Posts

Showing posts from October, 2020

PERMOHONAN CERAI

Image
Kisah beberapa hari lepas. Datang sorang pakcik ke opis. Nk minta kami mewakili die. Kes makcik minta cerai. Atas alasan xbg nafkah. Bila kami dengar teliti dan tengok dokumen2 pakcik. Kesian pon ya. Pakcik ni terlampau sayangkan isteri. Beli rumah letak nama isteri. Duit kwsp dah boleh kluar 280k. Semua bagi isteri pegang atas alasan biar isteri yg urus. Beli merz bagi nama isteri. Beli banglo sbijik ltak nama isteri. Buat biz spa. SSM ltak nama isteri n anak. Kad2 kredit semua nama pakcik. Pakcik bayar tapi semua isteri pegang. Isteri belanja Last2, Yg tinggal atas nama pakcik. Adalah separuh bahagian 1 rumah teres value 500k. Ini sbb terlalu sayangkan isteri. Now.. spa maju. Makcik da pandai melaram. Makcik drive merz...Makcik pi fail saman di mahkamah syariah. Xde alasan lain kcuali suami xbg nafkah zahir. X bertanggungjawab. Sebab x bertanggungjawab, perasaan sayang , hormat dan cinta makcik kepada pakcik dah xde!  Kalau kite pandang apa yg pakcik tu dah bagi .. rasenya dah terleb

TUKAR NAMA CUKAI

 [29/10, 07:30]  Assalamualaikum [29/10, 07:30]  Tadi owner forward cukai..still nama dia. Bukan patutnya tugas lawyer ke tukar kan nama? kenapa cukai tu masih nama owner? Ni tuan2 kite nak kabo sikit 👉 kalau awak beli rumah. Tugas lawyer hanya utk tukarkan nama rumah tu dari nama owner kpd nama u sbgai pembeli 👉fees lawyer dibayar untuk tugasan itu. 👉 xde dalam bill kite ada tulis tugasan tukar nama bill tnb. Tukar nama bill syabas. Tukar nama bill IWK atau tukar kan nama utk semua cukai2 rumah tu 👉once all done. Kunci u dah dapat. Semua penukaran nama atas bill2 tu awk buat la sendiri. Harap maklom NA'20 0192635631

DUIT KWSP SIMATI

Image
 [29/10, 22:17] Berkenaan dgn kes Agihan KWSP [29/10, 22:24] Penama kwsp Nora isteri pertama [29/10, 22:24] Saya isteri kedua dan anak2 arwah yg lain tk dpt bahagian [29/10, 22:25] duit KWSP ada 331k. Sijil faraid kami dah dapat. Macamana pn? Nora dah kluarkn duit tu sejak februari Ada 3 isu 1. Sama ada kwsp dianggap sbg harta pusaka si mati? 2. Jika ya, apa yg sepatutnya nora buat? 3. Jika Nora xbuat, apa tindakan yg waris lain boleh ambil? Isu 1 -------- Harta faraid atau harta peninggalan ialah semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayat seseorg serta berterusan sehingga kematiannya. Harta-harta itu termasuklah: 🌸Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya. 🌸Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati. 🌸Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya. 🌸Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati. 🌸Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 🌸Barang yang terbit selepas

Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan

 Seminggu ke 2 minggu langsung x berkesempatan nk menulis..da macam2 kes ada. Nk share panjang x sempat. Tp kite share lah skit2 apa yg mamfu dishare. Kisah client kat bawah ni seorg pemandu lori treler. Die datang jumpa n bgtau die dituduh di bawah seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan. Kisahnya, die melanggar 1 kereta yg tersadai di tepi jalan menyebabkan kematian kpd pemilik kereta tersebut. Y? Nk ikutkan lori brapa laju sgt kalau jenis treler tu kan? Sebab die kata tibe2 stereng  x function. Mungkin ada punat yg tercabut. Die sempat break tp loss control pada stering treler tadi. Lalu terlanggarlah belakang kereta yg sdg tersadai td. Mungkin kite biasa dengar kes2 camni kan? Apa Hukuman utk kes sebegini? Baca seksyen 41( 1) dibawah . Penjara  xkurang 2 tahun xlebih 10tahun dan Denda x kurang 5k x lebih 20k. Maka? Maka untuk membela pemandu lori yg x mabuk , urine pon negatif ni kite kenelah study  seksyen 41 (1) APJ . Study elemen2 apa yg perlu dibuktikan dlm kes tu... adakah elem

PENGESAHAN LAFAZ CERAI

 LAFAZ CERAI GUNA VNOTE JA🙄🙄🙄 1st soalan. Boleh ka en somi buat saya macam tu? 🌸Jawapan : en somi memang boleh buat apa saja kat pn isteri. Tu pasal nama die en somi . Setakat nk anta vnote tu dihujung jari mentang2 dia somi, memang boleh saja lah Soklan 2. Somi yg nak ceraikan saya. Sy x nk bercerai. Camana ya? 🌸Talak di tangan somi. Bukan ditgan awk. Da kalau die xnk kan awk. Awk nk wat lagu mana?? Apa saja usaha untuk menyelamatkan rumahtangga boleh dibuat tapi kalo da en somi tu sebelah mata xpandang kat awk dah? Awk start la pandang yg len! Soklan 3. Dalam situasi ni apa saya perlu buat? 🌸 simpan vnote tu jgn bg hilang 🌸 cari lawyer (kalau sendiri bleh jd lawyer dalam mahkamah. Buat ler sendiri) 🌸 pi failkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah Soklan 4. Kenapa nk buat gitu? 🌸 supaya kite tau adakah lafaz guna vnote td tu sah/ tidak 🌸 jika sah dan jatuh talak maka kite tau la status kite sekarang ni masih isteri atau dah bukan isteri 🌸 kalau dah bukan isteri, taklah kite

PENGAKUAN SALAH

Tunang saya ditangkap atas kesalahan 326 KK. Sampai balai check urine positif. Tambah lg 1 charge 15 (1)DDA. Tunang sy seorang duda mempunyai 2 anak. Sejak bercerai die mengalami kemurungan dan  masalah delusi. Die ada kata pengadu nak buat benda x elok pada ank die. Sebab tu die pukul pengadu tu. Masa tuduh die x mengaku salah. Boleh ke die nak mengaku salah untuk urine saja pada tarikh akn datang? JAWAPAN ----------------- Anda boleh menukar pengakuan salah pada bila bila masa yg biasanya dibuat sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan.  Ada orang kata setiap kali nk tukar pengakuan tu mahkamah akn tunda dan itu cara nak delay case. Komen saya , itu x btul. Sebab anakguam saya ramai je sebelum ni x mengaku salah .lepastu nk mengaku salah. Prosedurnya. Peguam akn maklum haritu ankguam nak mengaku salah. Pertuduhan akan dibaca semula. Anakguam mengaku salah. Peguam bangun untuk mitigasi mengurangkan hukuman. Then hukuman terus dijatuhkan Sebab tu bagi pesalah pertama kesalahan yg hukumann