,
    Kalau kena jatuh hukuman dibawa seksyen ini bolehkah tertuduh membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman penjaranyer selepas mengaku bersalah di mahkamah. Selalunye kalau kesalahan kali pertama dalam sek39b ini berapa lama hukumannyer. OKat Kena tangkap dalam perjalanannye untuk menghantar dadah jenis ganja seberat 500g. Harap puan yg arif memberi penjelasan. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT