Defamation part III


Kisahnya client sy ni seorang nurse
Tibe2 kne viral...
Yang tukang komen pulak xtau hujung pangkal main tolong jadi nasi tambah
Beribu2 like...
Beribu2 komen...
Korang kenal ke nurse tu?
Ke Men hentam komen jer?
Ni kalau nak saman bukan yang memviral je boleh disaman. Yang mengomen pon boleh kene saman...

πŸ‘‰Kdg2 org fikir. Ala saman die ni bukan boleh dapat apapun. Leceh kene turun naik mahkamah.

πŸ‘‰ Yang baik plak fikir. Ala kesianlah Die. Nk saman ada anak. Ade laki. Ade bini. Nanti die susah nk cari makan

πŸ‘‰ Lagi satu pikir, aku nk saman die. Aku plak kene kluar duit bayar lawyer. X jadi la nak saman

☑️Tapi masalah manusia kaki viral ni memang makin menjadi2. Macam client saya ni. Buat keje die je kot. Bukan die tendang ke tolak ke makcik tu. Nurse dah penat. Paham2 la kalau muka tu x senyum. Itu pon nk jadi isu. Banyak lagi isu lain lah yg boleh dibahaskan!

☑️ Tulah beza org ada ilmu dengan org xde ilmu. Org yg xde ilmu ni snap sana viral. Snap sini viral. Nampak banau korang ni kurang keje. Jatuhkan org sana. Jatuhkan org sini.

☑️ Kalau awak ni memang hebat. Ada kemahiran yang tersendiri. bagus share ilmu dan kemahiran awak tu supaya memberi manfaat pada semua org.  X ler asyik nak kondem orang 24jam

❤️ Apa yang nurse ni boleh buat?
1. Buat vodo jer...
2. Buat saman...

Boleh ke nak buat saman? Terdahulu sy pernah bincangkan topik ni secara lebih details. Jadi kali ni sy touch on point penting saja (boleh refer my earlier postin berkenaan defamation) :-

▶️TINDAKAN fitnah :

πŸ‘‰ Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda

πŸ‘‰Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya , penjara tidak melebihi 5 tahun.

πŸ‘‰Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)

▶️Jenis fitnah

πŸ‘‰Slander
fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya. Ni kalau A menjerit kat tengah org ramai. Panggil "ko penyamun" contohnya

πŸ‘‰Libel
fitnah-fitnah yang disampaikan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video dn sebagainya.

▶️ Apa yang boleh dituntut?

πŸ‘‰ Permohonan maaf secara terbuka
πŸ‘‰ Ganti rugi am
πŸ‘‰ Ganti rugi teladan
πŸ‘‰ Ganti rugi khas
πŸ‘‰ Injunksi menghalang penyebaran fitnah pada masa depan
πŸ‘‰ Ganti rugi teruk

▶️ Elemen yang perlu dipenuhi utk saman fitnah:-

πŸ‘‰Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
πŸ‘‰Adakah Kenyataan Itu Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut?
πŸ‘‰Adakah Kenyataan Itu Telah disebarkan/sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?

▶️ Berapa banyak RM boleh saman?

πŸ‘‰ Anda boleh letak berapa banyak anda nak saman. At d end, hakim yang akan putuskan berapa RM tuntutan yang dibenarkan berdasarkan fakta kes dan losses of reputation yang anda alami.

▶️ Jika ia sekadar kritikan atau teguran tanpa niat jahat, ia bukan satu fitnah. ( tapi bukan ke lebih baik awak pegi depan2 nurse tu dan cakap nurse, boleh senyum sikit x. Sy minat kat awak. Lagi saya minat kalau awak senyum sentiasa. πŸ˜‚ tu gentlemen namanya dik. Bukan snap gambar sana viralkan pasal die. Snap gambar sini viral kan pasal die. Itu kite panggil keyboard warrior yang dah xde keje. Kalau betul awak berani. Jumpa depan2. Tegur depan2. Tu baru lelaki sejati πŸ’ͺ harini awak buat kakak nurse ni. Esok lusa org lain pulak buat awak. Ingat hidup ni x selalunya di atas..jadi untuk adik yang suke2 ati pegi tangkap gambar n  share gambar kakak nurse ni sane sini. Renung2 kan dan selamat ber amal😜)

❤️ Di atas adalah serba sedikit point2 penting berkenaan saman fitnah. Jadi. Yg asyik tanya boleh saman ke x boleh. Boleh ke x boleh. Sila baca betul2. Agak2 boleh. baru rujuk peguam untuk step selanjutnya

πŸ‘‰ Kepada kaki viral, hari ni mungkin org ni BELUM lagi saman u. Bagi rilex dlu. Esok lusa ke tahun depan kalau saman sampai ke rumah, jangan menangis ya. Sendiri kene ingat πŸ€—

Sekian topik saman fitnah@defamation
Moga memberi manfaat kepada mereka yang membacanya
NA 😘
0192635631



Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT