Defamation bhg II

Terdapat  tiga persoalan yang harus dilihat dan ditanya dalam menentukan samada sesuatu tuntutan fitnah boleh dibuat atau tidak.

Tiga persoalan itu adalah:-
  1. Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
  2. Adakah Kenyataan Itu Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
  3. Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?
Apakah fitnah?
Definisi:

           1. Menurut Kamus Dewan edisi  
       keempat,  jonru / fitnah diertikan sebagai 
Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang "

2. Menurut  kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah:

The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition

Jenis Fitnah

Slander � fitnah dalam bentuk pertuturan atau penyiaran melalui medium komunikasi pendengaran atau penglihatan
Libel � fitnah dalam bentuk bahan bercetak seperti akhbar, majalah, buku, gambar, imej, visual

πŸ“Œ Pernyataan fitnah :

a)Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat; atau 

b)Ia telah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang.

Setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka persoalan yang seterusnya adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat?
Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan?(hatred, ridicule, or contempt )

πŸ“Œ Jika ya, kita pegi kepada LIMB seterusnya.

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan Fitnah?

Kenyataan dimana merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut. Maksudnya agak2 kalau baca tu. Org tu boleh rasa x kenyataan fitnah tersebut dituju kepadanya. Kalau ya. Maka org tu boleh membuat Atau memfailkan saman fitnah kepada si pembuat fitnah.

Sesuatu kenyataan fitnah juga tidak semestinya bersifat terang-terangan.  Ia mungkin fitnah dalam bentuk tersirat dari yang tersurat (hidden meaning).
Namun, maksud tersirat itu harus difahami oleh orang biasa yang perkataan digunakan itu adalah suatu fitnah.
Untuk sesuatu tuntutan fitnah ini berjaya, pihak yang menuntut (claimant) harus menunjukkan yang kenyataan fitnah itu ditujukan kepadanya.  Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepada mana-mana orang atau organisasi yang membuat tuntutan, maka tuntutan ini tidak akan berjaya.
Namun, ini tidak bermakna jika kita tidak menamakan individu tertentu  kita akan terlepas dari tanggungan ini.
Dalam kes: J’Anson v Stewart (1787) 1 TR 478, mahkamah memutuskan bahawa kenyataan fitnah adalah merujuk kepada claimant biarpun namanya tidak disebut. Ini kerana terdapat ciri-ciri yang kukuh yang merujuk pada claimant dalam kenyataan fitnah tersebut.
Mahkamah juga mengatakan yang orang biasa yang membaca kenyataan itu pun pastinya akan merasakan bahawa kenyataan itu merujuk kepada claimant.

πŸ“Œ Jika pernyataan tersebut YA, merujuk kepada kamu. Maka kita pegi ke  LIMB terakhir

Untuk tuntutan fitnah berjaya ia juga perlu diterbitkan atau sampai ke pengetahuan pihak ketiga.

Jika ia diutarakan kepada claimant tanpa didengari oleh mana-mana orang lain, maka claimant tidak boleh membuat Tuntutan di mahkamah. So jgn syok sendiri ya. 


Macam ada yang tanya die anta wassp memburukkan Sy. Lepastu sy rasa malu. Nak saman malu.. ooh??? AWAS.. anda akan gagal. Confirm. Sebab tiada audience ataupun tiada pihak lain ataupun tiada pihak ketiga yang tau berkenaan isi kandungan wassp tersebut kecuali anda dan org tersebut.

Siapa orang ketiga? Pembaca pendengar dan orang-orang disekeliling yang memperoleh pengetahuan tentang fitnah yang disebarkan melalui pembacaannya terhadap artikel atau pernyataan yang dibuat oleh pembuat fitnah.

MAKA UNTUK JAWAPAN SAMA ADA BOLEH ATAU TIDAK satu saman fitnah difailkan. Kita perlu lihat kepada fakta kes dan kaji sama ada limb2 diatas dipenuhi.


Dalam situasi berikut, jawapannya adalah seperti di bawah :



Soalan 1

Saya dan bekas suami sudah berpisah setahun. Dia seorang penjawat awam. Bekas suami telah mendapat hak jagaan anak kerana itu syarat utk bersetuju menceraikan saya. masalahnya sekarang, apabila saya mintak nafkah anak semasa tempoh anak bersama saya, dia tidak mahu tunaikan. Kemudian memalukan saya di status whatsapp. Apa yang saya boleh buat sekarang? Bolehkah saya buat saman malu
πŸ“Œ wassp hanya boleh dibaca oleh anda sendiri.kecuali anda tunjuk atau beritahu kepada pihak ketiga. Maka anda tak memenuhi limb 3 diatas.

Soalan 2

3 minggu lepas saya dikejutkan apabila gambar saya telah muncul di 4 jenis surat khabar yang menyatakan saya telah diburu pihak polis atas kes samun. Ketiga tiga surat khabar telah mengeluarkan gambar saya sebagai 'diburu' 'dikehendaki'.

Kes ini dari kesilapan pihak polis. Saya memang tidak bersalah langsung dan tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Urusan saya dengan pihak polis pun telah selesai dan polis telah meminta maaf. Pihak media pula hanya mengambil keterangan saya diburu itu melalui sidang media yang diadakan oleh pihak polis. Kiranya pihak polis yang melakukan kesilapan dengan alasan 'membantu siasatan' tetapi pihak media mengatakan diburu. Dalam halaman surat khabar tertera gambar saya, tempat tinggal, nama dan umur yang betul.

Adakah saya patut saman malu dalam kes ini? Adakah akan menang atau sia sia? Terima kasih.

πŸ“Œ Limb 1- dipenuhi iaitu wujudnya fitnah
      Limb 2- dipenuhi iaitu fitnah itu ditujukan kpd  anda sebab gambar anda muncul di 4                  suratkhabar mengatakan anda diburu pihak polis.
     Limb 3- dipenuhi apabila semua yang membaca  suratkhabar secara tak langsung mendapat pengetahuan dari penyebaran gambar anda tersebut.

Soalan 3

Beberapa hari yang lepas ada yang memuat naik post mengenai kecurian yang berlaku di sebuah stesyen minyak. Dan post itu agak viral kerana telah dikongsi ke dalam beberapa group. Melalui post tersebut, dinyatakan tempat kejadian dan no plate kereta yang digunakan pelaku. Selain itu, video kecurian, gambar kereta yang menunjukkan nombor plate serta maklumat penuh pemilik kereta turut di muat naik.

Pemilik kereta tersebut adalah saya. Dan ketika kejadian kereta tersebut digunakan kawan saya manakala saya sedang bekerja. Satu laporan polis sudah dibuat untuk covering diri saya daripada kes ini. Tetapi pihak stesyen minyak tidak membuat laporan polis sebaliknya staff menviral kes ini.

Dan masalah ini memberi kesan kepada saya. Walaupun saya tak terlibat, tetapi maklumat penuh saya serta gambar kereta saya viral di facebook. Dan post tersebut telah dibaca oleh jiran-jiran saya serta ahli keluarga. Saya amat malu di atas kejadian ini. Jiran-jiran mula memandang serong terhadap saya dan keluarga. Dan saya juga mula merasakan keselamatan saya tergugat apabila ada masyarakat yang mula membuat provokasi terhadap saya melalui isyarat lucah semasa saya memandu kereta terbabit. Mungkin mereka dapat mengecam nombor plate kereta saya.

Selain itu, alamat rumah yang saya tinggal sekarang turut didedahkan melaui maklumat penuh saya didalam post terbabit. Saya ada menghubungi orang yang menaikkan status tersebut untuk menurunkan gambar serta maklumat penuh saya di fb kerana saya tidak terlibat. Lagi pula, video menunjukkan pelaku adalah berlainan jantina dengan pemilik kereta. Sebaliknya, orang yang up status tidak mahu menurunkan satus sehingga gantirugi dibayar.

Walaupun saya tak terlibat, saya telah membayar gantirugi kerana mahu post dipadam kerana mengaibkan saya dan keluarga. Selepas itu, gmbar details saya dan kereta di padam. Tetapi post dan video tidak dipadam.Saya boleh terima video tidak dibuang kerana itu memang pelaku. Tetapi selepas beberapa jam kemudian saya mendapati details dan gambar kereta saya dinaikkan kembali kedalam post terbabit.

Sekarang post telah dipadam apabila saya bagitahu mahu membuat saman malu. Tetapi walaupun post telah dipadam di wall orang yang up tetapi masih ada di fb kerana sudah ramai yang ke dalam group.

Kejadian ini mengaibkan saya kerana maklumat penuh mengandungi nama,alamat serta ic dikongsi mengaitkan saya dengan kejadian ini. Pihak stesyen minyak tidak membuat laporan polis terhubung kejadian sebaliknya staff mengviralkan kes ini sehingga mengaibkan saya serta keluarga.

Disini apakah tindakan yang saya boleh ambil terhadap orang menaikkan satus? Boleh kah saya failkan saman malu?

πŸ“ŒLimb 1- dipenuhi iaitu wujudnya fitnah terhadap diri anda. 
      Limb 2- dipenuhi iaitu fitnah itu ditujukan kpd  anda sebab nama, alamat dan no ic anda telah diviral di fb.
     Limb 3- dipenuhi apabila semua yang membaca  post di fb secara tak langsung mendapat pengetahuan dari penyebaran nama, alamat dan no ic anda tersebut. Ditambah lagi jiran2 yang telah memandang serong terhadap anda dan keluarga.

Soalan 4

Saya ingin bertanya, saya pernah bertunang. Pihak lelaki ingin memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang kukuh dan tiada permohonan maaf dibuat oleh pihak lelaki mahupun keluarga mereka. Adakah saya boleh memfailkan saman malu?
πŸ“ŒLimb 1- tidak jelas elemen fitnah
      Limb 2- sememangnya melibatkan diri anda.
     Limb 3- hanya anda dan mungkin saudara mara terdekat yang tahu. Istilah putus tunang adalah normal dan biasanya orang akan kata "tiada jodoh" dan alasan ini bukanlah satu alasan kukuh atau satu "ground" yang kuat untuk pemfailan saman malu.
✔nak saman jugak? Samanlah. Xde sapa larang. Tapi kalau kalah, dan dikenakan kos untuk anda bayar orang yang anda saman. Jangan menangis pulak time tu😘
 NA'17
0192635631 

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT