Ada 4 soalan yg dikemukakan oleh 4 individu yg berbeza kat sini. Mana paling menarik untuk dijawab dulu ??? Da macam kene buat forum soalan dan jawapan pasal "saman malu" pulakk nya

Soalan 1

Saya dan bekas suami sudah berpisah setahun. Dia seorang penjawat awam. Bekas suami telah mendapat hak jagaan anak kerana itu syarat utk bersetuju menceraikan saya. masalahnya sekarang, apabila saya mintak nafkah anak semasa tempoh anak bersama saya, dia tidak mahu tunaikan. Kemudian memalukan saya di status whatsapp. Apa yang saya boleh buat sekarang? Bolehkah saya buat saman malu

Soalan 2

3 minggu lepas saya dikejutkan apabila gambar saya telah muncul di 4 jenis surat khabar yang menyatakan saya telah diburu pihak polis atas kes samun. Ketiga tiga surat khabar telah mengeluarkan gambar saya sebagai 'diburu' 'dikehendaki'.

Kes ini dari kesilapan pihak polis. Saya memang tidak bersalah langsung dan tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Urusan saya dengan pihak polis pun telah selesai dan polis telah meminta maaf. Pihak media pula hanya mengambil keterangan saya diburu itu melalui sidang media yang diadakan oleh pihak polis. Kiranya pihak polis yang melakukan kesilapan dengan alasan 'membantu siasatan' tetapi pihak media mengatakan diburu. Dalam halaman surat khabar tertera gambar saya, tempat tinggal, nama dan umur yang betul.

Adakah saya patut saman malu dalam kes ini? Adakah akan menang atau sia sia? Terima kasih.

Soalan 3

Beberapa hari yang lepas ada yang memuat naik post mengenai kecurian yang berlaku di sebuah stesyen minyak. Dan post itu agak viral kerana telah dikongsi ke dalam beberapa group. Melalui post tersebut, dinyatakan tempat kejadian dan no plate kereta yang digunakan pelaku. Selain itu, video kecurian, gambar kereta yang menunjukkan nombor plate serta maklumat penuh pemilik kereta turut di muat naik.

Pemilik kereta tersebut adalah saya. Dan ketika kejadian kereta tersebut digunakan kawan saya manakala saya sedang bekerja. Satu laporan polis sudah dibuat untuk covering diri saya daripada kes ini. Tetapi pihak stesyen minyak tidak membuat laporan polis sebaliknya staff menviral kes ini.

Dan masalah ini memberi kesan kepada saya. Walaupun saya tak terlibat, tetapi maklumat penuh saya serta gambar kereta saya viral di facebook. Dan post tersebut telah dibaca oleh jiran-jiran saya serta ahli keluarga. Saya amat malu di atas kejadian ini. Jiran-jiran mula memandang serong terhadap saya dan keluarga. Dan saya juga mula merasakan keselamatan saya tergugat apabila ada masyarakat yang mula membuat provokasi terhadap saya melalui isyarat lucah semasa saya memandu kereta terbabit. Mungkin mereka dapat mengecam nombor plate kereta saya.

Selain itu, alamat rumah yang saya tinggal sekarang turut didedahkan melaui maklumat penuh saya didalam post terbabit. Saya ada menghubungi orang yang menaikkan status tersebut untuk menurunkan gambar serta maklumat penuh saya di fb kerana saya tidak terlibat. Lagi pula, video menunjukkan pelaku adalah berlainan jantina dengan pemilik kereta. Sebaliknya, orang yang up status tidak mahu menurunkan satus sehingga gantirugi dibayar. 

Walaupun saya tak terlibat, saya telah membayar gantirugi kerana mahu post dipadam kerana mengaibkan saya dan keluarga. Selepas itu, gmbar details saya dan kereta di padam. Tetapi post dan video tidak dipadam.Saya boleh terima video tidak dibuang kerana itu memang pelaku. Tetapi selepas beberapa jam kemudian saya mendapati details dan gambar kereta saya dinaikkan kembali kedalam post terbabit.

Sekarang post telah dipadam apabila saya bagitahu mahu membuat saman malu. Tetapi walaupun post telah dipadam di wall orang yang up tetapi masih ada di fb kerana sudah ramai yang ke dalam group.

Kejadian ini mengaibkan saya kerana maklumat penuh mengandungi nama,alamat serta ic dikongsi mengaitkan saya dengan kejadian ini. Pihak stesyen minyak tidak membuat laporan polis terhubung kejadian sebaliknya staff mengviralkan kes ini sehingga mengaibkan saya serta keluarga.

Disini apakah tindakan yang saya boleh ambil terhadap orang menaikkan satus? Boleh kah saya failkan saman malu?

Soalan 4

Saya ingin bertanya, saya pernah bertunang. Pihak lelaki ingin memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang kukuh dan tiada permohonan maaf dibuat oleh pihak lelaki mahupun keluarga mereka. Adakah saya boleh memfailkan saman malu?

Comments

Popular posts from this blog

Tukar nama STRATA

Kecuaian perubatan (medical negligence) saman hospital

BLANKET CONSENT